Blogging slump?



me: Rasa nak update blog la.
Eman: Update la kan dah berzaman tak update.



End up main handphone, bukak instagram, bukak twitter sampai dah mengantuk nak tidur. Yes I sedang mengalami blogging slump ! Tak ada mood nak update blog, nak blogwalking ataupun nak buat apa-apa berkaitan blog. 



Bestnya kalau dapat bercuti dekat pantai. Tiberrrrr



Untuk bulan June I hanya update lima entry blog sahaja. Sikit nya hahahaha. Serius I tak ada mood nak taip entry. I ada mood nak tangkap gambar untuk blog tapi lepas dah edit semua then terperap je dalam draft tanpa sepatah perkataan pun.




Bulan May pula hanya 13 entry sahaja. Masih sikit berbanding April dengan March sebab I boleh buat 24 ke 26 entry sebulan. Rajinnya ! Dah macam update entry setiap hari. Tapi itu pun campur la dengan join giveaway sekali kan haha.



Antara keburukan blogging slump ni memang I rasa uv I menurun. Sebab tak ada update baru dan I pun tak blogwalking tsktsk. Harap bulan July ni I rajin la sikit. Padahal bukan tak ada idea atau tak ada bahan nak update tapi disebabkan I yang tak ada mood. Dan mungkin juga sebab I baru je tukar kerja baru dan otak I penat jadi lepas balik kerja memang I tak ada masa nak update blog.



Lepas balik kerja I lagi suka tengok drama korea ataupun runningman hahaha. Weekend pula lagi la banyak kerja nak buat. Kemas rumah, kemas rumah, kemas rumah. Duduk berdua je kenapa banyak benda sangat nak kemas ni tsktsk.




Jadi untuk bulan July ni I harap akan lebih rajin la nak taip entry. Bahan semua dah ada tinggal nak menaip jeeeee. Bila mood dah okay nanti I nak sambung blogwalking okeyyy. Harap berkekalan hingga hujung tahun.

5 comments

  1. haha sedang mengalami jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak menaip tapi macam zzzzz baring lagi best haha

      Delete
  2. Take ur time :-)
    Bila mood da ok, blogging semula.
    Good luck for july hi hi...

    ReplyDelete
  3. Haha sama la tengah mengalami blogging slump jugak. But tgh cuba cari mood balik. Good luck !

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.