Get Beautiful Skin With Pentaxyl

Masalah kulit seperti kedutan, tanda penuaan, strech mark ataupun parut pasti menjadi mimpi ngeri setiap orang terutama sekali wanita. Contohnya kulit muka I sendiri, I ada masalah parut jerawat. Parut jerawat pun kadang-kadang degil juga nak hilang dan ambil masa yang lama. 


Pada bahagian leher I pun ada garisan macam tak cantik sangat sebab bila I tengok leher artis korea diaorang punya leher dah sama macam kulit muka ! Flawless tanpa cela. Jealous je rasa. Bukan tak bersyukur okay tapi kalau boleh nak buat yang terbaik dan berikan kulit I produk terbaik agar terjaga dengan baik. Haa berapa banyak baik. 








I ada cuba satu produk nama dia Pentaxyl. Pentaxyl mengandungi Matrixyl Complex yang boleh membantu membaiki kulit kedut dan tekstur kulit yang ada masalah . Menggalakkan pembentukan kolagen juga. Selain tu mengandungi Acetyl-Hexapeptide-8 juga yang banyak digunakan dalam produk kecantikan. Acetyl-Hexapeptide-8 pun berfungsi untuk mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah anda.


Kalau korang mencari produk yang boleh digunakan untuk menghilangkan garis halus, kedutan, strech mark dan lain-lain masalah boleh la cuba produk ni. Produk ni macam intensif terapi untuk garis halus dan kedutan. Kulit akan kelihatan lebih muda.







Selain itu membantu juga untuk :
  • Mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan
  • Mengurangkan kulit kusam.
  • Membuat kulit lebih anjal dan berseri
  • Menentang kemunculan tanda penuaan pada kulit








Produk : Pentaxyl 
Isi : 118ml



Bahan di dalam produk ni membantu untuk memperlahankan tanda penuaan yang wujud pada kulit. Sesuai sangat kalau dah meningkat usia dan nak mula pakai produk ni. Bagi I lebih baik mula dari awal bila semua tanda penuaan tu tak wujud lagi. Kalau dah ada nanti kena banyak bersabar kalau nak hilangkan dia.



Cara nak gunakan yang biasa I buat picit je bekas dia dan sebanyak mana korang nak. Then sapu jela. Tak perlu sapu tebal-tebal. Cukup-cukup je ratakan pada tempat bermasalah.







Biasa I sapu pada bahagian leher nak kurangkan garis-garis dekat bahagian leher tu lepastu kalau ada jerawat dan nampak kulit muka tak bermaya je I akan sapu nipis pada kulit muka. Tekstur dia jenis krim tetapi langsung tak rasa berat dan tak selesa pada kulit. Krim dia pun tak berminyak. Selesa je pakai dan masa I sapu ada rasa berangin sikit je.


I suka packaging produk ni jenis tube senang nak keluarkan produk. I rasa kalau tube macam ni lebih bersih sebab tak perlu nak dedahkan semua produk pada udara dan persekitaran yang mungkin tak bersih. 








Kesan semua produk bergantung pada kulit individu tersebut. Bukan semua produk sesuai untuk semua orang dan memang kena test sendiri dulu nak tengok macam mana kesan pada kulit sendiri. Untuk kulit I bila pakai cream ni, kulit rasa lembap dan lembut. Dia membantu untuk beberapa bahagian kulit I yang kering. 









Bila I baca review dan google manfaat dia kebanyakkan review bagi good feedback untuk kulit diaorang bila pakai produk ni. Produk ni pun agak terkenal di America. Untuk pembelian boleh ke link SINI.




Khas untuk pembaca blog I, tekan link dekat atas tadi dan daftar akaun korang lepastu gunakan code 20OFFMA untuk diskaun semasa pembelian. Code ni valid sampai 31/07/2018 je tau jadi beli cepat.













5 comments

  1. aida baru aje tukar skincare.
    maklumla, this oktober aida = 40yrs old.
    skincare org tua lah hi hi hi hi...
    if tak sesuai nanti, cepat ler kedut nyer kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida boleh la cuba produk ni sesuai sangat untuk orang berumur

      Delete
  2. Lately ni baru terfikir pasal body care, huhu. Leher memang kita takboleh lupa sebonarnya kannnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis leher pun kena buat skincare juga

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.