Jalan-Jalan Langkawi Dengan Tiket Flight Murah

Dalam entry Teluk Batik haritu I ada cerita terpaksa cancel plan nak pergi Langkawi, ada sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Padahal I memang dah lama sangat nak datang Langkawi ! Kali terakhir I pergi Langkawi pun masa kecil kot. I pun dah tak ingat.



Kebanyakkan orang kalau bercuti di Langkawi confirm antara sebab utama nak borong coklat murah. Kalau ada sedara atau kawan kawan yang baru balik dari Langkawi memang tak sah la kalau tak borong coklat dari sana dan I memang tak akan ketinggalan nak order coklat juga. Sebab tu tak sabar sangat nak pergi Langkawi haritu tapi sedih terpaksa cancel tsktsk.







Kalau mak-mak pula confirm la pergi Langkawi nak shopping pinggan mangkuk. Dapat set pinggan yang cantik confirm puas hati lagi-lagi harga lebih murah. Bagi I kalau orang pergi Langkawi confirm tak dapat elak dari beli dua benda ni, coklat dan set pinggan mangkuk sebab rambang mata harga murah. Yang dah pergi Langkawi je faham perasaan shopping dekat sana sebab duty free or tax free kan.


Antara sebab I minat sangat nak bercuti ke Langkawi sebab I suka pulau ! Langkawi memang antara tarikan menarik kalau nak bercuti di Pulau. Dekat Pulau Langkawi itu sendiri memang banyak tempat boleh melawat bukan sahaja buat ativiti air tau. I dah banyak buat research tempat mana nak pergi, tempat mana best untuk dilawati, kedai makan mana sedap hihi tunggu tarikh yang sesuai je nak pergi. Bagi yang dah lama tak pergi Langkawi macam I, keterujaan tu memang tak dapat sorok !







Bagi yang tak tahu, Pulau Langkawi ni terletak di utara tanah air dan dalam jajahan negeri Kedah. Walaupun dia macam dekat sangat dengan Perlis dan dekat dengan sempadan Thailand tapi dia dibawah negeri Kedah okay jangan keliru pula. Nak pergi ke Pulau Langkawi kena naik feri dulu tapi feri tu bukan sahaja untuk penumpang, tapi ada yang kereta pun boleh naik. Tempat nak naik feri pun ada dua tak silap I. Boleh naik dari Kedah ataupun Kuala Perlis. Pilih la yang sesuai tapi tak silap kawan I yang dari utara cakap kalau naik feri dari Perlis lebih cepat sampai.


Bagi yang drive dari Kuala Lumpur nak ke utara boleh mengambil masa dalam lima ke enam jam juga tau. I memang dah biasa balik JB ke Perak jadi lima ke enam jam tu masih boleh bertahan dalam kereta. Kalau korang jenis tak tahan duduk lama dalam kereta kena fikir alternatif lain la nak pergi ke Langkawi. Jarak perjalanan KL ke jeti hampir 500 km. Panas punggung duduk lama sangat dalam kereta. Kemudian kena naik feri ke Langkawi pula nak kena duduk lagi. Sepanjang hari duduk jela hahaha. Bagi yang mabuk laut memang kena fikir cara lain untuk ke Langkawi tau nanti nak bercuti pun tak ada mood sebab rasa tak sihat.






Untuk mereka yang ada budget yang terhad mungkin boleh naik bus. Kos untuk tiket bas dalam RM47 macam tu. Tapi bas pun sampai jeti feri je la I rasa. Tak sampai Langkawi sebab tak ada bas yang terus naik sampai ke Langkawi. Tapi bagi I naik bas pun leceh juga sebab mungkin akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Kalau dari jauh naik bas memang tak selesa boleh sakit satu badan.


Pilihan ketiga yang korang boleh digunakan untuk ke Langkawi ialah dengan naik plane. Kalau naik kereta atau bas dari jauh memang akan sakit badan dan masa perjalanan lebih lama. Kalau naik plane lebih senang dan selesa. Boleh je fly dari Kuala Lumpur untuk ke Langkawi. Flights untuk ke Langkawi dari KL ada almost everyday korang cuma perlu check je jadual sesuai atau pun tak. Lepastu boleh pilih flights ikut suka dan selesa macam mana. Bagi yang dah selalu naik flights tu memang ada pilihan flights yang korang suka kan tak kisah la Air Asia, Malindo mahupun MAS.







Bukan sahaja ada flight setiap hari tapi dalam masa sehari tu ada lebih 10 flight untuk pergi ke Langkawi. Tiket dia bagi I tak mahal. Tambah kalau ada promo code memang boleh jimat banyak. Bagi yang tak tahu, dekat Langkawi ada airport okay bertaraf antarabangsa lagi jadi flights untuk ke Langkawi bukan takat KL sahaja. Boleh fly dari Penang, JB dan Kuching untuk ke Langkawi. Kalau international boleh ambil flight dari China dan Singapore direct terus ke Pulau Langkawi untuk bercuti. Senang je kan. Tak payah susah nak memandu ataupaun penat dalam bas.


So korang tunggu apa lagi? Cepat-cepat tengok harga tiket untuk Kuala Lumpur to Langkawi flights. Nasib baik boleh dapat murah dengan diskaun yang ada di website Traveloka. Tak sabar nak plan trip I ke Langkawi harap kali ni jadi la.

28 comments

  1. Setakat ni Wanie tak pernah lagi jejak kaki ke Langkawi,
    InsyaAllah ada masa Wanie try pergi.
    Kalau tiket flight tu range harga berapa ya selalunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah masa kecil je last pergi haha range harga airah tak pasti kena tengok website dia sebab selalu berubah banyak juga promotion

      Delete
  2. Rindunya langkawi ! Lst pergi tahun 2016. Nak kena start planning balik ke Langkawi nie. Dengar cerita semakin banyak pembaharuan dan pembangunan di sana. Setiap kali pergi mesti berbeza. Nak borong coklat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn bila dah lama tak pergi langkawi ni confirm rinduu. part coklat tu wajib

      Delete
  3. Memang best pegi jln jln Langkawi. I memang niat nak pegi lagi one day. Very relaxing trip. Murah pun murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu pulau yang jadi favourite ramai orang. makanan pun best. sambil relax sambil makan hihi

      Delete
  4. Dah lama tak pegi langkawi. Suka jalan shopping sana. Suka beli chocolate, pyrex, pastu jalan mangroves ke pulau². Nak usha laaaa harga kat Traveloka

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh bestnya bila bayang. bab shopping memang seronok. Tak sabar jugak nak plan trip

      Delete
  5. Lama dah tak pergi Pulau Lagenda ni. Banyak tempat menarik boleh pergi. Boleh borong pinggan mangkuk dan chocolate jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum plan next trip pergi pulau langkawi

      Delete
  6. Teringat masa dedulu baru kahwin pergi Langkawi cari barang dapur. Boleh dapat macam-macam jenama dan set kat sana dengan harga takde tax. Coklat pun sama, rambang perut haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa airah pun dalam proses nak kumpul set pinggan memang kena ajak husband pergi sini la dalam masa terdekat ni

      Delete
  7. Hhehhehe my first solo trip is to langkawi...I am still planning up that trip...got so many places that i bookmarked and want to visit..lets just hope i can finish it all within 5 days...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa bestnya solo trip. but I lagi suka in couple or group ada orang nak tolong tangkapkan gambar

      Delete
  8. Wow bestnya drive kalau dari KL nak ke Langkawi memang kita tak tahan lah jauh sangat dalam kereta naik flight jer tapi kawan kita ada buat pakej murah kat EzeeGo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dengar pulak EzeeGo tu lepas ni nak google la

      Delete
  9. Sis beberapa bulan yang lepas pergi ke Langkawi jugak..naik flight ke sana. Memang seronok sebab banyak tempat baru..sis ke Umgawa..memang swronok. Coklat memang kemestian beli kalau ke sana..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik flight pergi tempat jauh macam langkawi ni selesa sikit tak ada la rasa sakit badan

      Delete
  10. Kira berbaloilah pergi langkawi naik flight dengan tiket yang murah. Kalau jalan darat dengan minyak lagi, tol lagi. Belum kira tambang feri pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu banyak kos boleh jimat dengan naik flight tak payah nak fikir banyak benda

      Delete
  11. Dulu drive keta sampai jeti Kuala kedah takpun jeti Kuala perlis. Sekarang malas dah nk drive sebab naik flight je Penang langkawi. Setengah jam je perjalanan. Lagi dekat . Hrga tiket lebih kurang RM100return

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh murah nya. betul tu kebanyakkan orang malas naik kereta sebab badan pun penat nak berjalan dekat pulau langkawi lagi

      Delete
  12. terbaek.. teringin nak ke Langkawi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun dah lama sangat tak ke langkawi

      Delete
  13. follow sini :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/06/giveaway-ramadhanraya-2018-by.html

    ReplyDelete
  14. wajib borong coklat. mak CT tak minat sangat pinggan mangkok tapi dia suka cekelat. kami pernah buat trip
    balik hari tapi penatla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik hari wahhh penat sikit la kan tapi berbaloi la boleh jimat

      Delete
  15. baru tadi aida wasap mr.asben, airah.
    planning utk holiday sept nanti.
    langkawi or terengganu. tapi aida akan drive la ke sana.
    takkan naik plane. mahal skang ni :) hi hi

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.