Dari SofeaRose Demi Penyu






Nak pilih tudung yang selesa dan mengikut citarasa memang mengambil masa yang lama. Bukan semua pengeluar tudung boleh hasilkan tudung yang berkualiti dan mengikut citarasa pelanggan. Ramai wanita di luar sana yang mempunyai pelbagai citarasa dan pendapat sendiri dalam memilih tudung yang diingini termasuk la I.


Kalau I memang ambil berat sangat material tudung yang nak beli. Satu, mesti la senang bentuk sebab muka I gemok ! Tak nak tudung yang nampak muka gemuk sangat hahaha. Material seperti satin berat I tak suka sangat sebab susah sangat nak bentuk dan muka I jenis panjang memang rasa macam tak kena la. Serius kena pentingkan bab material ni kalau nak beli tudung.






I lagi suka pakai shawl dari bawal. Koleksi shawl memang lagi banyak la dari bawal sebab I rasa pakai shawl lagi senang dan cepat walaupun orang lain berlawanan pula dengan I. I pakai shawl dua pin sahaja pun dah cukup. Sebab tu penting nak pilih tudung yang jenis cantik terletak dan tak banyak songeh. Kalau tudung jenis licin tu eeei tak suka betul sebab susah dan banyak benda nak kena adjust.


Pertama kali pakai tudung dari SofeaRose memang dah jatuh cinta. Masa parcel sampai pun I dah excited tengok packaging dia. Cantik dan classy ! Kotak tudung warna hitam dan tudung I terletak cantik je dalam kotak tu. Kalau packaging cantik terus teruja tahap max.







Pertama kali pegang material tudung ni pun I rasa material dia lain dari yang lain. Jenis yang berat tapi bila pakai tak rasa panas. Material dia berat tapi bukan berat macam satin tak best tu, tapi berat yang buatkan bila pakai shawl ni nampak flowy cantik ! Material memang berkualiti. I nak iron shawl ni pun senang je, tak perlukan kegigihan yang over.


Apa yang menarik perhatian I mengenai jenama SofeaRose ni, kempen kerjasama antara SofeaRose dan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu). Apa kena mengena koleksi tudung SofeaRose dan SEATRU ni?






Kita sedia maklum yang populasi penyu semakin menurun dan hampir ke tahap hampir pupus. Ini sangat membimbangkan kerana generasi akan datang mungkin tidak mengenali penyu lagi kalau penyu ni pupus. Ada tak tengok gambar yang penyu tertelan plastik la, sampah-sampah yang orang ramai buang ke dalam laut. Benda-benda macam ni bukan sahaja mengancam alam sekitar bahkan mengancam hidupan laut juga.


Jadi bagi meningkatkan kesedaran dan ancaman yang dihadapi oleh penyu, SofeaRose dan SEATRU berkerjasama dalam kempen memulih dan memelihara penyu. 






Melalui kempen ini, SofeaRose mengambil inisiatif untuk menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program 'SEATRU- Adopt A Turtle'. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat angkat, wang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. Program seperti ini amat membantu untuk memelihara penyu.


SofeaRose akan menyumbang sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ini. Kenapa SofeaRose memilih Mermaid? Seperti yang semua orang tahu, Mermaid ataupun Puteri Duyung dilihat sebagai seorang wanita yang sangat cantik, lemah lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan Mermaid dikagumi dan ramai mengimpikan untuk menjadi Mermaid. I pun suka sangat dengan semua benda yang bertemakan Mermaid. Lebih sweet dan lembut !







SofeaRose telah berusaha menghasilkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan Koleksi Raya tahun 2018 yang berinspirasikan Mermaid. Peminat Mermaid diluar sana memang tak patut ketinggalan untuk mengumpul koleksi Mermaid dari SofeaRose. Antara koleksi Baju Raya 2018 SofeaRose ialah Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.



Untuk pembelian :
- Hubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha)
- Kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral
- Menerusi laman sesawang di www.sofearose.com





Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose. Kalau nak cuci mata tengok koleksi cantik-cantik dari SofesRose boleh singgah media social di bawah.




Facebook : www.facebook.com/sofearose.my
Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq
Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq
Website : www.sofearose.com

19 comments

  1. cantik warnanya lembut ja kan..kain dia pu high class gitu..sudah jatuh cinta dengan kualiti kainnya

    ReplyDelete
  2. Ooooo dekat bangi..Dekat je la dengan putrajaya. Boleh survey2 tudung dia nnt. Tikah minat bawal...

    ReplyDelete
  3. Aida plak prefer bawal than shawl. 3-4 kali aje aida pakai shawl. Tu pun pakai gaya bawal :-)
    Faktor muka yg berkaca mata. Tu yg x opt utk shawl. Kurang sesuai.
    Nice rekaan nyer. Lembut aje nampak. And good sebab ada konsep sedekah bila membeli.

    ReplyDelete
  4. Bestnya bila menggayakan produk yang ada tema ni. Lebih2 lagi kalau tema tersebut sesuatu yang boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai dan "give back to nature". Bella dah la suka penyu, oleh itu Bella sure akan beli tudung SofeaRose ni. Also, sebab Bella suka dengan warna lembut tudung2 SofeaRose - senang untuk peragakan dengan pakaian2 Bella.

    ReplyDelete
  5. Wah ada penyu bertudung la..hehe nampak lembut giler material kain ni kan..pasti meletup nanti ni.

    ReplyDelete
  6. Suka.plak akak tengok semua shawl dari sofearose ni..dengan warna pastel, lembut membuatkan pemakai nampak manis je..bestnya kalau dpt milik satu shawl..bleh akai masa raya

    ReplyDelete
  7. cantiknya tudung ni!tgk jenis fabrik pon dah tau kain ni memang sedap di pakai..adoii tergoda sis nak try sehelai.. harga pon not bad!

    ReplyDelete
  8. Ramai dah puji tentang material SofeaRose ni. Ana pun agak fussy bila nak beli shawl. Kena tengok material dia dulu. Yang penting senang nak bentuk dan kalau boleh ironless. Rasa nak grab satu lah SofeaRose ni. Cantik dan lembut warna dia.

    ReplyDelete
  9. hoho tudung ni perempuan sukalah,. sekarang macam-macam fesyen ye. nak raya ni bolehla gegirl beli siap-siap

    ReplyDelete
  10. wahhh brilliant idea! jarang dengar tudung digunakan untuk kempen alam sekitar macam ni. bravo! semoga lebih ramai pengusaha lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam projek-projek CSR macam ni. Btw, tudung dia pun nampak sangat cantik dan eksklusif. Definitely akan rekomenkan pada my mother and sister! woohoo!

    ReplyDelete
  11. Lawa-lawa la tudung sofearose niiii. Jatuh hati pulak. Warna dan corak dia menampakkan si pemakai tu ayu sesangat. Nanti nak usha tengok la untuk raya nanti

    ReplyDelete
  12. Cantiknya tudung ni. Kalau sis tunjuk gan adik beradik sis..sure diaorg nak ni. Color dia pun lembut buatkan si pemakai nampak sweet sangat

    ReplyDelete
  13. Cantik lah tudung-tudung sekarang macam-macam design dan bentik semua memenuhi kehendak wanita moden tapi ini bagus bila beli kita dapat selamatkan Penyu...

    ReplyDelete
  14. suka warna tudung SofeaRose ni, warna pastel kan, cantik. saya pulak suka tudung bawal. bolehlah try beli 1, nak rasa senang bentuk ke tak.. hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Very intricate designs, just nice for a feminine touch. Especially love the pastel colours tudung. Cantik sgt! Very classy

    ReplyDelete
  16. The mermaid scarf looks really pretty! I wouldn't mind getting one each for my sister and mom. I noticed that it also has a Japanese-feel to it.

    ReplyDelete
  17. Koleksi Sofea Rose ni cantiklah warna pastel dia dan soft je. Menyerlahkan lagi si pemakai. Material pun nampak berkualiti. Raya dah dekat ni, kena beli satu untuk koleksi.

    ReplyDelete
  18. Collection dia warna cantik2 la..suka sgt.hilma apun suka pki shawl..senang..lilit je dah siap..hilma tgk pun mcm teringin je la nak order satu hahahha

    ReplyDelete
  19. Cantiknya design tudung ni. Sangat sesuai untuk pakai raya. Design pun exclusive.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.