Night Skincare Routine 2018



Nak share my current skincare routine untuk awal tahun 2018. Boleh baca dua rutin penjagaan kulit I yang lepas di Rutin Penjagaan Kulit | Malam dan Skincare Routine | Night. Dalam 90 percent jugak la produk I dah bertukar dari skincare list yang lepas kecuali toner dan cleansing oil I masih guna yang sama hehe. Skincare rutin kali ni pun untuk malam. Siang punya next time I update.


Untuk step pertama, I guna cleansing oil dari SIMPLE. Ini cleansing oil I yang pertama sejak terbuka hati nak buat double cleansing. Bagi yang tak tahu apa itu double cleansing dia macam cuci muka dua kali la. Sekali guna oil based cleanser, kedua guna water based pula. Bila buat double cleansing ni kulit muka lebih bersih dari sebarang kotoran.


Simple oil cleansing boleh membantu mencairkan makeup pada kulit muka jadi tak payah susah nak bersihkan guna makeup remover. Tapi kalau I kadang pakai makeup heavy sikit, lepas guna makeup remover, guna oil cleansing lagi. Nak pastikan kulit betul-betul bersih dari sebarang kekotoran ataupun makeup. Simple oil cleansing ni best tau sangat lembut pada kulit dan tak pedihkan mata. Nantikan full review Simple oil cleansing okay.


Kedua menggunakan water based cleanser. Simple facial wash ni I baru guna dalam tiga minggu macam tu. Setakat ni I suka pakai sebab dia tak buat kulit rasa tegang. Muka rasa bersih walaupun buih dia tak banyak. Pencuci muka ni jenis gel dan banyak juga feedback positif. Face wash pun nanti I buat full review okay tunggu lepas dah habis separuh atau dah sebulan lebih pakai.



Ketiga ialah scrub. Sekarang I guna St Ives Green Tea Scrub. Ada plan nak guna chemical exfoliation tapi I tak bersedia lagi hahahha . Bagi yang tak tahu kalau nak exfoliate ataupun scrub muka ada dua pilihan sama ada nak guna physical atau chemical. Physical macam St Ives punya ni la. Kalau chemical kena guna produk yang ada active ingredients. So far I suka guna St Ives ni, bau dia sedap dan kulit pun rasa lembut. Boleh baca full review St Ives Green Tea Scrub Review.



Seterusnya ialah toner. I masih menggunakan Kiehls Calendula toner ni. Tinggal lagi sikit je nak habissss. Tak sabar nak tunggu habis eei lama betul kena tunggu. Toner ni lebih kepada hydrating. Beri kelembapan pada kulit. Kadang I suka guna kapas kalau nak pakai, kadang I sapu guna tangan je then dab dab sampai serap. baca full review dekat Product Review : Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner.


Step kelima I akan pakai serum dari Innisfree. Green Tea Seed Serum. Serum ni berfungsi untuk beri kelembapan juga pada kulit. Produk yang I guna semua untuk hydrate kulit hahaha. Boleh baca full review di Innisfree Green Tea Seed Serum. Serum Innisfree ni best sebab ringan, cepat serap dan buat kulit nampak glowing sikit. Bau pun sedap.



Ke enam ialah emulsion. Botol paling kecil dekat gambar atas tu ialah hydrating emulsion dari The Face Shop. I dapat dalam lima botol kecil tu hahhhaha. Jadi buat masa sekarang I guna itu je as emulsion. Senang nak sumbat botol kecik tu dekat memana. Kesan dia best. Kulit lembut je. Nama pun hydrating emulsion memang kulit nampak sihat dan supple la. Mungkin akan beli botol besar pula lepas ni.



Seterusnya ialah sheet mask. Kalau ada stok sheet mask I akan pakai untuk step ke tujuh. Kalau tak ada I skip je. Buat masa sekarang stok mask banyak haha. I suka sheet mask sebab kesan dia cepat. Kalau esok ada event ke, nak keluar atau nak makeup memang malam tu I akan pakai sheet mask. Kalau nak pakai sebelum makeup memang tak la, lambat. I ada banyak juga review sheet mask yang best boleh search dekat search box sebelah sidebar okay. 


Last sekali adalah moisturizer. Kadang lepas pakai sheet mask I malas pakai moisturizer sebab terus tidur je. Kalau rajin baru sambung moisturizer. Buat masa sekarang I sedang mencuba moisturizer dari Neutrogena. I suka sebab dia ringan pada kulit dan tak ada bau sangat. Kulit pun lembut je. Dry patch I memang hilang lepas pakai moisturizer ni jadi memang berkesan la kalau ada kulit kering tu. Boleh baca full review di Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin review okay.


I suka dengan keadaan kulit sekarang. Jerawat jarang naik kecuali dua tiga minggu lepas banyak naik entah kenapa -.- Selalu bila nak period je baru naik haha. Kalau nak cuba produk di atas pastikan buat test dulu dekat kulit. Pakai sikit je dalam dua tiga hari nak tengok ada kesan buruk pada kulit atau tak. Paling penting walaupun produk tu sesuai dengan orang lain tak semestinya sesuai dengan kulit awak. Kulit orang lain-lain.




22 comments

  1. SEP Mask kat atas tu kesukaan kin jugak! tp kin suka lg yg green tea

    ReplyDelete
  2. nice sharing :)

    blog anda direview di https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/review-blog-airah-syahirah.html

    ReplyDelete
  3. Lengkap set skincare awak tu. Kalau ana hanya guna facial wash dan scrub je. Toner apa semua lama tak guna. Mask kekadang kalau rajin. Hehe.
    Next ana nak try lah st ives green tea scrub tu.ganti apricot yg guna sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Akak sekarang dh bertukar skincare ke Bare Essential Dan akak guna juga set penjagaan malam product lain jugak..basic memang kena ada la..pilihan mask plak akak suka B.Liv O2 bubly bright..nanti akak update part tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. Yesss!!! Emulsion tu brand The Theraphy kan? So far, semua produk yg u pakai best-best. Apapun,skincare memang terbaik! I lebih oada skincare than make up

    ReplyDelete
  6. Wah menariklah. Siang dan malam berbeza ya. Ros guna yang sama je sekarang. Skrub tu Ros pun guna, cuma ambil yang apricot. Memang bestlah skrub St Ives..

    ReplyDelete
  7. banyak gak step step utk jaga kulit ni kan..nak nak wanita..tapi tak ramai lelaki yang jaga seperti wanita jaga kulit muka diorg heheh

    ReplyDelete
  8. Wahh bagusnya perkongsian ni! Tapi setuju jugak. Pemilihan produk ni, lagi-lagi untuk muka memang kena hati-hati. Kena pilih yang sesuai dan selesa pada kulit atau nanti kesannya boleh makan masa juga untuk pulih semula.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga ye skincare products yg digunakan. Yelahh, bila dah serasi dgn kulit, mmg rasa xnak tukar lain. Takut kan.

    ReplyDelete
  10. I never try this before. I can share this with my friends as they are using this brand... Thanks for the great sharing...

    ReplyDelete
  11. Byk step2 nya.. Paling suka kalo pakai mask tu... Tp jarang juga buat.. Tq share routine skincare

    ReplyDelete
  12. Simple oil
    Cleansing mmg antara fav. First sbb produk ni sesuai utk semua kulit dan ianya mampu membersih kulit dr dalam

    ReplyDelete
  13. teringin juga nak beli oil cleansing simle tu. tapi terbeli senka plak

    ReplyDelete
  14. wah. syok tengok lengkap rejim kecantikan harian nya.. dari sabun hinggalah ke moisturizer.. TB paling suka mask.. sekarang giler mask .. nal try mcm2.. haha

    ReplyDelete
  15. wow...that's a complete set of routine...i can't even put that many products on my face...haahhaha but i do have the SEP face mask too! I really love using it when i want to pamper myself for the week..hahaha

    ReplyDelete
  16. Oooo...Double cleansing muka lagi bersih ye. Mcm saya sebelum cuci muka akan remove memang guna wet tissue utk muka tuh. Lepas tuh skrub baru cuci guna cleanser. Malam muka x pakai apa.kalau rajin apply serum. Tapi double cleansing tu nanti nak try lah

    ReplyDelete
  17. Wah rumit juga ya rutin ini. Banyak nak kena ikut.
    Tapi perempuan kan tak kesah.
    Lelaki macam saya ni agak leceh sikit kalau banyak benda ni.

    Tapi kalau nak cantik kenalah buat kan

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya kan apa-apa pon kita pakai kena konsisten.. n elok pakai produk dari drug store.. nak baguih lagi guna natural/organik. Semoga cantik cantik dan sihat

    ReplyDelete
  19. Penjagaan muka waktu malam ni susah nak buat. Bagus sharing ni. Boleh cuba produk ni

    ReplyDelete
  20. Thanks for sharing your skincare routine, double cleansing is really imimportant for me cause I put on makeup daily. I need to be more hardworking with my steps usually end with toner and moisturizer cause too lazy.

    ReplyDelete
  21. I do pratice step by step skincare routine but I dont stick to one skincare brands. Night time is the best way to ensure get the best nutrient when skin on hibernate mode. I use mask frequently at night.

    ReplyDelete
  22. ada tips nak makesure consistent tak? haha mell kadang rajin kadang malas aduhhh

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.