MELAHIRKAN USAHAWAN FOOD TRUCK

Sejak kebelakangan ini, usahawan makanan yang menggunakan food truck semakin mendapat permintaan. Bukan itu sahaja, makin ramai yang berminat dan berhasrat untuk melibatkan diri dalam perniagaan makanan menggunakan food truck ni.


Dari majlis kecil-kecilan sehingga ke majlis besar-besaran seperti carnival mendapat permintaan yang tinggi untuk melibatkan usahawan food truck. Kenapa semakin tinggi permintaan food truck ini?



Image result for food truck malaysia
(Credit : google)



Dengan menggunakan food truck, pelanggan mudah untuk membuat pesanan dan pembayaran serta penyediaan makanan yang lebih cepat. Usahawan makanan lebih senang untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Tak banyak tenaga yang diperlukan kerana tak perlu nak buka khemah atau menyediakan peralatan memasak. Semuanya sudah tersedia di dalam food truck. Lebih menjimatkan masa !

Image result for food truck malaysia
(Credit : google)


Walaupun sambutan amat menggalakkan, usahawan food truck masih menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan dana untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, masalah lokasi untuk meletak food truck juga antara salah satu cabaran untuk usahawan food truck. 

Setelah mempertimbangkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh usahawan trak makanan, Kementerian Wilayan Persekutuan mengambil langkah proaktif untuk membantu usahawan-usahawan trak makanan ini untuk berkembang maju. Antara langkah yang diambil ialah kira-kira 1,000 lesen perniagaan kenderaan saji (trak makanan) dikeluarkan akhir tahun ini untuk memberi sokongan kepada usahawan trak makanan.


Langkah ini dapat memberi lebih motivasi kepada usahawan trak makanan untuk berusaha mengembangkan perniagaan makanan mereka kerana ada pihak yang sangat menyokong usaha ini. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga dalam usaha perbincangan untuk mengenal pasti lokasi yang lebih strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk semua usahawan trak makanan.


Image result for food truck malaysia
(Credit : google)



Usaha seperti ini bukan sahaja memberi peluang perniagaan kepada usahawan trak makanan, tapi dapat mengurangkan penjaja di tepi jalan. Imej bandaraya Kuala Lumpur perlu dijaga. I memang sangat menyokong inisiatif seperti ini kerana semua pihak mendapat manfaat dari program tersebut.



Tidak hairan la kini food truck tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana pihak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengambil berat tentang masalah usahawan food truck dan mencari jalan penyelesaian bersama. 

63 comments

  1. Byk jugak lesen diberikan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak.bagus program macam ni

      Delete
  2. Bagus food truck ni, bersih & mobile 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.kalau nak tarik pelanggan mesti la kena bersih

      Delete
  3. belum pernah makan kat foodtruck. teringin jugak ni nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruginya.airah suka makan foodtruck ni banyak menu western

      Delete
  4. Saya suka makan dekat food truck! Harapnya makin bykkk food truck dgn variety mknn kann. Senang nak cari makan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ! variety makanan yang lebih unik dan kreatif

      Delete
  5. Kalau la dapat mohon.. Lawa pulak tgk design2 foodtruck ni 😍

    ReplyDelete
  6. Bila ada food truck nie, lagi mudah dan kebersihan pun terjaga.

    ReplyDelete
  7. Pernah pergi, pilihan food di food truck ni pun not bad jgk la.

    ReplyDelete
  8. dapat mengurangkan peratus pengangguran dinegara kita..slain itu dpt meningkatkan side income belia2 kan..bestnyaa

    ReplyDelete
  9. Usaha-usaha melahirkan usahawan sebegini memang idea yang betul2 hebat! Moga makin ramai usahawan yg berjaya akan lahir dari inisiatif ini

    ReplyDelete
  10. bagus juga bisnes food truck ni, bg yg tak mampu sewa kedai mahal2, boleh berniaga guna food truck, modal pun tak besar mana ...

    ReplyDelete
  11. baguslah ada perubahan dan penambaikan. Food truck pun dah jadi trending sekarang ni

    ReplyDelete
  12. Sekarang dekat Malaysia dah banyak juga food truck, tak payah pasang Khemah tapi kos tinggi yang tak mampu boleh cari bantuan food truck kan

    ReplyDelete
  13. Suka sangat makanan2 dari food truck ni..moden & byk variety...rambang mata kdg tu nk pilih...

    ReplyDelete
  14. Perlu ambil peluang dan gunakan sebaik mungkin..bagus program ni kepada rakyat yang nak cari sumber rezeki dari food truck ni.

    ReplyDelete
  15. Food truck lebih bersih dan kemas kan

    ReplyDelete
  16. terima kasih usaha WPKL dan DBKL, program camni bagi peluang niaga kat usahawan trak makanan, selain tu dapat kurangkan penjaja di tepi jalan

    ReplyDelete
  17. Food truck lebih teratur dan bersih kan

    ReplyDelete
  18. skrg memang banyak food truck

    ReplyDelete
  19. Food truck! Selalu lepak dekat TAPAK dekat ngan KLCC tu. macam-macam pilihan ada....

    ReplyDelete
  20. Perniagaan menggunakan foodtruck memang menjadi trend sekarang ini. Luqman rasa nanti bulan ramadhan pon mesti ada restoren atau hotel yang menggunakan konsep ini untuk majlis berbuka puasa.

    ReplyDelete
  21. Food truck skng dah cantik2. Btw, mmg bagus program mcm ni, selain memberi peluang perkerjaan kepada golongan belia khususnya, mereka juga dpt timba pengalaman berniaga walaupun secara kecil-kecilan...

    ReplyDelete
  22. Memang dah banyak kan food truck sekarang, bagsulah bila ada bantuan untuk golongan peniaga macam ni.

    ReplyDelete
  23. Pernah teringin nak buat bisness food truck ni.. macam best jee

    ReplyDelete
  24. sekarang memang famous kan food truck ni dalam kalangan rakyat. tak sangka ada bantuan dari DBKL macam ni. sgt bagus!

    ReplyDelete
  25. Rawlins suka konsep foodtruck sebab bersih dan tidak messy. Pengusaha Foodtruck juga kebanyakannya akan berusaha untuk menonjol dari yang lain dari segi packaging dan juga menu - maka lebih meriah dan menarik!

    ReplyDelete
  26. selalu teringin nak buat bisnes food truck. tapi usaha dbkl ni memang patut diberi pujian!

    ReplyDelete
  27. Betul. Sekarang food truck dah jadi satu trend. Mana-mana pun ada food truck. Ana suka je sebab banyak pilihan walau harga agak mahal.

    ReplyDelete
  28. bagus usaha yang cuba diketengahkan dengan mewujudkan kawasan khas food truck di Malaysia. boleh beri peluang pada peniaga untuk meniaga di kawasan khas. hopefully harga makanan tak mahal lah. takut sikit nak pergi food truck nie. hehe

    ReplyDelete
  29. Ai pun dah suka sangat pergi cari makan di food truck sebab banyak pilihan dan cepat. Lagi meriah tempat tu lagi best untuk pergi.

    ReplyDelete
  30. Its a good thing actually kan, boleh cari pendapatan lebih. Bagi peniaga. But somehow Ty serik for once pernah gi yang di Putrajaya, the price is so expensive. Sekitar KL like Urban tu betul sampai lagi. Maybe one fine day.

    ReplyDelete
  31. TB suka tengok food truck banyak-banyak tu.. sebab ada yang di design label dekat body truck tu comel-comel.. di cat warna warni.. pulak tu ada macam-macam menu boleh kita dapati.. memang teringin snagat nak makan kat sini.. tungguu bila ada rezeki lebih lagi boleh pi

    ReplyDelete
  32. Di Penang pun dah banyak usahawan Food Truck. Selain lebih nampak kemas, tersusun dan terkini, food truck ni senang nak berniaga di mana saja.

    ReplyDelete
  33. Yes usahawan food truck ni memang berkembang seiring dengan kemajuan dan kehendap sekarang yang suka style business macam ni hehehe kita pun ada plan nak buat perniagaan macam ni juga...

    ReplyDelete
  34. Sumber rezeki usahawan kecil berniaga good truck.harap peniaga berniaga dengan ikhlas...jangan main taram jer harga. Pernah pergi satu tempat food truck ni...harga lagi mahal dari harga di kedai makan

    ReplyDelete
  35. Food business mmg antara yg ramai nak ceburi. Tambah sekarang mmg dh byk tempat makan yang tawarkan foodtruck area dkt kl terutamanya..pejiaga pun mudah nak bergerak bak.berniaga ke satu tempat yg lain

    ReplyDelete
  36. Semakin lama semakin bank food truck di KL. Bagus juga, lebih banyak pilihan untuk consumer dan peluang untuk peniaga2.. Dah lama tak ke food truck location untuk makan2.. Mungkin nak ke TAPAK yg berhampiran KLCC dan Avenue K tu lah minggu ni

    ReplyDelete
  37. Memang best pun kalau cari makan dan lepak2 kat foodtruck banyak pilihan makanan dan klihatan lebih bersih dan efisien.

    ReplyDelete
  38. Banyak pilihan makanan di foodtruck... Elok di kembangkan lagi... :)

    ReplyDelete
  39. best mengenai food truck ni..kawasan menjaja dia lebih bersih dan teratur..byk makana hipster , rare dan viral yg dijual...dan plg penting sedappp

    ReplyDelete
  40. Bila di setempatkan peniaga food truck kat satu kawasan, senang kita nak terjah. Pilihan pun meriah. Macam² ada!

    ReplyDelete
  41. Makanan di Foodtruck macam-macam ada, itu yang best :)

    ReplyDelete
  42. Bagus juga campur tangan dan bantuan dari Kementerian Wilayan Persekutuan untuk usahawan trak ini. Dimana dapat membantu golongan usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan di trak.

    ReplyDelete
  43. Inisiatif yang hebat drp pihak berwajib. Food truck memberi peluang utk anak muda menceburi bidang bisnes dengan modul bisnes yang terkini. Semoga usaha ini diteruskan dan dikembangkan ke seluruh negara!

    ReplyDelete
  44. Sgt bagus dpt mgalakkan belia berniaga dan menambahkan pndapatan..

    ReplyDelete
  45. Marsha lebih suka beli kat foodtruck...rasa kelainan

    ReplyDelete
  46. Lepak2 malam minggu kt sini best.

    ReplyDelete
  47. Bagus food truck ni. Membantu ramai peniaga untuk berniaga..

    ReplyDelete
  48. Sekarang banyak dekat karnival dah banyak yang pakai food truck , lebih senang dan kebersihan terjaga. ada kan peruntukan siapa yang nak jual pakai food truck memang bagus

    ReplyDelete
  49. Sis suka pergi Taman Tun sebab kat sana setiap malam dekat parking lot sana banyak food truck menjalankan business memasing. Yang best tu macam-macam pilihan makanan ada. Boleh duduk makan kat sana lagi.
    Beruntung betul mereka yang jalankan perniagaan food truck ni. Kalau sis pandai masak teringin jugak nak bukak satu..

    ReplyDelete
  50. Semoga usahawan makanan yang menggunakan food truck semakin berjaya dalam bisnisnya dan makin banyak orang yang meperoleh manfaat dari food truck ya mba...

    ReplyDelete
  51. bagus ada bantuan sebegini kan? nampak ekslusif macam kt luar negara.

    ReplyDelete
  52. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  53. Bestnya... Memudahkan pembeli dan penjual juga..

    ReplyDelete
  54. Dulu selalu tengok dekat TV perniagaan foodtruck ni tapi dekat overseas. Rasa bangga semakin ramai anak muda yang menjalani perniagaan foodtruck. Berbangga !

    ReplyDelete
  55. Suka food truck sebab menu ringkas dan kreatif.. :)

    ...

    ReplyDelete
  56. Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  57. Dah popular food truck ni. Macam-macam makanan ada.

    ReplyDelete
  58. Kreatif!! Suka idea dia orang buat bisnes ni..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.