Garnier Serum Mask



Pakai sheet mask adalah aktiviti favourite I bila dah penat kerja seharian uruskan itu ini. Nak manja kan kulit sebab kalau tak dimanja kan nanti dia bawak geng jerawat pula. I pun kadang rajin nak buat rutin skincare yang lengkap. Kadang tu dah siap mandi nak tidur langsung tak pakai apa-apa sebab penat lol.


Masa Guardian buat promosi mask dan lipbalm beli satu, item yang kedua dapat RM1 sahaja, memang rambang mata la nak pilih. Rambang mata sampai tak pilih apa-apa hahaha. I pun tak faham dengan diri sendiri bila tak pergi drugstore macam-macam benda nak, bila dah sampai apa pun tak beli. Mask Garnier ni pun Aiman suruh orang kaunter tu ambil je, mask ni dah tersedia tepi kaunter, sebab I macam 'nak beli ke tak nak........'.


Produk : Garnier Serum Mask
Jenis : Sheet Mask
Harga : RM7



Tak silap I Garnier Serum Mask ni ada tiga jenis. Garnier Skin Natural Serum Mask Sakura White, Garnier Skin Natural Serum Mask Light Complete dan Garnier Skin Natural Serum Mask Hydra Bomb. Masa I beli ada dua jenis je yang warna kuning dan warna pink. Warna biru Hydra Bomb tu tak ada dah habis la kot.





Garnier Skin Natural Serum Mask Light Complete ni lebih focus untuk brightening. Berfungsi untuk melembapkan kulit, mengurangkan kulit kusam dan memudarkan dark spots. Memang sesuai la face mask ni untuk mencerahkan kulit sebab kadang kulit kusam ni yang menyebabkan wajah nampak tak berseri. 


Mengandungi lemon, vitamin C dan hyaluronic acid serum. Semua bahan ni membantu untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. Mask ni disyorkan untuk dipakai tiga kali seminggu selama 15 minit.


Bau mask ni agak wangi tapi light je. Bila hidu baru ada bau. Masa I pakai ada rasa pedih macam tu tapi sikit je mungkin sebab kandungan lemon tu. Kertas mask dia best sebab fit sangat dengan muka. Tak ada bahagian yang tak kena untuk muka I cuma bahagian mata dan mulut tu agak kecil la macam rimas pulak haha.


Serum mask ni pun tak banyak tapi still cukup lebih-lebih tu nak sapu pada bahagian leher. Kalau mask biasa tu selalu banyak lebih lagi dalam paket dia. Mask ni ada dua layer tau, satu warna biru satu lagi baru paper sheet mask tu. Tak silap I yang warna biru tu membantu serum mask supaya tak kering.


I suka dengan kesan mask ni. Nampak kulit lagi sihat dan cerah. Kulit pun lembut je. Ni kesan I bila next day bangun pagi tu sebab selalu pakai sheet mask malam, nak tidur terus buka dan tidur je. Pagi nak pakai makeup pun rasa best je kulit haha Kalau konsisten pakai setiap minggu mesti kesan dia boom......




Yang kedua ialah Garnier Skin Natural Serum Mask Sakura White. Kedua dua mask garnier ni super hydrating. Fungsi yang warna pink ni pula untuk pinkish glow. Buat kulit nampak sihat glowing dan melembapkan juga. Bahan dalam ni ada japanese sakura dan hyaluronic acid serum.


Jenis sheet mask dia sama je dengan Light Complete. Paper sheet mask dia pelik sikit lain dari sheet mask biasa dan susah nak koyak. Kalau tengok dekat packaging dia ada tulis tissue mask sebab tu kut beza dari topeng mask biasa. Tapi yang best sebab dia fit muka elok-elok.


Bau serum mask dia light juga. Lepas pakai sheet mask ni nampak la muka lembap, glow. Bahagian hidung I yang kering tu pun dah tak ada. Hyaluronic acid memang membantu untuk kulit lebih lembap, lembut dan membantu perbaiki garis halus dan kedutan.


I suka mask Garnier ni harga pun tak mahal dan berkesan untuk kulit. Akan beli untuk buat stok sheet mask dekat rumah.






22 comments

  1. Lenne suka mask garnier yg biasa tu je. Tu memang berkesan bila Lenne ada jerawat, pakai je mask tu and tak lama lepas tu dia kecut sendiri. That one memang berkesan habis tapi kadang malas jugak nak stock banyak banyak hehe. The ones you reviewed ni I have yet to try, tapi in shaa Allah will pick it up bila rasa kulit tu kusam je hihi. Thanks for the great review! :)

    Lenne Zulkiflly

    ReplyDelete
  2. Akak ada mask garnier ni..memang akak suka guna mask muka pelbagai jenama...hehehe..mengada kan...asal boleh je..

    ReplyDelete
  3. Macam menarik serum ni. Dan produk garnier selalu xdelah mahal sgt kan. Blhla cuba try beli and pakai satunhr nanti

    ReplyDelete
  4. Nina pun suka gak manjakan muka ngan sheet mask. Belum pernah try Garnier. Murah jer eh.... Nak pi cari laaa pasni

    ReplyDelete
  5. Garnier memang terkenal sebagai produk cerahkan kulit kan. Ana pernah pakai few times mask Garnier ni. So far puas hati dengan kesan dia. Bau pun best

    ReplyDelete
  6. Kalau nak cantik kena rajin. Kalau penyakit M datang memang tak boleh buat apa dah. Hehe....Kena buat 3 kali sehari la kan baru kulit muka tu nampak glowing.

    ReplyDelete
  7. terbaek.. :)


    jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  8. Guardian memang kerap sangat buat promotion. Saya selalu jugak pergi Guardian bila time promotion. Kihkihkih. Tapi belum pernah lagi cuba serum mask ni. :)

    ReplyDelete
  9. Lama bebenar tak pakai mask.walhal ia elok dipakai untuk melembapkan kulit kan..murah jer harganya.

    ReplyDelete
  10. dulu mcm nak cuba pakai tapi tak tahan melekit hahaha

    ReplyDelete
  11. Kita tak pernah lagi guna Serum Mask macam ni hehehe teringin juga orang lelaki nak menjaga kulit muka....

    ReplyDelete
  12. woww.. dah ada serum mask? produk baru dari Garnier ke ni? ke memang dari dulu lagi ada ? TB suka giler mask ni.. nak pulak ada serum.. fuh.. emmang boleh buat kulit yang lemau jadi bermaya balik..

    ReplyDelete
  13. bagus garnier mask ni. Pernah pakai, memang rasa best je muka lepas pakai tu. harga pun murah dan mudah nak beli. boleh buat stok kat umah. betul tak.. hehe

    ReplyDelete
  14. Nak cuba pulak lepas ni Garnier Serum Mask ni. Nak tahu hasil sendiri sebelum dan selepas pemakaian.

    ReplyDelete
  15. Kalau pakai serum mask nih buat mencerahkan dan melembabkan kulit? Wah... mau dong. Kira kira kalau Abby pakai apa serum nih bakal ngilangin jerawat kexil.lecil kah?

    ReplyDelete
  16. Garnier!! just bought this yesterday and gonna use this for tonight. i really cant wait to try the new things.. nak cantik jugak

    ReplyDelete
  17. Dah lama tak manjakan kulit.. tapi bila muka xde jerawat, xbest la pula.... Xde benda nak dipicit hahahah

    ReplyDelete
  18. Mommy sekarang ni dah 30 an kena rajin moistkan muka. Boleh cuba yang ni pula lepas ni

    ReplyDelete
  19. I use Garnier moisturizer and cleanser usually. I have never try their mask before. Saw it on market and I think I should grab one and try on it. Must be nice mask.

    ReplyDelete
  20. Dulu zaman belajar pernah pakai garnier. Now dah tak pakai dah. Dah bertukar kepada brand lain, hehe

    ReplyDelete
  21. Siqah tak pernah guna mask Garnier. Sekarang guna mask Innisfree je. One day boleh cuba. Kalau masuk Guardian / Watsons, tak sah kalau tak beli apa2 😅

    ReplyDelete
  22. Yang colo pink tu boleh ke guna utk smua jnis kulit walaupun dia kata suitable for sensitive skin ?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.