Blog Review : Haslina Kasbulah

Blog review seterusnya adalah blog Haslina Kasbulah. Pertama kali masuk blog ni I dah suka sebab satu, font yang digunakan oleh pemilik blog lain dari blog yang I pernah singgah. Font yang cantik. Saiz font pun besar, senang nak baca.


Masa I edit blog sendiri selalu dilema nak letak font saiz apa. Kalau kecil sangat orang susah baca. Kalau besar sangat rasa macam tak cantik. Tapi saiz font blog Haslina Kasbulah memang cantik dan sedap je mata nak membaca entry.




Widget yang ada dalam blog ni pun simple dan tak ada yang macam tak perlu pun letak ada blog. Widget tak banyak so buat blog nampak kemas. Tapi I rasa pelik sikit bahagian footer blog tu ada dashboard. Rasa macam tak sesuai dekat situ dan tak payah ada pun tak apa.


Kebanyakan entry simple dan ringkas je. Pemilik blog suka join giveaway, segmen tu nanti boleh la singgah promote giveaway,segmen, contest korang dekat blog Haslina Kasbulah hihi.


Blog ni pun banyak entry lirik lagu. Setiap kali singgah entry yang ada lirik lagu mesti bukak youtube sekali nak menyanyi jugak hihi.


Jum blogwalking !


3 comments

  1. Cantik blog sis Haslina.. Thank you kenalkan :D

    ReplyDelete
  2. Samalah. Dilema jugak nak letak font apa dan saiz apa.

    ReplyDelete
  3. Bila nak blog review kat blog kita? lama dah ni teringin. hehehheheh

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.