Akar.co Skin Polisher Arang 2 in 1

Bila berdepan masalah jerawat, kebiasaannya mesti kita akan cari produk nak rawat jerawat tersebut. Kalau boleh nak kesan yang cepat ! I pun sama bila naik jerawat je mesti baru kelam kabut mencari ubat jerawat. Kalau jerawat tak naik, campak-campak je ubat jerawat tu kemana. Sebab tu kelam kabut mencari bila nak guna haha.


Bila kulit dah okay, kena maintain pulak nak pastikan tak ada jerawat naik. Itu pun nak kena ambil masa untuk pastikan kulit sentiasa bersih dari sebarang cela. Baru-baru ni I ada cuba skin polisher daripada Akar.co untuk merawat jerawat dan kulit.




Skin Polisher dari Akar.co membantu
- Merawat jerawat
- Detoxifies skin
-  Mencerahkan wajah
- Mengawal minyak
- Menanggalkan sel kulit mati
- Menghilangkan bintik hitam
- Memudarkan parut dan blemishes
- Anti aging


I berminat nak cuba produk ni sebab banyak review dan feedback positif. Untuk pengetahuan, Skin Polisher Akar.co ni mengandungi actived charcoal, jojoba oil, peppermint oil, coconut oil, argan oil dan aloe vera. Bagi I, bahan yang digunakan memang mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit.


Actived charcoal dapat membantu membersihkan kulit dari kotoran yang melekat dan pori akan terlihat lebih kecil dari sebelumnya. Jojoba oil memberikan lembapan pada kulit. Jojoba oil juga mempunyai vitamin, antioksidan dan mineral yang bagus untuk kulit. Aloe vera memang dah tak asing lagi pelbagai faedah dan cara boleh digunakan pada kulit.




Bila pakai Skin Polisher ni akan rasa minty macam tu sebab mengandungi peppermint oil. Rasa minty dia best gila sebab rasa sejuk je kulit masa pakai. I memang suka produk yang ada peppermint ni macam ubat gigi, body wash. Bila ada produk macam skin polisher ni ada peppermint excited nak pakai. 


Lepas pakai kulit rasa lebih lembut sebab Skin Polisher ni dua dalam satu. Boleh digunakan sebagai mask dan scrub. Bila jadikan sebagai scrub, kulit mati dah tanggal, kulit akan lebih lembut dan licin. Kulit pun nampak lebih glowing, bersih dan kurang berminyak. Kalau rajin pakai mungkin boleh kawal minyak pada kulit.


Packaging dia pun cantik dan minimalist dengan warna hitam putih. Bekas plastik jadi senang nak simpan. Tak risau pecah.




Tekstur dia macam dalam gambar. Tekstur dia kasar tapi tak terlampau kasar pun just nice untuk digunakan sebagai scrub. Bagi kulit I tekstur dia okay je. Rasa best lepas scrub. Nak cuci lepas tu pun senang je ! Tak susah nak tanggal dari kulit. I dah cuba tanggalkan guna air dan wet tissue. Dua-dua senang nak tanggal. 


Untuk manfaat jangka panjang
- Kulit lebih sihat dan bersih
- Cerah dan berseri
- Kulit lebih lembut
- Anti aging
- Flawless and glowing skin


Akar.co tak ada langsung bahan seperti paraben, synthetic oil, mercury, hydroquione, mineral oil atau lain-lain chemical berbahaya. Jadi memang selamat digunakan. Sesuai dengan kulit I. Selamat dan kesan yang cepat. Akar.co juga halal dan ada not kkm okay.





Cara nak guna pun senang je. Ambil produk dari dalam bekas dan pakai pada kulit rata-rata. Tunggu 2 hingga 3 minit untuk dijadikan mask. Lepastu boleh urut perlahan-lahan untuk dijadikan scrub pula. Lepas rasa dah okay boleh la cuci hingga bersih.


Skin Polisher Akar.co ni bukan sahaja boleh digunakan pada kulit muka sahaja tapi boleh guna pada badan juga. Jimat ! Harga untuk Skin Polisher Arang 2 in 1 ni RM85 (100gm).


Kalau nak beli boleh la singgah media social di bawah
Instagran : Akar.co
FB : Akar.co Natural
www.Akarco.com
#HappySkinAkarco #MencontengArangDiMuka






21 comments

  1. Wah. New product ke ni. Nampak menarik la. Boleg gi usha2 ni. Mungkin leh dpt new look yang bersih menjelang raya lagi sebulan lebih ni.

    ReplyDelete
  2. cantiknya skin awkkkk nak nangis tengok haha

    ReplyDelete
  3. Best juga sebab tak mengandungi bahan seperti merkuri yang terkenal sebagai agen penghakis kulit. Ni mesti produk terbaru di pasaran sebab baru first time dengar ni. Packaging pun semua hitam. Krim tu pun hitam?. Ada ekstrak arang ke tu?

    ReplyDelete
  4. First time tahu produk tepek arang kat muka. Part mint and muka sejuk-sejuk tu rasa macam bestnya. Nak jenguk la insta dia nanti. Thanks sharing ya.

    ReplyDelete
  5. pernah tgk skin polisher ni kat facebook hari tu. kandungannya semua organik dan setiap darinya mempunyai khasiat masing2 terhadap kulit. packaging pun lawa. nanti nak usha.

    ReplyDelete
  6. Berbaloi juga skin polisher ni. 2 dalam 1. Lepas scrub muka boleh scrub di badan pula. Boleh la sis cuba nantI. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Wah macam best je produk ni.. Dia punye rupe pun nampak elegant.. Nak try jugak nanti terima kasih sbb berkongsi.

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik pula produk ni. Dari arang eh memang rare. Tapi blh digunakan utk badan dan muka mmg jimat :-)

    ReplyDelete
  9. First time ana dengar jenama akar.co ni. Bagus nampaknya sebab bahan2 yang diguna sesuai untuk kulit kita. Yg penting takde bahan kimia. Selamat nak guna.

    ReplyDelete
  10. I like the black color . Do you think sensitive skin can use? As I looking for good scrub that help eliminate clog pores.

    ReplyDelete
  11. First time ika dengar brand ni. Macam menarik j hilangkan jerawat. Ika nk try juga.

    ReplyDelete
  12. Tak sabar nak cuba produk Akarco ni juga. Banyak feedback positif dari produk ini. Banyak manfaat untuk kulit wajah tu yang paling penting. Kulit pun sentiasa terawat.

    ReplyDelete
  13. Wow menarik lah !! The color is quite scary tp hakikatnya banyak khasiatnya. Boleh kurangkan parut tu sangat menarik. Nak cuba guna jugaklah

    ReplyDelete
  14. Produk kecantikan Akar.co berlabel halal ya? best lah ni produknya. Aman dipakai untuk membasmi kulit yang bermasalah seperti jerawat. Risau hati jika muncul jerawat nih.

    ReplyDelete
  15. TB dah try akar.co ni.. best sangat.. memang berangin je kat muka ni.. TB pakai cara yang sam jugak tapi lepas sapu kat muka TB letak air dan ratakan satu muka.. baru biar 5 minit.. pastu bilas sambil scrub2 lembut muka tu.. rasa fresh je muka pastuu.. best

    ReplyDelete
  16. ainy tak pernah dengar pasal produk ni tapi nampak menarik. dah lah muka ainy sekarang tengah naik jerawat. geram je rasa nak picit2 tapi nanti risau tinggal parut.

    ReplyDelete
  17. First time dengar psal produk ni. Dulu pernah jugak pakai produk masker hitam2 cam ni tapi lama dah. Rasanya ada lagi kot..tgok entry ni baru teringT pasal produk tu..hahaha

    ReplyDelete
  18. Oh arang, ingatkan guna apa tu. Tak kasar ke tekstur dia? Atau macam peel off mask tu airah? Tanggal segala white head tak? Akak concern white head je ni. Kemain meriah dekat muka. Hahaha

    ReplyDelete
  19. Its my first time get to know about this brand and this skin polish looks promising. Will check it out.

    ReplyDelete
  20. Recently read a lot about charcoal and this product is a real good product to have. The best is there after user result. Always smooth and shine. Highly recommended this

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.