Teluk Batik







Rindunya pantaiiiiii !! Tempat favourite I kalau nak bercuti mestila kena ada laut atau sungai pun okay. Pergi bercuti dekat pulau lagi la I teruja ! Dah lama sangat tak pergi mana mana pantai. Last time I pun dah tak ingat bila pergi. Ikutkan balik Perak haritu kiteorang nak pergi Pulau Langkawi. Tapi tak jadi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Nak pergi Pangkor pun tak jadi sebab tak ada sambutan -.- Last-last kita mandi Teluk Batik !


Aiman ada jugak plan nak tidur di Lumut dan memancing dekat sana tapi macam biasa la plan tapi tak jadi. Next time mungkin. Bagi yang tak biasa dengan nama Teluk Batik ni, Teluk Batik antara salah satu destinasi percutian yang terkenal di Perak. Terletak dalam Daerah Manjung dan memang meriah la kawasan sana dengan orang jual itu ini disepanjang jalan.


Kalau I dari Batu Gajah menghala ke Teluk Batik memang boleh nampak la orang jual buah buahan, jagung, makanan, restoran, bubur pelbagai jenis dan macam macam lagi. Perjalanan dari Batu Gajah ke Teluk Batik pula lebih kurang sejam. Disebabkan gerak dari rumah pun agak lewat, mandi laut pun tengah hari panas jugak la hehe habis semua suntan.




Antara aktiviti yang kiteorang buat ialah main pasir. Senang nak timbus budak kecik ni tak payah nak korek lubang luas sangat hahaha. Selain itu macam biasa la berendam dalam laut, naik makan, berendam lagi, main pasir.... Ulang sampai empat jam.




Kiteorang pergi masa weekday jadi memang tak ramai orang langsung. Senang nak pilih tempat bentang tikar, nak main tali bergayut ni. Dekat kawasan Teluk Batik ni jugak ada jual macam-macam benda. Kalau weekday agak kurang meriah sikit, kalau weekend memang meriah la macam macam ada. Yang paling best kalau makan ice cream roti tepi pantai.


Kalau tak bawak tikar boleh je beli dekat kawasan tepi pantai ni. Sekitar manjung pun banyak orang jual tikar, pelampung. Sini jugak boleh sewa pelampung dan kerusi malas tu.



Muka tahan panas. 




Sebelum ni tak banyak pun tali nak main buai ke nak bergayut ke. Sekarang macam-macam dah ada. Nampak sangat dah lama tak datang.





Kalau korang nak datang bercuti dekat Perak boleh la singgah Teluk Batik atau Teluk Senangin. Dua dua ni memang famous cuma I biasa pergi Teluk Batik la sebab luas dan meriah. Resort, hotel boleh la check online je dekat agoda atau traveloka. Bila bawak budak budak main pantai memang meriah macam tak nak balik dah.


Kalau nak makan tengah hari sedap dekat Kedai Silaturahim. Kedai tu sebelum masuk jalan ke Teluk Batik betul betul dekat simpang tiga jalan raya nak ke Teluk Batik. Kedai ni memang famous sebab sedap dan cara makan dia pulak layan diri. Lauk banyak pelbagai pilihan. Kiteorang makan tengah hari dekat sini la tapi I lupa nak letak gambar sekali hehh.

32 comments

  1. wah
    rindu nak mandi pantai bila baca entry nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau dah lama tak mandi pantai tu memang akan rindu

      Delete
  2. pernah dapat keychain dari teluk batik tapi takpernah sampai lagi haha. sha pun suka jugak laut, pantai yay geng! lepas ni boleh masuk list cuti hujung tahun pi sinilah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah datang sni tak pernah lagi beli keychain ke apa hihi selalu mandi jee
      Kena pergi nanti sebab best

      Delete
  3. aduhhh teringan kenangan lama pulak bila nampak letuk batik nie. abg berjalan dulu ke sini masa spm dulu time cuti. hari tu tak sempat nak singgah bila ke lumut. hope bertambah bersih skg nie kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan dating ke tuu hihi bersih je sekarang.kalau petang macam tu je dah kotor minyak semua

      Delete
  4. Ya allah dari dulu teringin betul datang Teluk Batik tp x sampai2 lagi. Pantai dia bersih dan sangat insta worthy kan. Nak dtg sini jugak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time betul datang memang bersih
      Kadang tu kotor jugak dengan minyak semua
      Memang best dapat tangkap gambar dekat sini

      Delete
  5. Baru juga balik dari Perhentian Kecil. Memang panas lah kalau kat pantai dan pulau kan. Seronk juga sekali sekala menghayati laut dan pantai. Belum pernah jalan2 travel ke Perak. InsyaAllah boleh singgah sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa airah pun tak berkesempatan lagi pergi pulau perhentian tsktsk harap ada rezeki nanti

      Delete
  6. I would rather go to beach instead of city or jungle hopping. I need vitamin sea ASAPP!! Teluk Batik memang cantik and santai untuk berkelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree! Tiap tahun confirm akan pergi pantai or pulau memang wajib

      Delete
  7. Tak pernah sampai lagi kat teluk batik nih.budak budak kalau dah mandi laut memang seronoklah kan.

    ReplyDelete
  8. Best ni..lama da takpi ke teluk batik..last pi rasa 2007 kot..teringin pulak nk ke sana lg

    ReplyDelete
  9. Saya pun lama dah tak ke teluk batik ni..pantai bersih tak sis? Baru2 ni pergi pantai Pasir Panjang..kotor pantai dia...adoi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih lagi masa ni.sebelum ni pergi ada jugak masa dia kotor.ikut keadaan jugak

      Delete
  10. Lamanya tak ke Teluk Batik. Macam-macam berubah dah ye. Minggu ni dah cuti sekolah confirm meriah dan penuh Teluk Batik tu. Ehh awak orang Batu Gajah ye. Saya asal Kampung Kepayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau cuti sekolah confirm penuh orang dekat teluk batik
      Aha asal batu gajah
      Alaaa tak familiar la pulak dengan kampung kepayang

      Delete
  11. saya pon suka pandai memandangkan kat kl ni pandai takde. huwarghhh sedih lah . Takde tempat nak lepak lepak tepi pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa uzu selalu travel nanti jumpa la pantai tuu
      Memang fav semuaorang kan pantai ni

      Delete
  12. Dulu masa zaman sekolah, sebelum balik kampung kat Perak, sure parent saya bawak tido sini. Best tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah tak pernah lagi tido sini tapi memang banyak hotel,resort area sini mesti best kan

      Delete
  13. Best nyer, cuti kat pantai kan! I have not ben to teluk batik before and this looks so peaceful and not so commercialize. Wil check out that place soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya for perakian this beach kinda famous u should try to come here

      Delete
  14. Such a relaxing weekend. Spending time with family and enjoy the nice breeze of clean air and water. Good activities and the view of the beach is nice.

    ReplyDelete
  15. Sama la kita pun suka pantai. lagi2 klu pantai yg tak ramai org sangat. dah lama dah tak pi pantai

    ReplyDelete
  16. Haritu pergi time weekend memang penuh sangat orang. Mandi pun ala kadar je lah sebab sesak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau weekend confirm penuh orang

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.