January Empties




Bila sepatutnya entry ni up masa bulan Februari tapi ni dah bulan March baru ada masa nak taip entry. Banyak sebenarnya entry I yang tertangguh dan menunggu bila masa lapang nak menaip. Kadang masa lapang dah ada tapi mood tak ada lagi. 


Jadi atas ni lima produk yang dah habis I gunakan untuk bulan Januari 2018. Bila produk dah habis digunakan ni, review dia lagi banyak dan mungkin kesan lagi nampak kan sama ada kesan positif, kesan negatif atau tak ada kesan langsung.Bila produk tu dah habis baru la boleh tahu suka ke tak, patut beli lagi ke tak. I kalau boleh bila dah beli satu produk tu usaha jugak nak habiskan walaupun ada pengganti produk yang lain untuk elakkan pembaziran haha. 


1. Dr Morita HA Moisture Essence Facial Mask

Sebelum ni I beli mask dari Dr Morita sekeping2 macam tu. Tak beli sekotak terus. Tapi watsons dan guardian kan selalu buat sales, bila dah sales apa lagi boleh la terus borong sekotak. I ada buat review mask ni di Dr Morita and The Face Shop Sheet Mask Review. Setakat ni memang mask ni antara favourite I sebab kesan dia yang ketara. Kalau nak makeup lebih glowing dan smooth memang I galakkan pakai mask Dr Morita ni sebab dia mengandungi hyaluronic acid yang membantu melembapkan, melembutkan dan kulit nampak glowing sihat. Boleh baca full review dekat link atas tu okay.


2. Kiseki Hair Mist

Yang ni adalah hair mist yang boleh berfungsi sebagai penyegar rambut dan kulit kepala. Bau dia sangat wangi tapi bagi kulit kepala I tak ada pun iritasi terhadap pewangi tersebut. Mungkin kalau korang nak cuba kena check dulu ada alahan pada pewangi atau tidak okay. Kulit kepala rasa lebih selesa bila pakai. Kalau dah pakai dari pagi pun sampai malam masih ada bau lagi. Kesan dia untuk rambut I pula tak ada yang ketara. Tak buat rambut I rosak tapi ada rasa rambut lebih senang diurus. Nak sikat rambut pun tak tersekat. Boleh baca full review di Kiseki Hair Mist My Perfect Partner.


3. Himalaya Herbals Oil Control  Lemon Face Wash

Pencuci muka dari Himalaya memang menjadi favourite dah bertahun dah. Kalau boleh semua jenis I nak cuba. Yang lemon ni untuk muka jenis berminyak. Ikutkan pencuci muka ni Aiman punya tapi I pun tumpang sekaki sebab tu cepat habis. I nak buat full review pun tak sempat. Untuk kulit Aiman yang jenis berminyak, dia suka pencuci muka ni. Buat muka rasa bersih dan kurang berminyak. Tak silap I dia ada sikit biji halus yang boleh scrub .Scrub yang tak terlalu dalam pada kulit. Kesan scrub pun sikit je. I guna pencuci muka ni pula bila waktu malam, dah seharian keluar dan muka pun rasa berminyak. Setakat ni kulit I jenis combination normal dan oily dan kulit Aiman jenis berminyak sesuai dengan pencuci muka lemon dari Himalaya. Yang mempunyai kulit berminyak, nak cari pencuci muka baru boleh la cuba lemon face wash himalaya ni. 


4. Laneige BB Cushion Whitening

I beli bb cushion Laneige ni masa beli barang hantaran dekat Sephora. Jadi I dah guna bb cushion ni dalam lapan bulan macam tu baru habis. I suka bb cushion Laneige ni sebab bila pakai, kulit nampak natural macam tak pakai apa-apa tapi dia masih membantu menutup cela yang tak terlalu ketara. Coverage dia biasa je yang ada parut ketara tu kena tambah concealer jugak kalau nak tutup penuh. Bau bb cushion ni pun bau wangi yang lembut. Boleh acah-acah kulit korea kejap bila dah pakai. Sekarang I pakai bb cushion the face shop, mungkin lepas ni nak beli balik Laneige punya sebab besttt.


5. Organic Aid Vitamin E

Organic aid Vitamin E ni adalah moisturizer jenis cream.Walaupun dia jenis cream tapi dia tak ada rasa melekit yang teruk. Dia cuma melekit sikit la masa nak sapu pada kulit, urut je perlahan pada kulit sampai semua meresap lepas tu tak aras melekit dah. I suka moisturizer ni sebab dia ada vitamin E yang membantu memudarkan parut dan buat kulit rasa lebih lembap. Kalau ada bahagian kulit yang kasar sebab kering, moisturizer ni memang boleh membantu bahagian kulit tu. I ada buat full review dekat Review : Organic Aid Vitamin E. Boleh baca dekat sana okay.


Itu je lima produk yang I habiskan dalam bulan Januari. Untuk bulan Februari tunggu next entry okay. Lagi satu I nak ingatkan, tak semestinya apa yang sesuai dengan kulit I, sesuai dengan kulit korang jugak. Lagi-lagi organic aid tu dia jenis creamy kemungkinan orang lain rimas dengan tekstur dia pada kulit. Apa pun kena cuba dulu, beli jenis yang travel friendly botol kecil tu untuk cuba. Kulit I pun ada jugak macam-macam masalah seperti redness, alahan dengan beberapa bahan dan jerawat lagi. Kena buat patch test dulu okay.




12 comments

  1. Bestnya buat bottle empty review.. hihi.. kin dah terbuang semua botol yg empty. kalau x boleh buat review jugak. btw, tak pernah pakai lagi semua yang airah review ni. tapi teringin nak try yg dr morita mask tu. mcm menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun dah rasa semak nak simpan botol kosong ni lepas tangkap gambar terus buanggg hahaha. best dr morita tu boleh la cuba

      Delete
  2. Organic aid tu antara produk yg berkesan utk kurangkan parut kat muka ana. Happy lah dengan kesan dia. Yg mask dr morita tu, ana baru2 dpt yg dr jou tp xguna lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah suka sebab kalau kulit kering memang membantu sangat hehe dah baca pasal dr jou tu teringin nak beli nanti

      Delete
  3. Wah lia nak cuba lah Kiseki Hair Mist tu sebab memang suka rambut rapi, lembut dan cantik.

    ReplyDelete
  4. pernah jugak guna produk himalaya waktu sekolah tu. boleh tahan hasil cuma sekarang kulit muka dah tak ngam

    ReplyDelete
  5. Laneige bb tu mmg best. Dia mmg kalau pkai nampak flawless jer. Senang pula nak pakai tak perlu nak blend dsbnya

    ReplyDelete
  6. tq share info psl product2 tu...tk smua kulit sesuai kn so kena test sendiri mn yg ok

    ReplyDelete
  7. Macam best laneige bb cushion tu. Haritu hampir nak beli tapi tak jadi sebab compact powder banyak lagi. Macam sayang pulak. Hihi

    ReplyDelete
  8. Baca entry ni buat saya nak try Himalaya Herbals Oil Control Lemon Face Wash. Tq share ya

    ReplyDelete
  9. Wah nice! Yaya jarang pakai sampai habis hihi btw Macam best je Kiseki Hair Mist tu. Nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  10. tak pernah try lagi semua produk ni.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.