#gobokhomestay2.0 by Cikgu Iqbal di Cameron Highland




Entry sebelum ni I ada cerita mengenai Steamboat dan Grill di Cameron Highland. Boleh baca di SINI. Kali ni I nak share tempat menginap kiteorang di Cameron Highland. #gobokhomestay2.0 by Cikgu Iqbal. I jumpa homestay ni di facebook. Kalau korang mencari homestay boleh la serach dekat fb je. Banyak dalam tu lagi-lagi kalau join group Cameron Highland dekat fb hahaha gigih tau I mencari sampai join gorup.


Banyak jugak homestay yang I dah pm untuk dapatkan detail dan gambar homestay. Banyak sampai I dah stress nak pilih mana satu. Last last I pilih dalam 3,4 macam tu then pass pulak dekat Aiman untuk pilih ikut budget dan kesesuaian. Untuk gobok homestay cikgu Iqbal ni tak silap I dia ada beberapa unit jugak la mengikut ciri-ciri yang korang nak. I pilih yang ada lif sebab senang family I nak bawak naik turun barang berlambak. Lagipun penat la nak naik tangga kalau tak ada lif hahaha.


Homestay ni terletak di Tanah Rata. Kawasan apartment yang baru siap memang kawasan tu nampak baru sangat tapi ramai jugak dah yang duduk situ. Kawasan parking luas dan banyak kosong. Bawah tu jugak ada kedai runcit so senang nak beli apa-apa. Masjid pun dekat, waze je. Masjid dia kena keluar jalan besar lepastu just bertentangan je dengan kawasan perumahan tu. Yang paling best dekat dengan pasar malam. Masa ni pasar malam dah berubah tempat sebab tempat lama diaorang buat pengubahsuaian. Jadi lebih dekat dan ada jalan shortcut dari tempat kiteorang menginap.






Bagi I homestay ni memang selesa. Susunan perabut dia cantik dan banyak tilam toto dia bekalkan. boleh tengok gambar atas ni gambar atas sekali tu dapur, gambar kedua bilik pertama, seterusnya bilik kedua dan ketiga. Ada tiga bilik dan dua bilik air. Barang dekat dapur pun complete kalau nak masak. Peti ais pun disediakan.




Gambar atas ni kawasan koridor dia ada tempat duduk untuk minum teh dengan udara sejuk tu hahaha. Kawasan belakang ni masih macam hutan sikit. Udara dia memang sejuk dan best. Pengalaman kedua tidur Cameron Highland bila dapat tidur dalam rumah dan bukannya hotel memang best. Lantai sejuk gila. Tengok tv dekat ruang tamu pun semua beria berstokin dan berselimut hahahaha. Baru sampai rumah semua dah masuk dalam selimut sebab sejuk. 


Water heater pun disediakan dalam dua bilik air tu jadi tak perlu risau nak mandi sejuk sampai tulang. 




Gambar atas ni pulak ruang makan dan ruang tamu dia. Cantik sebab susunan perabut dia bersesuaian, dengan deko wallpaper, bingkai gambar dan hiasan yang pelbagai jenis. Nampak moden. Harga untuk dua hari satu malam RM250. Deposit RM50 dan selebihnya bayar bila dah check in. Overall puas hati sebab rumah cantik dan selesa. Ikutkan Aiman dah deal dengan lagi satu homestay tu tapi sebab homestay ni lebih cantik, pilih yang ni je hahaha walaupun mahal sikit dari yang sebelum tu -.-


Contact number #gobokhomestay2.0 by Cikgu Iqbal : 014 507 6067

28 comments

  1. Harga homestay lagi murah daripada hotel kan. Berpatutan untuk travel satu keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kalau travel rmai2 airah memang lagi suka book homestay lagi selesa

      Delete
  2. wah
    boleh tahan canrik homestay
    harga pun murah dari hotel
    pilihan yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun dah banyak survey homestay akhirnya jumpa jugak yang okay

      Delete
  3. sedapnya strawberi! nice review. lama tak gCH, nanti jalan2 sana boleh book gobok homestay ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara homestay yang selesa.kalau nak book hotel airah ada buat review jugak nanti cari je dekat search box

      Delete
  4. Memang cantik homestay ni.boleh lah cari homestay nih kalau datang CH.

    P/S done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha cantik dan selesa.okay sis nanti airah follow back

      Delete
  5. wishlist !! Baru plan nak ajak Mr Hubby & anak -anak cuti sekolah ni...membantu sangat , thanx sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure sis nanti boleh la check entry airah yang lain tempat makan di CH ni

      Delete
  6. wahhh dua hari RM250 ke..nti boleh lah book homestay sini..tengok pun selesa..janji dapur complete semua ada haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup rm250 untuk dua hari satu malam. semua complete dan selesa

      Delete
  7. Nampak cantik dan kemas homestay ni.

    ReplyDelete
  8. Cantik dan menarik homestay nie, Kak Sue belum pernah tidur lagi kat Cameron. Pergi balik hari je masa pergi dulu, nak kena pergi lagi nie.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun sebelum ni balik hari je hihi sekarang baru nak merasa tidur sini

      Delete
  9. Kemas dan selesa homestay tu ye airah. Harga pun berpatutan utk 3 bilik. Complete dengan kemudahan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha tiga bilik memang sesuai pergi ramai2 facilities semua complete

      Delete
  10. Puas hati sangatlah kalau untuk satu family..selesa pun ye jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat sebab besar dan selesa

      Delete
  11. Kemas homestaynya....pstu bersih pula. Nampak sangat selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood nak bercuti pun seronok je homestay kemas dan selesa

      Delete
  12. strawberry tu nampak sedap pulak hahaha tak dapat fokus homestay hahah. ok lah homestay ni ok lah kalau nak stay .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha focus terganggu.memang sesuai kalau nak datang dengan family

      Delete
  13. Berbaloi Harga Homestay ni. Banyak pilihan homestay kat Cameron tetapi kita kena pandai cari yang mana bersesuaian.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.pilihan banyak tapi kena cari ikut citarasa sendiri

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.