Restoran Taman Abang Steamboat & Grill Cameron Highland




Ini adalah updated entry dari entry I tahun lepas. Boleh baca entry Steamboat Paling Sedap di Cameron Highland. Untuk tahun ni, banyak dah steamboat dan grill yang baru dibuka di Cameron Highland. Sebelum pergi Cameron haritu memang I dah buat research dah nak pergi steamboat mana satu, siap bandingkan harga dan service apa yang ada semua. Tapi disebabkan pergi Cameron kali ni bawak family I, I rasa lebih baik pergi steamboat yang I dah pernah cuba. 


Kalau pergi steamboat yang baru dan belum pernah cuba, takut nanti tak sesuai dengan citarasa atau tempat tu tak selesa ke apa. Jadi kita pergi Restoran Taman Abang Steamboat & Grill. Family I memang first time tidur dekat Cameron ni. Sebelum ni dah banyak kali pergi tapi cuma balik hari je, tak ada tidur sana. Pernah dulu sampai 3,4 bulan berturut pergi Cameron jalan-jalan. hahahha I pun tak sure buat ape pergi sampai tiap bulan tapi enjoy je ambil angin sejuk atas tu.





Untuk entry ni I tak ada ambil gambar suasana dan susun atur dekat steamboat ni sebab sama je dengan entry I sebelum ni. Kalau korang nak tengok suasana dan makanan apa yang ada boleh check entry I sebelum ni okay I dah linkkan dekat atas tadi. 


I nak update harga dia untuk tahun ni. 
Dewasa RM39
Warga Emas (50 tahun ke atas) RM33
Kanak-kanak (6-12 tahun ) RM29
Kanak-kanak 5 tahun ke bawah Percuma.


Masa kiteorang makan kat sini, ada la orang sambut birthday. Best jugak sambut birthday ramai-ramai satu family lepastu makan steamboat. Meriah tengok hahahha. Kalau korang nak sambut birthday dekat Cameron boleh la pilih Restoran Taman Abang ni. Siap ada deko belon dan beli kek.


Untuk reservations boleh buat hari isnin hingga khamis je. Weekend ke cuti umum ke kena walkin je sebab ramai yang naik Cameron masa ni kan. I haritu pun walkin je memang datang awal. Pukul 7 macam tu pun dah penuh orang. Kalau datang lambat memang tak sure la I ada lagi ke tak kerusi meja dia haha.

Waktu operasi pula 8 pagi hingga 4 petang untuk masakan panas ala carte. 5 petang - 12 tengah malam buffet steamboat dan grill. 




Kalau korang nak pergi Cameron Highland, nak cari steamboat dan grill yang best boleh la datang sini. Tempat dia luas dan banyak meja kerusi sesuai untuk bawak family besar ramai ramai makan sini. Pilihan  makanan pun boleh tahan banyak, Ada pelbagai jenis air, ice cream dan macam-macam la. Kawasan dia pun cantik dengan dekorasi dan lampu lampu.


Waze je Taman Abang nanti senang nak jumpa. Landmark dia belakang bus station dan foodcourt Tanah Rata. Kalau korang nak surau dekat sini tak disediakan, tapi bangunan sebelah dia ada so boleh la guna.


Boleh call CikPuan Ayu 016 225 0315 untuk pertanyaan okay. Boleh jugak check fb diaorang 'Restoran Taman Abang Buffet & Grill untuk tengok update dan gambar. I dah second time makan sini. Maybe next time nak cuba steamboat yang lain pulak mungkin ada pilihan lain yang boleh pergi kalau Taman Abang ni full.



48 comments

  1. cikyan suka mkn staemboat. pernah beberapa kali mkn...sedapnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun memang suka steamboat ni cuma kena practice susun makanna tu dalam perut elok2 nanti tak berbaloi

      Delete
  2. Wah macam menarik. Harga pun okay.

    ReplyDelete
  3. rindunya nak makan dkt cameron.. liez klau g cameron mestimakan stimboat dekat fern nyonya tanah rata. sedap dan just walking distance dr apartment MIL

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha yang fern tu famous jugak. Airah memang tak pernah cuba hihi

      Delete
  4. Sedapnyaaa makanan kat sini, haritu kita pergi sini berpinggan pinggan salad kita ambikk. Hen haochi ! (sangat sedap)

    ReplyDelete
  5. terliur steamboatt dahh.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita yang menaip entry pun sama terliur

      Delete
  6. alaa tak tau pula ada steamboat dekat cameron! mesti syok hirup sup dengan cuaca sejuk macam tu kan! nampak sedap juga. kena cuba juga ni kalau singgah ke cameron lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat
      Malam kan cuaca sejuk memang kena la dengan steamboat
      Lepasni kena try sini la

      Delete
  7. alahai steamboat! fav ainy ni. tapi tak pernah cuba lagi steamboat kat sini. nampaknya nak kena cubalah ni. dah teringin dah ni. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena naik cameron la kalau nak cuba stramboat sini hihi
      Aidah pun suka sangat stramboat dan grill

      Delete
  8. Suka makan steamboat. Tak pernah lagi makan steamboat kat sini. Sambut birthday kat sini pun menarik tu. Sejuk2 makan steamboat memang syok la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok sangat
      Tempat dia pun selesa dan sedap

      Delete
  9. Steamboat memang all time fav akak..lama dah x pi makan steamboat ni...sedapnya kalau dapat lepak, borak sambil makan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la fav kita hehe
      Betul tu kalau makan stramboat ni tak sah kalau tak lepak berjam jam dekat situ

      Delete
  10. Nampak sedap sangat steamboat tu. Lapar pulak nengok.

    ReplyDelete
  11. Lepas nih pergi Cameron Highland nak carilah Restoren Taman Abang Steamboat ni.nampak sedap memu yang dijual. Sebelum ni pernah juga pergi Cameron highland tapi tak tahu ada restoren ni. Thanks share cerita pasal restoren Taman Abang nih tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure nanti boleh la cuba bila naik cameron
      Memang nak jadikan panduan untuk orang nak pergi cameron dan cari steamboat sedap

      Delete
  12. Boleh ajak family makan ni. Harga murah pun murah. Yg penting sedap. Mahal sikit takpe. Janji puas hati dgn makanannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang puas hati sebab banyak menu

      Delete
  13. MMg enjoy mkn steamboat ni..lagi2 tempt sejuk ni ha..mmg rasa great combination betul..harga pun murah..last time tak sempat nak pegi sana..nnt blh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha bila sejuk makan benda panas memang ngam hihi
      Kena cuba

      Delete
  14. Price wise, agak mahal jugak ya. Tp yelah, mana nak dpt restoran steamboat di cameron. Ye dak ?? Boleh lah cuba nanti kalau brpeluang ke Cameroon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup harga dia boleh tahan
      Tapi berbaloi

      Delete
  15. Dah lama dah tak pergi Cameron. Rasanya baru 2 kali agaknya ke sana. Hehe. Seronoklah dapat jalan dan makan-makan bersama famili. Bolehla hirup udara segar kat atas tu ye. Btw, eloklah try kat tempat yng biasa pergi. Nati takdelah terkilan ke apa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepasni boleh la bella dtg cameron lagi cuba makan steamboat ni haha
      Memang plan nak luangkan masa dgn family
      Sesuai dtg tempat sejuk dan selesa macam cameron

      Delete
  16. Wished I knew about this place during my last visit, the food and ambiance looks great, will try it out during my next trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya you should try to eat here.cozy place and good food

      Delete
  17. Sedapnya..mmg klau pi CH sejuk2 sedap la pekena steamboat kan

    ReplyDelete
  18. haaaa, kalau pergi cameron highland memang stress, especially bila pergi sabtu dan ahad, ya allah jem je all the times,

    last time we all pergi dapat hotel, sebelah hotel tu tak silap memang ada restoran steambot,

    tunggu punya tunggu lama gila nak cari port makanan sebab terlampau ramai yang datang non-stop....

    restoran melayu nak cari waktu tu memang payah...

    dah 5 tahun berlalu,

    laki ku bila diajak naik cameron..

    dia tak mo dah...

    i teringin sangat nak pergi try aiskrim lavender huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya pergi dlu hihi
      Kena pergi lagi la kali ni tapi memang kena elakkn hjung minggu dan cuti umum jem teruk atas tu
      Ais cream lavendar tu patut try rasa dia sedap
      Airah cuba makan sekali je haritu

      Delete
  19. Usually go Cameron, I usually got for steamboat too but the Soup usually will request for clear soup. Have not try this steamboat yet. But a good reference for next trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smya u should try for other kind of soup that suit ur taste.but mostly all the soup a bit spicy

      Delete
  20. Kat sana memang banyak steamboat kan. Sis pun dah makan kat Taman Abang tu...tapi sb lapo sangat sampai tak sempat nak ambik gambo makanan dia..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tapi ada yang tak sesuai dengan budget dan tempat tak best hahah nanti sis rekomen la pulak steamboat lain boleh I pergi

      Delete
  21. OMG...i can only imagine how nice the steamboat session would have been especially with the cold breeze...this post is making me crave for steamboat..huhuhhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasss me myself craving for steamboat tooo while typing this entey hh

      Delete
  22. Fuhhh mkn Steamboat waktu sejuk di tanah tinggi Cameron memang terbaik la akak. Baru la nikmat kesejukan tu berbaloi-baloi. Hot chocolate satu kak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak sempat pun nak minum hot choco dekat atas tu kena cari tempat yg bebetul sedap

      Delete
  23. Allahu steamboat ni memang makanan keluarga. Semua orang boleh makan ikut citarasa dan tekak sendiri. Harga pun not bad rm39 je seorang, boleh makan sampai terbungkamg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenyang sangat la
      Lagi2 boleh lepak lama situ memang makan je

      Delete
  24. Sedapnya. Dh lama tk makan steamboat. Craving pulak rasa bila tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mencari steamboat la lepas ni

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.