Nak buang bulu halus pada muka.



Harini I nak review Veet Face Bikini & Underarm Wax Strips. Produk ni dah lama ada di pasaran sebenarnya tapi I baru nak guna hahaha. Produk Veet ni kat mana-mana pun ada I rasa. Senang nak cari. 


Produk : Veet Face Bikini & Underarm Wax Strips
Harga : rm17.90
Isi : 20 wax strips, 4 wipes


I beli Veet ni sebab haritu balik jb, wax yang selalu I guna dalam jar tu tinggal kat Perak. So I perlukan benda ni. Untuk Veet kotak pink ni jenis yang sesuai untuk normal skin. Dia ada shea butter dan berry fragrance. Sesuai untuk upper lip, pipi dan dagu. Kesimpulannya sesuai untuk buang bulu-bulu di bahagian muka sebab itu la tujuan I.




Atas ni gambar wax strips dia. Jenis panjang macam ni lepastu nak guna bukak lapisan dia. Dua-dua belah boleh guna. Biasa I akan gunting dua sebab strip ni besar jugak untuk muka I. I biasa tarik bulu halus pada muka dan bulu tu bukan banyak pun jadi area bulu tu kecil je.


Sakit tak? For me sakit hahahha tapi sakit dia tak lama pun. Masa nak tarik tu sakit la lepas tu dah okay. Kuasa menarik dia tu power jugak. Biasa I guna dua kali untuk area yang sama sebab nak pastikan semua bulu halus tu hilang kena tarik. Untuk I, dalam dua minggu jugak baru bulu halus tumbuh semula. Bulu baru yang tumbuh tu pun halus je. Tak ada jadi kasar dan tebal pun. Kalau korang shave mungkin akan menyebabkan bulu bulu tu jadi kasar. 


Bila bab bulu halus pada muka ni kita kena hati hati sikit. Kena pastikan kalau nak buang bulu, kena guna cara yang bila bulu tumbuh, dia tumbuh halus dan tak nampak sangat pada kulit. Tak mengganggu focus diri sendiri dan orang lain hahaha.


Cara I pakai.

Biasa I akan cuci muka bersih dulu. I tak akan sentuh muka dengan jari yang kotor sebab entah apa je bakteria ada kat jari ni kan. Lepastu sediakan wax strip tu. Gosok antara tangan bagi wax dia panas sikit. Boleh la lekat wax tu pada area yang dikehendaki. Tunggu seminit ke macam rasa semua bulu dah melekat then boleh la tarik !


Cara untuk tarik pula arah berlawanan dengan tumbuh bulu tu okay bagi kesan yang efektif haha.





Lepas dah settle wax semua bulu boleh la guna wipes yang memang disediakan dalam kotak. Wipes ni membantu buang lebihan wax yang lekat pada kulit. Bagi I annoying jugak la lebihan wax yang lekat pada kulit rasa tak selesa dan melengas. Wipes ni memang membantu buang wax tu walaupun rasa melengas jugak wet tissue dia. Nak lagi senang buang lebihan wax tu, guna cleansing oil.


Settle wipes boleh la cuci muka semula. Biasa I tunggu kejap bagi merah-merah lepas wax tu reda. Kulit I agak sensitif dengan wax ni. Lepas wax memang akan rasa pedih sikit dan akan ada bumps merah sebab kulit sensitif . Bukan bumps yang sebab bulu nak tumbuh tu tau. Tapi dalam sehari semalam macam tu dah hilang atau berkurangan. Dia bukan jenis berpanjangan sampai teruk. Masih boleh go lagi.


I akan pakai toner dan produk yang sejuk je untuk bahagian kulit lepas wax.





Bahan wax. triethylene, glycol rosinate, glyceryl rosinate, silica, polyethylene, pentaerythrityl tetra-di-t-butyl, hydroxyhydrocinnamate, parfum, paraffinum, liquidum, butyrospermum, parkii, butter.


Bahan wipes. paraffinum liquidum, hexyldecyl strearate, parfum, tocopheryl acetate, citrus aurantium dulcis peel oil, limonene, cedrus atlantica bark oil, pelargonium graveolens flower oil.


Dekat bahagian tepi kotak tu ada tulis precautions semasa menggunakan produk. Penting untuk baca info tu dulu sebab ada keadaan yang beri bahaya kepada kulit. Kalau kulit muka ni lagi la over kan kita nak jaga.


Bagi I okay je guna produk ni. Tapi lagi best kalau dapat beli terus mesin yang guna untuk tanggal bulu tu kan. I nak buang bulu pada muka ni sebab bahagian atas bibir tu agak mengganggu dan nampak jelas so kena buang hahaha. Repurchased maybe yes sebab senang nak guna dan bawak mana-mana. Nak simpan pun senang sebab kecil je. Efektif jugak untuk buang bulu halus tapi agak sakit. Bila dah biasa wax insha Allah dah biasa dengan kesakitan tu.

Korang ada cara lain untuk buang bulu halus pada muka?

8 comments

  1. Sakit gila bahagian underarms tu. I pakai honey wax tapi macam tak berkesan je T_T Nak try yang ni tapi takut pulak sebab kulit I sensitive

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah pun pernah try wax candy gummy macam tu tapi susah sikit benda tu leceh jee.kulit sensitif tak berani nak suggest sebab dekat kulit airah pun lepas buat yang ni dia naik ruam merah sensitif

      Delete
  2. good info sis ! I pun ada je bulu halus dekat area muka, tapi tak pernah try untuk buang, maybe lepas ni boleh try =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mine sebab nampak sangat dekat muka tu yang buang jugak tu hehe

      Delete
  3. lepas baca review ni terus rasa nak beli dekat watson japgi :D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.