Staycation : Imperia Apartment Puteri Harbour


Kali ni I nak review our staycation sempena Anniversary haritu. Sebenarnya sebelum ni I nak checkin sebab nak sambut birthday Aiman bulan November. Tapi Aiman cakap alang-alang terus tunggu anniversary bulan December jela. Okay then. Jadi hotel pilihan kiteorg ialah Imperia Puteri harbour yang terletak di Puteri Harbour Johor. Kalau dari rumah I dalam 30 minit lebih kurang nak ke Puteri Harbour ni. Ini jugak first time I dengan Aiman pergi Puteri Harbour.Banyak lagi kawasan kiteorang tak ukur ni haha.



Imperia ni bukan macam hotel pun sebenarnya. Dia apartment. Kiteorang pilih apartment ni sebab nak bathtub ! Gigih jugak mencari hotel yang ada bathtub tapi dengan harga yang berpatutan. Macam biasa website Agoda jadi pilihan bila nak book hotel ni. I memang selesa guna Agoda sebab senang dan tak pening nak click mana satu. Harga untuk satu malam RM 268. Pembayaran dekat Agoda pun boleh pilih melalui credit card, debit card ataupun terus pada kaunter checkin tu. Tapi depends jugak ada sesetangah pembayaran yang tak boleh guna ikut pada host.


Nak cari aprtment ni pun tak susah guna waze je. Bab parking je pening sikit mula-mula tu. Dia ada beberapa tempat parking. Satu outdoor parking. Agak tak selamat sebab tak ada orang jaga tapi kawasan berpagar la. Kedua tempat basement yang kiteorang memang park kat situ. Maksimum pembayaran park sehari RM5. Ketiga park visitor tapi kena daftar bagai so pening tak payah la hahaha. Waktu checkin dan checkout macam biasa 2 petang dan 12 tengah hari. Sehari sebelum checkin nanti tuan rumah akan whatsapp tanya pukul berapa nak checkin. Nanti dia uruskan borang checkin dan tunjuk serba sikit kawasan tu la.




Aprtment yang kiteorg book, tingkat lima no 8. Atas ni pemandangan dari tingkat lima tu. Bangunan office dengan taman dan nampak pool jugak. I tengok tak ada siapa pun nak mandi dekat pool tu hahahha. Ada pun lima orang macam tu je weh kalau I dah puas main pool sesorang.


Selfie dari sliding door balkoni.


Ni ruang tamu. Complete ada tv, wifi semua. Wifi dia serius laju tengok movie, pasang youtube pun best je.

Bilik. Dalam apartment ni ada satu bilik je.


Dan tujuan utama, nak mandi bath tub hahahaha


Dapur. Boleh masak kat sini semua semua barang cukup. Tinggal nak beli barang basah je.


Almari dia ada dua dan dedua besar. Kiteorang tido semalaman je jadi almari sebagai hiasan je haha. Tuala, iron, air dryer, selimut lebih, tilam, cadar, hanger, toiletries semua cukup.


Mesin basuh pun ada.


Oven


Memang complete la apartment ni. Semua benda cukup. Kalau nak tinggal lama sebab urusan kerja ke apa memang sesuai la book sini. Itu je untuk dalam rumah. Luar rumah pulak....



Ada pool yang boleh nampak dari balkoni rumah tadi. Pool dia besarrrr excited I tengok tapi tak ada orang mandi sini haha. I pun tak mandi pool ni sebab malas...


Tempat exercise outdoor. Dekat sini pun ada gym. Kiteorang tengok dari luar jee.


Tempat bbq. Kalau nak buat bbq memang sesuai la sebab kawasan luas dan meja kerusi disediakan. Cuma kena tempah awal dekat office diaorang la.


Taman permainan. Masa I jalan-jalan kawasan luar ni baru lepas hujan. Taman pun agak basah kalau tak I dah pergi main dah sebab tak ada orang...


Ni pulak jakuzi dekat bahagian luar jugak. Memang satu tempat tu ckup la facilities diaorang semua dekat dan tingkat yang sama.


Okay itu je house tour dekat Imperia Apartment Puteri Harbour ni. Tempat dia memang cantik dan security boleh tahan ketat. Nak masuk pintu mana-mana dekat dalam ni pun semua guna access card. Facilities pun banyak dan semua boleh guna. Basement parking dia pun luas dan banyak kosong. Bagi I apartment ni sesuai nak book bila ada kerja dekat johor bahru ni sebab dalam apartment dia complete semua benda. Sesuai kalau nak duduk lama.

Max capacity untuk apartment ni 4 dewasa sebab dia ada sediakan tilam lebih. 


LSE @ Imperia Boutique Suite (Garden View)
Imperia, Jalan Laksamana 1, Johor Bahru Malaysia 79250
Untuk Book click link website di bawah

8 comments

  1. Facilities yg kat luar tuuu fuhhhh 😊😊 suka jugak dapur ada ala2 island gituu. Warna putih pulak tu 😍

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. meman interior idaman la kalau macam ni kannn

      Delete
  2. best nyerrrr sy suka mcm ni sbb semua hmpr semua kelengkapan ada... terasa berbaloi dgn $$ dikeluarkan kan?

    ReplyDelete
  3. the only thing that attracts me was the pool hehe

    ReplyDelete
  4. eh..suka keadaan bilik yang ada cermin luas menghadap luar...baru syok honeymoon kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa best cermin dia macam ni nampak pemandangan semua

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.