Neutrogena Capsule Sleeping Mask Review


Sekarang dah tak payah susah nak cari sleeping mask yang available di drugstore sebab Neutrogena dah ada sleeping mask yeayy. 


Produk : Neutrogena Capsule Sleeping Mask
Harga : RM12.90 boleh didapati di Watsons
Isi : 10ml


Capsule sleeping mask dari Neutrogena ni ada dua jenis, satu Fine Fairness dan lagi satu Hydra Boost. Tak silap I produk ni masih baru lagi sebab masa I pergi cari dekat watsons pun ada sesetengah watsons tak bawak masuk lagi sleeping mask Neutrogena ni. 


Apa itu sleeping mask? Sleeping mask ni sejenis mask yang kita pakai tapi tidak perlu dibersihkan. Nama pun sleeeping mask kan jadi boleh la bawak tidur sekali mask tu. Sleeping mask tekstur dia jenis gel ataupun cream. Kalau yang guna sheet paper, mask yang jenis sheet mask tu bukan sleeping mask okay. Selalunya sleeping mask ada aktif ingredients jadi dia punya kesan tu bila bangun pagi next day memang best la. Kesan dia lebih mendalam kepada kulit sebab pakai overnight dan dia punya fungsi untuk kulit lebih banyak.


Kulit kita akan kehilangan banyak air bila tidur jadi memang perlu guna pelembap untuk kulit sebelum tidur jadi bila bangun pagi esoknya kulit tak rasa kering. Sleeping mask juga membantu produk yang dah dipakai di kulit sebelum tu untuk menyerap lebih mendalam. Maksud nya bila dah pakai toner, essence, serum, moisturizer sebelum pakai sleeping mask, sleeping mask membantu produk-produk tu menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit.  


Neutrogena Fine Fairness Capsule Sleeping Mask


Sleeping mask Neutrogena ni bentuk dia macam jar kecil je. Jenis capsule tapi tak ada la terlalu kecil. Isi dia boleh pakai lebih sepuluh kali kot I sampai sekarang tak habis pakai lagi walaupun rajin pakai. Untuk Fine Fairness, bekas dia warna pink. Dia punya plastik atas tu macam jenis aluminium....... atau foil. I tak bukak penutup dia tu sampai habis jadi bila dah settle pakai boleh tutup semula cuma dia tak seal bebetul la just tutup macam tu je. Bekas dia yang bawah pulak jenis plastik.


Untuk yang fine fairness ni I tak rasa ada perubahan kecerahan pada kulit I. Cuma rasa kulit lebih lembut, gebu dan licin. I tak dapat cari bahan dia pada produk tapi dari apa yang I baca dari blog lain, untuk Netrogena Fine Fairness ni ada niacinamide yang boleh buat kulit jadi glowing, glycerin dan  dimethicone. Dia ada fragrance jugak tapi pada kulit I tak ada kesan iritasi atau allergic. Memang best pakai sleeping mask ni sebab bangun pagi kulit rasa besttt. 


Neutrogena Hydra Boost


Jenis kedua Neutrogena Hydra Boost. Bagi I kalau dia ada perkataan hydro ni, mesti kuasa melembap dia lebih dari yang lain. Bagi kulit I, bila pakai kedua dua sleeping mask ni kesan dia sama je. Melembapkan kulit, rasa licin, glowing dan kulit nampak sihat je. Dua dua memang bagi kulit I cukup lembapan. I tak pasti bila orang lain pakai ada perbezaan atau tak dua jenis sleeping mask ni.


Untuk kulit kering memang sesuai sebab kulit kering ni tak cukup lembap. Kena bagi dia lebih perhatian dalam bentuk bila nak moisturize kulit tu. 




Gambar atas ni pulak bentuk dan info yang ada dibelakang produk ni. Bahasa korea kot sebab ada alamat korea tulis kat situ I tak faham pun haha.






Untuk Fine Fairness yang bekas pink, isi dia pun warna pink jugak. Hydra boost isi dia warna biru lembut. Warna sleeping mask ni memang cantik hahaha sebab dua dua warna lembut. Tekstur dia jenis gel macam tu jadi memang senang serap pada kulit I. Boleh refer gambar I guna dua dua sleeping mask ni then sapu pada kulit cepat je dia serap. 


Untuk Fine fairness, bau dia wangi macam bau bunga. Agak kuat jugak bau dia tapi okay bagi I. Hydra boost bau dia lembut sikit, tak terlalu kuat. Bau dia macam segar.


Bagi yang tak tahu cara pakai sleeping mask ni. Pakai skincare rutine macam biasa lepastu akhir sekali pakai sleeping mask. Pakai sleeping mask ni tak payah basuh pun. Tak perlu tunggu 15 minit ke 20 minit ke. Lepas pakai boleh terus tidur, esok pagi masa cuci muka baru cuci sleeping mask. Untuk kulit I, I rasa selesa pakai dia masa tidur. Tak ada rasa berat pada kulit atau rimas. I pakai selang sehari. 


Jadi step I pakai sleeping mask ni, cuci muka - toner - essence - eye cream - serum - moisturizer - sleeping mask. Kalau rasa macam banyak sangat lapisan pada kulit, boleh la skip serum atau moisturizer. Apa pun kena test dulu kulit boleh terima atau tidak banyak lapisan pada kulit ni. Lagi satu kalau nak best lagi sebelum pakai sleeping mask, simpan kejap dalam fridge. Nanti bila pakai kulit rasa sejuk je.


Overall I memang suka sleeping mask ni sebab melembapkan kulit, buat kulit nampak glowing sihat dan licin. Harga dia pun berbaloi dan isi boleh pakai banyak kali. 

47 comments

  1. wah macam best ja ni heheh ingat nak try laneige punya sleeping mask tapi nak kena beli online plak. Kalau yg ni boleh cari kat Watsons ja senang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. laneige punya tu pun banyak good reviews jugak.try satu2 hehe

      Delete
  2. Wah bagus untuk kulit kering macam I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yass memang sesuai untuk kulit kering

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha I pun not so sure tu tulisan apa

      Delete
  4. Selalu pakai shert mask je. Next time bolehlah cuba Sleeping Mask. Baru tahu lps apply night rutin skincare, then pki sleeping mask dapat bantu serapan lebih baik produk tu. Harga pun murah. Menarik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu airah memang suka pakai sleeping mask ni dia punya tahap hydration pada kulit lebih tinggi. Masa tidur pun kulit tak rasa kering dan boleh renew sel

      Delete
  5. Murah gila harga dia, RM12.90 je! Boleh cuba ni, memang best kalau tidur pakai sleeping mask ni, rasa sejuk and tenang je bila tidur. bangun2 dah cantik! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia memang berbaloi la produk pun bukan ciput je dalam bekas tu boleh pakai banyak kali. memnag fav sebelum tidur pakai sleeping mask selesa je

      Delete
  6. Dont forget to follow my blog too!

    ReplyDelete
  7. Yang fine fairness tu macam best. Nak try lah bila sleeping mask Ros habis nanti.
    Eh, serius Ros baru tahu yang kita boleh pakai serum, pelembab dan last sekali baru pakai sleeping mask. Selama ni rutin Ros kalau nak pakai sleeping mask, cuci muka, toner, lepas tu terus pakai sleeping mask. Lepas ni, boleh pakai serum dulu. hihi. Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesan dia not bad laa cuma kalau pakai lebih lama mungkin boleh nampak lagi kesan cerah tu. ahaa biasa airah pakai step cuci muka-toner-serum-sleeping mask-moisturizer

      Delete
  8. I don't know that Neutrogena came out with capsule sleeping mask. I would love to try hydro boost. I currently use Mamonde

    ReplyDelete
    Replies
    1. this sleeping mask still new and maybe not available in some drugstore.
      I am so tempted to try Mamonde but still waiting for moneyyyyyyy haha

      Delete
  9. I love sleeping mask too and the after result always best. Only boost moisture could advise oily skin due to dryness...

    Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yass agreed. oily skin cause of lack of hydration. with sleeping mask can help produce of sebum

      Delete
  10. Biasa akak memang letak apa je mask kat dalam fridge sebelum guna..memang best sejuk je..rasa fresh sangat muka..akak dah start ajar anak dara akak pakai face mask..kena jaga kulit muka sedari awal remaja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun kadang je teringat nak letak dalam fridge. best pakai mask sejuk2 .betul tu kak awal ni la nak jaga kulit muka

      Delete
  11. wahhh bagus juga dengan mask macam ni. lebih jimat kot rasanya. memang masalah kulit kering selalu juga saya alami jadi mungkin boleh cuba yang ni kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kulit kering memang elok guna sleeping mask untuk extra hydration

      Delete
  12. waa bestnya,mesti wangi .neutrogina knl masa tgok ANTM...done follow sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi dan best.
      thankyou will follow you back

      Delete
  13. I love the mask so much. My favourite is Hydro boost. It helps to lock the moisture in my skin. So my skin stay moisture all the time. Worth to invest in this mask.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed. i love this mask too. so good for hydrate my skin

      Delete
  14. oh! tak tau plak Neutrogena dah ada sleeping mask dia sendiri...Sally biasa guna Innisfree punya sleeping mask je..harga dia boleh tahan jugak eh...tapi ok jugak la sebab boleh guna few times!

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk baru neutrogena.airah tak pernah cuba sleeping mask innisfree tu tapi sheet mask memang selalu, best

      Delete
  15. Tak pernah cuba lagi sleeping mask ni. Nak cari juga lah sebab boleh pakai terus tdo. Esok pagi bangun just cuci je kan.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci muka macam biasa je pagi esoknya

      Delete
  16. macam-macam mask sekarang ya..sana sini sis baca pasal mask..heheh. buat masa sekarang sis pakai apa yang ada kat rumah ni dulu..masih banyak lagi sebab sis pun gila mask jugak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknya banyak stok mask. airah ni kadang je ada stok kadang tu tak pakai pun

      Delete
  17. Wahhh !! Nanti nak try usha-usha la juga. Menarik ciktie suka

    ReplyDelete
  18. selalu pakai mask yang jenis topeng tu je.. tapi gigih la nk kena tunggu 20-30 minit untuk tanggalkan.. haha. Kan senang pakai jenis gel ni, tak perlu bersihkan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau sleeping mask tak susah nak tunggu boleh terus tidur je.airah kadang sheet mask tu tak tanggal pun terus tidur jugak nanti masa tidur dia tanggal sendiri haha

      Delete
  19. I mmg suka dengan produk neutrogena. Dari zaman sekolah mmg dah guna. Yang best produk ini sesuai untuk semua kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun tengah guna moisturizer neutrogena.best jugak

      Delete
  20. Sesuai ke untuk berminyak macam eyqa? Bukan berminyak tapi combination :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai eyqa.airah pun combination skin jugak

      Delete
  21. Hahaha apa dia tulis dekat belakang tue? Jom Google Translate....

    Ada pelbagai jenis rupanya produk sleeping mask dorang nie... Erm, nak try yang mana satu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak google macam mana pun tak tauu
      aha banyak pilihan cuba la dedua tengok mana okay

      Delete
  22. Untuk review bagus macam ni, harga macam tu not bad. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha harga dia kira murah la juga isi pun boleh tahan

      Delete
  23. Macam best jer sleeping mask ni, murah pun murah.. Saya pun jenis kulit kering juga sebelum ni. Bagus untuk kategori kulit kering ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kulit kering sesuai la pakai yang hydrate lebih ni

      Delete
  24. Wow I love this brand, their products are very stable and suitable for sensitive skin users also. This masks are very moisturizing and also easy to carry.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.