Tune Hotel Untuk Rehat Yang Berkualiti Semasa Transit



Macam mana cuti hujung tahun 2017 korang? Okay atau tak okay? Kalau cerita mengenai bercuti ni memang macam-macam pengalaman ada kan. Lagi-lagi cuti hujung tahun yang baru je habis ni confirm ramai yang bercuti di destinasi pilihan. Kalau I memang suka bab berjalan ni. Tak kisah dekat ke jauh. Kadang ada percutian yang tak dirancang, tapi seronok ! Kadang ada percutian yang awal-awal dan plan baik punya dan mesti la lagi seronok sebab dah siap jadual perjalanan semua kan.


I baru je balik dari staycation dengan Aiman. Dah plan dekat sebulan jugak dan mesti la seronok dapat luangkan masa dengan orang tersayang. Tunggu review hotel staycation I kali ni okay. Next trip pulak hujung bulan Januari nanti. Dua bulan dah plan berapa hari nak tinggal, kat mana nak tidur, mana nak pergi, mana nak makan, dan lain-lain persoalan lagi. Kalau nak percutian berjalan dengan lancar, tips pertama kena la plan baik punya ! Kalau tak habis badmood satu family nanti stress fikir nak makan kat mana pun boleh bawak gaduh tau hahaha.


Tips kedua pulak kalau nak bercuti luar negara pastikan semua benda dah cukup. Kalau bercuti tempat sejuk kena la bawak pakaian bersesuaian. Ubat jangan lupa sebab kita tak tau bila akan diserang penyakit. Paling penting pastikan passport dalam keadaan sedia berkhidmat ! Nanti tak perasan passport tamat tempoh pulak. Passport pastikan tarikh expired sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh untuk keluar Negara. Lagi satu pekara penting ialah transit hotel. Kalau anda memerlukan transit hotel jangan lupa book awal-awal. Tapi tak book awal pun tak apa, Traveloka kan ada. 




Kalau anda memerlukan transit hotel yang berdekatan dengan KLIA2, I nak recommend Tune Hotel. Tune Hotel ni sangat dekat dengan KLIA2. Jalan kaki pun boleh. Jadi tak perlu risau dah nak cari hotel bila kena transit, dan mesti la nak cari hotel yang dekat dengan airport kan. Kalau anda ada di KLIA 2, memang Tune Hotel patut jadi pilihan wajib. Bukan sahaja hanya 0.31km dari KLIA2, tapi juga hanya 2.89km dari KLIA, 5.01km dari Sepang F1 International Circuit dan 9.60km dari Salak Tinggi ERL Station. Semua dekat-dekat je.






Kebanyakkan review pengguna mengatakan hotel selesa dan harga berbaloi. Yes bagi I memang selesa sebab banyak facilities dan harga pun murah, berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Bila kena transit ni memang agak leceh dan memenatkan. Jadi mesti la nak pilihan hotel yang selesa dan boleh berehat dengan tenang. Antara facilities yang disediakan ialah tv, wifi, parking untuk pelanggan, aircond dan makanan juga turut disediakan. Service hotel 24jam dan mendapat 4.5 bintang dari review pengguna yang lain tau. Yang paling I titikberatkan bila pilih hotel ni bab kebersihan dan keselesaan. Biasa sebelum book hotel I akan baca review dulu dari semua sumber yang ada. I memang setiap kali nak beli apa pun akan baca review dulu hehe. Penting tau sebab I tak nak duit I membazir dengan benda yang tak berbaloi.


Untuk kebersihan dan keselesaan Tune Hotel ni memang 4.5 bintang la. Tak payah risau dah bab tu. Boleh rehat dengan selesa dan kumpul semula tenaga untuk sambung percutian. Kalau korang book tune hotel klia 2 online di Traveloka senang la sebab laman web Traveloka ada sediakan bahagian review oleh pengguna yang dah tinggal kat hotel ni semua. Senang nak refer sama ada berbaloi atau tidak nak tinggal di hotel tersebut. Bagi I review ni memang banyak membantu. Yang bestnya lagi laman web Traveloka menawarkan banyak diskaun menarik untuk pengguna. Pilihan hotel pun pelbagai jenis. Kalau korang check lama web Traveloka sekarang, Tune Hotel – KLIA2 memang tengah ada potongan harga. Sesuai sangat nak book sekarang. 





Bila bercuti ni memang kena pandai pilih hotel yang selesa dan berbaloi duit yang dilaburkan. Masa nak book hotel pun sama jugak kena la pilih laman web yang bagi banyak diskaun menarik kepada pengguna dia seperti Traveloka. I selalu jalan-jalan cuci mata tengok harga diskaun hotel yang Traveloka bagi dekat pengguna dia, sebab tu kadang terjadinya percutian tanpa plan tu ! Tak ada yang boleh tolak harga menarik yang Traveloka bagi. Paling penting kena la rancang percutian dengan sebaiknya supaya masa tak bazir dan duit pun tak membazir. 

1 comment

  1. Bestnyaaaaaaaa :D Memang senang nak cari hotel kan Traveloka

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.