SEP MASK FROM JEJU KOREA



Mask yang tengah famous sekarang dan semua orang nak cuba, SEP mask. Mask ni produk dari korea dan ada dijual di Watsons Malaysia dengan harga RM 5.90 sekeping kalau tak salah I. Sekarang kan dah hujung tahun kalau nak beli boleh la beli sekarang sebab I rasa semua tempat tengah saleeeee..... Poket pun dah kering nak beli macam macam benda tengah sale ni eeei.


SEP mask ni ada empat jenis/perisa haha. Dekat Watsons pun ada empat jenis ni je I tak pasti ada yang lain ke tak. Jadi teruskan dengan review satu-satu mask.


SEP Canola Honey. Mask ni berfungsi untuk nourish kan kulit. Membuat kulit nampak lebih sihat. Apa yang tertulis di paket mask, dia berfungsi untuk nmemberikan dewy dan glossy look dengan memberkalkan nutrisi kepada kulit. Jadi nutrisi ni datang dari ekstrak madu yang ada dalam mask ni. Madu ni pulak dari Jeju Island. Bahan-bahan dalam kesemua mask ni memang clean dan natural dari Jeju Island.


Bau Canola Honey mask ni bagi I sangat wangi. Bau madu yang sedap ! Dah pakai kat muka pun still bau dia ada lagi. Bau dia I rasa buat I tenang. Bila pakai mask pun rasa relax je sebab bau wangi dan best. Kertas mask dia pulak nipis jadi senang nak letak kertas mask tu ikut bentuk muka. Tapi sebab kertas mask tu fit dengan muka I, jadi bertambah senang nak pakai. Essence dia pun banyak,tak cair ,geram betul I dengan bau honey dia hahahha.


SEP Green Tea. Fungsi mask ni pulak untuk soothing. Apa yang mask ni claim, berfungsi memberi keselesaan kepada irritated skin dengan bahan daun teh hijau. Bau mask ni wangi, tak macam bau green tea aiken yang kuat tu pun hahaha. I suka bau mask ni sangat menenangkan. Patut la dia boleh menenangkan irritated skin. Tapi ada jugak yang tak sesuai guna green tea dalam skincare ing dia so berhati-hati okay. Essence mask ni pun sama pekat dan jenis gel macam tu. Essence dia banyak, still ada lebihan dalam paket.


SEP Cactus Fruit . Berfungsi untuk moisturize kan kulit. I suka pakai mask yang melembapkan kulit ni sebab kulit I dahagakan kelembapan. Mask ni sesuai untuk kulit kering sebab memang fungsi cactus fruit ni melembapkan kulit. Bau mask dia wangi macam bau perfume pun ada. Essence semua mask ni I rasa banyak, tak kedekut essence langsung.


SEP TANGERINE. Brightening Mask. Berfungsi untuk mencerahkan kulit yang kusam dengan bahan tangerine dari Jeju Island ni. Bau mask dia macam bau mask biasa tapi ada sikit bau citrus macam tu. Sikit je. I terus lump sum kan kesan semua mask ni sebab semua mask bagi kesan yang sama pada I. Kalau tangerine mask ni sepatutnya mencerahkan, pada kulit I dia tak ada kesan pun. Cuma kesan lembapan sama macam yang lain.


 Semua series mask ni melembapkan kulit I. Tak ada yang special. Bagi I biasa jela mask dia sama macam mask yang lain yang ada di pasaran tu. Kalau nak beli suka-suka, tukar mood boleh la. Dalam ni ada fragrance jugak so  yang allergic dengan pewangi tu hati-hati walaupun I rasa fragrance dia sikit je kot. Okay la mask ni not may fav tapi I akan beli lagi kalau rasa nak beli hahahha. Tapi part packaging dia memang cantik. Colorful dan dia tulis jelas apa function setiap mask.


Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.