Redken Clean Maniac Shampoo and Conditioner First Impression



Produk terbaru keluaran Redken iaitu Clean Maniac Micellar dah ada di pasaran tau. Jadi hari ni I nak buat review my first impression guna produk Redken yang terbaru ni. Clean Maniac Micellar clean-touch shampoo dan Clean Maniac Clean-Touch Conditioner. Excited bila dapat syampu dan perapi ni sebab bahan dia dari micellar water ! Di entry sebelum ni  REDKEN X TOYAKO PRODUCT LAUNCH ada cerita serba sedikit mengapa Redken keluarkan produk syampu dan perapi berasaskan micellar water. Semestinya sebab kuasa micellar water tu untuk pembersihan maksimum.


Sebab ini first impression I, I guna feedback kali pertama dan kali kedua guna syampu ni tau. Apa I rasa, apa kesan dia, best ke tak. Jum mulakan dengan Micellar Shampoo ni.



Micellar syampu ni berfungsi sebagai pembersih rambut daripada kotoran, pencemaran, minyak dan lain-lain. Syampu ni membantu membersihkan rambut as clean as possible tanpa ada kesan kering pada rambut ataupun terlalu kasar pada rambut. First tuang syampu ni dekat tapak tangan, dia punya tekstur agak cair, tak macam syampu biasa yang pekat tu. Lepastu rasa ringan je testur dia. Bau dia memang wangi, bau yang segar. Lepas syampu pun bau dia masih ada lagi dekat rambut tapi dalam sehari jela bau dia bertahan sebab bau dia agak ringan,tak terlampau kuat.


Bila dah guna, buih dia tak banyak. Serius tak banyak macam syampu biasa mungkin sebab syampu ni silicone and sulfate free. Sulfate ni tak berapa bagus untuk rambut sebab boleh mengeringkan rambut. Bila syampu tu rasa guna air dekat rambut sebab ringan dan tak ada rasa minyak. Sangat senang nak ratakan syampu ni dan nak basuh pun senang sebab tak ada rasa melekit syampu tu.


Lepas syampu kulit kepala dan rambut rasa bersih dan lebih ringan. Yang paling best I perasan rambut senang nak sikat, tak ada rambut tersekat dan lebih lembutttt. Walaupun tak puas rasa nya sebab tak ada banyak buih, tapi kesan dia best.


Redken Clean Maniac Conditioner pun sama. Tekstur perapi ni tak berminyak langsung. Rasa macam tak pakai apa-apa. Ringan je. I tak tau macam mana nak terangkan tekstur dia tapi memang bukan macam biasa. Tak berminyak, tak rasa melekit, senang jugak nak cuci. Bau dia pun sama bau segar dan wangi. I rasa perapi ni yang buatkan rambut I lagi lembut dan senang nak urus.




Botol dia pun bagi I lain dari yang lain. Botol jenis plastik macam biasa. Design botol ada bahagian flat dan belakang dia kembung macam dalam gambar kat atas. Bagi I cantik dan senang nak pegang. Disebakan syampu dan perapi tu sejenis tak berminyak, bila nak pegang botol pun senang je, nak bukak botol pun senang. Warna dia pun cantik, melambangkan produk ni yang clean. Okay itu je review I hikhik.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.