NOVEMBER EMPTIES



Dah tengah bulan December baru nak update November Empties uhukuhuk. Okay untuk November, I dapat habiskan lima barang, dua skincare, dua makeup dan satu perfume. Untuk slot empties ni I akan buat summary sama ada I suka ke tak lepas dah habis guna produk-produk ni sampai ke titisan yang terakhir haha.


1. Bath & Body Works Fine Fragrance Mist in Cucumber Melon

Dekat entry Bath & Body Works Mini Haul, I ada cerita beli mist ni tiga botol. Dah dua botol termasuk Cucumber Melon dah habis. Gigih jugak la nak habiskan tiga botol ni, dekat setahun I guna tukar-tukar bau. Cucumber melon ni I suka bau dia, bukan bau citrus macam tu tapi bau wangi buah dengan bunga macam tu. Bila pakai rasa segar je bau dia. Bila dah spray satu bilik boleh bau, tapi bila dah lama-lam sikit, orang yang duduk dekat atau sebelah kita je boleh bau. Bau dia tak kuat sangat dah selepas 30 minit macam tu tapi diri sendiri masih boleh bau. I suka tapi kalau nak beli lagi tu, tak kot. I nak cuba bau lain pulak hihi.


2. Himalaya Purifying Neem Face Wash

My fav ever ever forever face wash. Sangat la membantu bila jerawat menyerang. I ada update lebih kurang dua ke tiga entry pasal pencuci muka himalaya ni, nampak tak betapa I suka dengan pencuci muka ni hahhah. Boleh baca dekat Rutin penjagaan Kulit, Skincare Routine update version dan My Current Face Wash. Pertama, I suka sebab dia membantu surutkan jerawat yang nak naik, kalau jenis jerawat kecik kecik sebab malas buat skincare tu boleh membantu. Kedua, muka I rasa bersih guna pencuci muka ni, serasi sangat. Nak tau lebih lanjut baca entry yang I dah listkan tu okay.


3. Dr Morita HA Essence Watery Cream

Fav moisturizer I sebab bahan dia ada hyaluronic acid yang membantu melembapkan kulit muka dan buat nampak glowing. Ini bekas yang kedua I dah habiskan. Haritu I ada baca diaorang dah tukar formula moisturizer ni dan dah tak sebagus dulu so I tak berminat dah nak teruskan guna moisturizer ni. Cuba yang lain pulak. Sekarang gigih nak cuba kebanyakkan moisturizer yang ada di drugstore so I boleh buat review untuk korang. Senang nak cari barang kalau produk tu bagus dan ada dekat drugstore kan. Sekarang pun banyak dah kbeauty masuk drugstore, lagi senang nak beli. Untuk full review moisturizer ni boleh baca sini - Dr Morita HA Essence Watery Cream.


4. Klavuu Cushion

Klavuu ni produk dari korea jugak. I berkesempatan nak cuba cuhion dia. Boleh baca full review cushion ni dekat Klavuu High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion. I suka cushion ni. Hari-hari pakai pergi kerja. Coverage dia best tapi kalau ada parut jerawat teruk tu tak boleh cover sangat kot. I baru habis untuk code warna 21. Ada lagi satu cushion jenis sama tapi code warna lain on the way nak habis tu. Memang suka pakai sebab kulit nampak natural macam tak pakai makeup dan coverage untuk kulit I pun okay.


5. Too Faced Better Than Sex Mascara

I tersangat lah jarang update mengenai makeup. Sebab utama koleksi makeup I tak banyak dan memang jarang pakai haha. Tapi I suka pakai mascara sebab bulu mata sejenis panjang tapi tak lentik. Apa masalah dia pun tak tau. I tak suka mascara ni sebab susah nak pakai. I tak pasti sebab isi dia dah keras sikit ke jadi susah nak apply tapi memang tak suka la. Walaupun banyak positif review tapi I tak suka. Sekian. Lagi suka pakai Maybelline punya.


okay lima benda ni je I dah habiskan untuk bulan November. December pulak ada yang dah habis tapi tunggu hujung bulan nanti I update okay. Kalau ada apa-apa soalan boleh je tinggalkan dekat komen. Babai

6 comments

  1. terima kasih atas perkongsian tips-tips penjagan muka . pemilihan produk organik ni memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.kalau produk organic ni memang jarang ada kesan buruk

      Delete
  2. cushion klavuu sha takhabis habis lagi sebab jarang pakai. mascara sikly girl best jugak, ce try hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun sbb pakai pergi kerja je tu cpt habis hehe.boleh jugak try nanti yg big eye ke apa tu kan famous

      Delete
  3. Very good information. Lucky me I recently found your blog by accident (stumbleupon).
    I've bookmarked it for later!

    ReplyDelete
  4. Tremendous things here. I am very satisfied to look your post.
    Thanks so much and I am looking forward to touch you.
    Will you kindly drop me a mail?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.