Review : Organic Aid Vitamin E



Nama : Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Isi : 28gm
Harga : RM19++
Made In The USA

Akhirnya I berkesempatan jugak nak cuba Moisturizing Cream dari Organic Aid. I ada baca banyak review mengenai moisturizer ni sebab tu nak cuba tapi tak plan lagi sebenarnya nak beli. Haritu jalan jalan mall dan tempat wajib pergi guardian dan watsons, banyak pulak product yang masuk dalam list I hahha. Terpandang pulak organic aid ni macam nak beli ke tak nak beli ke tak. Moisturizer Dr Morita I pun dah nak habis alang-alang terus beli. Ikutkan I nak beli moisturizer Neutrogena tapi dah terbeli yang ni, masuk list dulu la.




Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream mengandungi amino acid. Amino acid memang mempunyai banyak manfaat untuk kulit termasuk mengandungi Vitamin E yang membantu kulit untuk kelihatan lebih sihat, berseri, dan semestinya efektif untuk kulit. Moisturizer ni jugak membantu untuk kulit kasar dengan memulihkan nutrient pada bahagian kulit tersebut. Kulit kasar ni kan antara salah satu sebabnya kulit tak cukup lembap. 


Selain itu, moisturizer ni juga mengandungi natural emollients ataupun natural moisturizer yang memberikan kelembapan tambahan dan kelembapan yang membantu melindungi dari matahari dan  angin. Vitamin E juga membantu kulit kering sebab pelembap jenis creamy sesuai untuk kulit kering dan kasar, membuat kulit licin dan semulajadi cantik.


Antara bahan di dalam moisturizer ni ialah Deionized Water, Glycol Monostearate, Propylene Glycol Monostearate, Diglycol Stearate, Triethanolamine, Hydrolized Amino Acids, Vitamin E (1000 I.U. d-Alpha Tocopheryl), Fragrance. Jadi kalau ada allergic terhadap salah satu bahan dalam moisturizer ni jangan pakai okay. Atau mungkin boleh cuba sikit orang lain punya dulu dan tengok reaksi moisturizer ni pada kulit. Kalau okay boleh la cuba.





Organic aid claims dia tak sticky dan greasy.  I risau jugak sebelum nak beli tu takut tak sesuai dengan kulit. First time pakai memang I rasa tak selesa sikit. Tak pernah cuba jenis moisturizer creamy macam ni kan tapi lepas dua tiga kali pakai I suka ! Serius tak sticky dan greasy pun. Mungkin bila baru pakai terasa lain sikit macam susah nak serap. Boleh tengok gambar atas ni, gambar pertama tekstur creamy dia. Gambar kedua bila I sapu dan ratakan pada kulit. Nampak macam susah nak serap kan tapi gambar ketiga lepas dah sapu dan ratakan elok elok dah siap. Tak ada rasa melekit atau tak selesa pun. Cepat je serap dan senang nak pakai.


Kulit pun rasa selesa dan ringan macam tak pakai apa. Bau moisturizer ni pun ada bau wangi sikit je. Tak banyak pun. Tak ada bau busuk ubat ke apa hahah. Packaging dia dalam bentuk jar macam ni, agak kurang bersih sebab tak ada sudu or spatula kecik dibekalkan. Tapi boleh la guna sudu kecik sendiri kalau nak jaga kebersihan okay. Kalau yang I beli ni jar kecik memang sesuai nak bawak travel, senang nak sumbat dalam pouch skincare. Ringan ! 


Review pada kulit I pula memang melembapkan kulit I. Kalau pakai waktu malam, pagi tu kulit rasa lembap lagi dan lembut jugak. Memang sesuai untuk kulit kering sebab I dah test kalau I tak pakai apa-apa dalam aircond memang kulit kering gila. Bila sapu moisturizer ni terus rasa kulit lembap dan boleh bertahan lama dalam aircond. Tak silap I vitamin E jugak membantu mengurangkan parut jadi satu point kat situ. Moisturizer untuk kulit dalam masa yang sama membantu mengurangkan parut pada kulit. Memang sesuai untuk kulit I yang jenis combination normal and oily. I bagi 4 bintang ! Empat bintang sebab I lagi suka moisturizer yang jenis watery gel tu haha. 


Bagi I harga dia pun murah dan berbaloi. Kalau yang nak cari produk drugstore yang murah boleh je guna produk ni dari guna local produk dengan alasan nak produk murah. Banyak je yang murah kat drugstore tu kalau pandai cari lagi-lagi masa sales.


Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Tak ada allergic reaction
Bau wangi
Membantu kulit kering (experiment duduk dalam aircond)
Kulit lembap dan lembut
Membantu parut pulih
Tak melekit dan berminyak

24 comments

  1. Teringin nak try moisturiser ni tapi rasa takut pulak sebab my skin jenis berminyak, kalau pakai moisturiser jenis cream mesti lagi berminyak.

    Ada suggestion moisturiser yang jenis gel/watery tak? Kalau boleh yang drugstore punya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha I rasa kalau skin berminyak mungkin akan rasa greasy sikit tapi kalau pakai amount yang mencukupi/cukup2 okay je kot. I ada buat review Dr Morita watery gel moisturizer kat sini. http://airahsyahirah.blogspot.my/2017/07/dr-morita-ha-essence-watery-cream.html memang best mungkin boleh cuba yang ni ada jual dekat guardian

      Delete
    2. Saya syorkan pakai pelembab water based punya mcm safi balkis oxy white. Rm18

      Delete
    3. try nanowhite mattifying moisturizer

      Delete
  2. memang Best organic aid ni, I tengah pakai :)

    Nway thanks for adding me to your bloglist September ! =)

    ReplyDelete
  3. memang Best organic aid ni, I tengah pakai :)

    Nway thanks for adding me to your bloglist September ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann I pakai pun best je. My pleasure

      Delete
  4. Sis nak tanya moisturizer ni ada jual kat farmasi tak 😊

    And waktu malam je ke pakai ke lepas cuci muka? Thankyou in advance ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ada jual dekat certain farmasi kena check la kalau dekat guardian tu insha allah ada
      Sis pakai pagi dan malam. Lepas pakai toner,pakai moisturizer ni.kalau malam pakai lebih sikit la nak elak dry patch next day

      Delete
  5. Hi sis. Is it alrght if bila pky cream ni, muka rasa mcm bpeluh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. I rasa kalau berpeluh teruk maybe tak sesuai dengan skin awak. I pakai akan berpeluh bila I buat kerja lain lepas pakai krim tu. Selalu lepas pakai terus tidur

      Delete
  6. Hi.. berminat gak nk try ni...tp preggy mom ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear. not so sure tanya dokter la confirmkan risau pulak nanti

      Delete
  7. Siyes best krim nie..pnh excident taun 2008 n ad parut kt muka..dokt syorkn pkai krim nie n mkn vit c n e...n parut tu ilang..x clap dlm 2 or 3 jar sy pkai or lbih x pasti..smp skrg x npk lgsg kesan parut...kalo ckp pnh de parut excident kt muka pn org x pcy..haha...tryla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh best feedback ni. aha vit e dengan c sesuai untuk parut dan mencerahkan parut semua. airah pakai pun nak hilangkan parut jerawat

      Delete
  8. baru je beli semalam, gonna try this, sbb ramai review okay, so far pagi tadi pakai okay, im gonna love it i guess 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy try la I memang suka sebab muka rasa soft je

      Delete
  9. hi sis nak tanya i mmg baru nak pakai moisturizer, and masih mencari, can i use this product? maksud i okay ke for new beginner? ada side effect tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear I rasa okay je for beginner. beli jar kecil dulu nak test kulit sesuai atau tak.untuk kulit I tak ada bad side effect

      Delete
  10. hi sis , dalam ingredient dia ada mathyl paraben and prophyl paraben. i pkai okay je bru tdi ttbe rasa nak tengok ingredient dia. takpe ke paraben tu? takut ada bad effect je 😭

    ReplyDelete
  11. hi sis , dalam ingredient dia ada mathyl paraben and prophyl paraben. i pkai okay je bru tdi ttbe rasa nak tengok ingredient dia. takpe ke paraben tu? takut ada bad effect je ��

    ReplyDelete
  12. hai dear. paraben sebenarnya tak akan bagi effect sangat pada kulit kalau dalam kuantiti yang dikawal. ada sesetengah orang maybe pakai produk yang ada paraben kulit jadi tak sesuai. kalau rasa tak ada bad effect pada kulit boleh je teruskan pakai sebab memang dia tak akan bagi kesan buruk pun.

    ReplyDelete
  13. baru je beli kat watson tadi. hahaa nk try sbb nk hilangkan parut jerawat. hmm. harapnya boleh hilang laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah boleh membantu. rajin apply krim tu okay. kalau ada duit lebih boleh try serum nanowhite untuk pudarkan parut jerawat

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.