Evian Facial Spray


Nama : Evian Facial Spray
Isi : 50ml
Made in France
Harga : RM21.10


I suka guna facial spray. Untuk entry kali ni I nak review Evian Natural Mineral Water Brumisateur Facial Spray. Brumisateur adalah bahasa France yang bermaksud spray. I google je okay maksud dia harap betul la hahaha. Since facial spray ni made in France mungkin betul tu bahasa france. Evian ni memang famous dengan air mineral dia yang agak mahal sebab sumber air mineral dia tu dari bukit apa entah.


Kenapa I guna facial spray ni? Bila malas memang berguna sangat sebab I kadang malas jugak nak buat skincare routine. Jadi lepas dah cuci muka, pakai toner dan lepastu spray je dengan mist ni. Settle ! Dah boleh tidur dengan tenang. Facial spray ni membantu untuk melembapkan, menyegarkan dan tones. Jadi sesuai la tu bila malas. Kadang kalau mengantuk sangat kat office, I spray je mist ni. Sejuk je muka rasa lepastu duduk dalam aircond pun risau jugak kulit kering, I spray jugak benda ni.


Memang berguna untuk semua situasi, bila malas, bila risau kulit kering, bila mengantuk, lagi bila apa hahaha.



Evian facial spray membantu memberi kelembapan pada kulit, membantu fix makeup, menyegarkan dan membersihkan. Untuk makeup, I guna sebelum pakai foundation bagi kulit lembap dan makeup nampak cantik glowing. Lepas makeup I spray sikit je nak bagi makeup sekata la kononnya I tak sure ada perubahan ke tak hahahah main spray ke asalkan makeup tak cair. Facial spray ni sesuai untuk semua jenis kulit sebab dia dari natural mineral  water jugak kan.


Cara nak pakai pulak spray macam biasa je pastikan seluruh kulit muka kena la dengan mist dia tu. Lepastu bia kejap bagi dia serap. Kalau masih ada yang tak serap, dab sampai semua serap kat kulit. Tak silap ada tiga size dan yang I punya ni paling kecik. I beli dua botol satu untuk I dan satu untuk Aiman. Kalau bagi Aiman memang membantu masa dia kerja, mengantuk spray je nak bagi segar sikit. I memang suka la facial spray ni I bagi 5 bintang ! Tapi untuk harga dia, satu botol kecik ni memang mahal.... Boleh beli masa ada duit je haha. 


Selain tu I suka jugak warna packaging dia sebab warna pink ! Cantik. Rasa girly sangat bila spray botol pink ni hahaha nasib Aiman okay je guna walaupun pink. 

5 comments

  1. Patutla awak cantik heheh 😊😊

    ReplyDelete
  2. dear, evian ni ada mineral water kan. ssuai x air nya utk basuh muka??? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yg tu untuk minum sis. kalau yg ni ada la tambahan bahan dia untuk mist.

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.