Rapatkan hubungan kekeluargaan dengan Boh

Bila dapat berkumpul satu keluarga memang seronok kan? Bertukar cerita sambil makan minum dan luangkan masa sama-sama. Bila dah meningkat dewasa ni memang terasa bila ahli keluarga berkumpul tapi tak cukup lengkap semua orang. Mesti terasa kekurangan. Lagi-lagi kalau orang tu jenis yang kecoh, yang suka menghangatkan suasana .




Bila adik-adik I yang belajar jauh-jauh tu ada di rumah, I confirm akan cari peluang untuk cuti, balik kampung. Luangkan masa sama-sama. Paling penting bila berkumpul ramai-ramai ni, mama mesti akan sediakan minuman kesukaan I satu family. Teh! Bukan sebarang teh tau. Teh ni dah jadi sebahagian dari isi rumah di Malaysia dan merupakan ‘experteas’  tempatan sejak 90 tahun. Semestinya Teh Boh. Boh merupakan jenama yang asli, semestinya buatan Malaysia.

Selalunya bila dah kumpul ramai-ramai, satu teko teh Boh memang tak cukup. Sekurang-kurangnya dua teko tau mama akan bancuh teh Boh ni. Sambil bersembang sambil minum teh. Setiap hirupan pasti lebih Ummph! Salah satu sebab satu family I suka teh Boh ni mesti la sebab rasanya yang sedap. I tak suka teh yang ada rasa kelat. Tapi dengan Boh, walaupun teh dia pekat, warna teh yang menyerlah, tak ada rasa pahit pun. Aroma teh memang memukau bila minum.






I memang salah seorang penggemar teh. Setiap hari lagi-lagi waktu pagi mesti bancuh teh. Suami I, Aiman pun sama penggemar teh jadi stok teh dekat rumah sentiasa ada je. Kadang tu I akan bancuh teh siap-siap, simpan dalam botol dan letak dalam peti ais. Bila haus boleh terus minum. Walaupun I simpan air teh Boh dalam peti ais, rasa dan aroma dia masih sama dan tak berubah. Sedap!

I ingat lagi waktu sekolah dulu, sebelum pergi sekolah mesti mama akan bancuh teh untuk breakfast. I siap masukkan dalam botol, bawa pergi sekolah. Sebelum rehat mesti air teh Boh dah habis sebab I sejenis yang minum air banyak. Sehingga sekarang, pilihan teh I tetap Boh. Dah ada keluarga sendiri, dah ada anak sorang, bila waktu makan, waktu minum petang memang Boh je I bancuh. I rasa dah kenal sangat dengan rasa dan aroma Boh.




Ada dua jenis potbag Boh yang I selalu beli, yang ada 40 uncang dan 80 uncang. Kalau 40 uncang boleh la tahan lebih kurang sebulan. I lagi suka terus beli potbag besar 80 uncang lama sikit bertahan stok dekat rumah. Bila tetamu datang rumah memang I suka hidang teh je sebab teh ni macam-macam resepi boleh buat. Lagi-lagi teh Boh, semua resepi sesuai. Sesuai juga untuk semua generasi. Macam I cerita tadi dari kecil mama dah gunakan Boh ni, sampai I dah ada anak sorang, I dan satu keluarga minum teh Boh. Boh ni ada satu perasaan yang buat I rasa selesa dan dekat dengan diri sendiri.
                                                                                                       
Waktu pagi I lagi suka bancuh teh panas, makan dengan nasi lemak memang terangkat la. Kalau petang panas berdenting tu, teh ais jadi pilihan. Baru-baru ni kan boba tea jadi pilihan. I ada juga cuba buat teh ais dengan pearl dan gula perang tu. Memang sedap! Puas minum banyak-banyak tapi tak boleh selalu la sebab manis. Teh o’ juga jadi pilihan setiap hari. Kalau korang suka teh yang ditambah gula, apa kata cuba pula teh o’ kosong. Rasa Teh Boh ni lebih asli jadi I lagi suka minum teh Boh yang tidak ditambah gula.




Teh Boh juga sesuai untuk semua jenis makanan. Sebab itu la tak kisah nak bancuh teh Boh waktu pagi untuk sarapan ke, Minum petang dengan pelbagai juadah kuih muih ataupun waktu malam. Kalau nak tidur lebih selesa dan lena pun boleh bancuh secawan teh Boh. Dari kecil hingga dewasa, Boh memang sentiasa berikan sebab untuk keluarga dan rakan-rakan I sentiasa meluangkan masa bersama. Rasa, aroma dan keselesaan yang diberikan oleh Boh memang menjadi pilihan I.




1 comment

  1. Setujuu, teh Boh memang sedap! Tapi lagi suka kalau buat teh susu hehe. And cantiknya adik beradik ya Allah T-T . Manis-manis je semua <3

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.