Siapa yang tak pernah bosan pergi Cameron Highland setiap tahun? I la tu hahaha. Tahun ni pergi lagi tapi kali ni ada Ayhan! Rasanya last pergi tahun lepas masa mengandungkan Ayhan pergi makan bbq dekat Taman Apple Cameron. Seronoknya bila Cameron Highland tak ada jauh sangat dari rumah. Boleh terus plan je nak pergi sana. 



Kali ni pergi dengan family mertua dan tidur Cameron Highland sekali. Sebulan sebelum tu mesti la dah plan nak cari homestay semua tapi plan jela, book homestay nya seminggu sebelum pergi. Nasib baik la tak full booking sebab tarikh yang kiteorang pergi tu Hari Merdeka dan Awal Muharram. Memang pack la sepatutnya tapi nasib baik masih ada homestay yang available. Nanti I senaraikan beberapa homestay yang I dah tanya rate di entry lain okay senang la siapa yang cari homestay di Cameron Highland untuk refer situ je.



Kiteorang lapan orang dewasa, tiga orang kanak-kanak dan sorang baby. Jadinya antara ciri-ciri homestay yang dicari mesti la yang cantik, luas dan ada extra bantal dan tilam. I pilih ‘I Color Home & Stay’ untuk penginapan kiteorang di Cameron Highland. Tak silap I bangunan homestay ni baru lagi sebab sebelum ni I ada tidur homestay yang berhadapan dengan bangunan homestay sekarang, Gobok Homestay. Masa tu pun baru juga. Jadi bila homestay baru ni mesti la semua berfungsi dengan baik hahaha



Apa yang best di homestay ni korang tak perlu risau pasal security. Insha Allah selamat. Nak masuk pagar kena guna kad, nak naik lif pun kena touch card. Ada pondok pengawal jaga depan tu jadi tak perlu la risau sangat. Nak checkin pun tak ada proses yang rumit. Semua lancar dan senang je.









Paling I suka dengan design dan hiasan homestay ni. Lawa sangat! Colourful dan banyak corak tapi tak terlalu sakitkan mata. Warna pastel lembut macam tu memang favourite I la. Perabot dia pun tak terlalu banyak jadi ruang luas untuk bebudak lari-lari. Ada dapur lengkap dengan pinggan dan alatan memasak semua, peti ais pun ada. Tv, heater semua ada.








Homestay ni ada tiga bilik dan dua bilik air. Dua-dua bilik air hot shower berfungsi dengan baik. Yang tak ada adalah wifi dan mesin basuh. Jadi nikmati la percutian tanpa internet dan basuh baju dekat dobi atau bawak balik rumah je okay.



Untuk ketiga-tiga bilik, bilik pertama ada toilet dan ada iron . Katil queen. Bilik kedua pula ada dua katil queen jadi ramai boleh tidur. Dekat bilik kedua pun ada sediakan beberapa tilam single extra. Bilik ketiga pun ada katil queen jadi maksimum dalam 10 orang la boleh menginap di homestay ni.








Homestay ni tingkat dua dan dekat balkoni boleh terus nampak parking kereta. Pemandangan biasa je nampak bangunan apartment sebelah, depan, tepi, belakang hahaha Parking kereta pun banyak tapi kalau bawa lebih dari satu kereta, untuk dapatkan lebih access card berdasarkan budi bicara juga. Nasib kiteorang baik sebab dapat dua. Pengalaman duduk homestay ni satu malam selesa dan cantik tapi cuma ada satu je yang tak best, pintu bilik dan toilet tak boleh kunci. Kunci dah rosak jadi kalau nak pergi toilet redho jela kalau tetiba orang bukak pintu hahahahha



I book homestay ni di booking.com dengan harga RM250 lepastu tambah RM50 untuk cleaning fee. Jangan lupa guna Shopback tau masa booking tu.



Ayhan pun lena je tidur malam sejuk dan selesa




Review I Color Home & Stay Cameron Highland

Kali ni I pergi makan di Addon White Coffee yang terletak di Jalan Raja Ekram. Tak silap I Addon White Coffee ni dah ada tiga empat cawangan dah. Banyak nak bukak. Haritu lalu dekat area Ipoh juga ada cawangan baru lagi. I pergi yang cawangan pekan Ipoh.



Bila balik Perak memang banyak la list makanan, kedai, cafe, restoran nak pergi tapi bila dah sampai sana terus gelabah tak tau nak makan mana. Tiap kali balik Perak macam tu -.- Masa tu la baru nak google semua benda padahal masa dekat JB kemain nak makan itu ini. Nasib baik kali ni sempat la nak rasa makanan yang ada di Addon White Coffee.









I terjumpa Addon White Coffee punya post viral dekat facebook sebab minuman dia macam gambar dekat atas ni la. Unik sikit sebab kena tuang sendiri lepastu gelas dia pun lain dari yang biasa. I order air green tea dan Aiman punya pearl white coffee tak silap.



Rasa air dia boleh tahan sedap.






Masa I datang tak silap hari isnin. Ada dua tiga meja je yang ada orang so memang sepi la seronok datang time orang lain kerja ni hahaha. Suasana cafe dia memang best. Susunan dan pemilihan perabut dia buat cafe ni nampak cantik dan best la nak tangkap gambar. Staff Addon pun friendly. 



Parking je masalah kalau datang time weekend memang susah la sebab parking tepi jalan je tak ada kawasan parking yang luas. Cafe ni bukak setiap hari tau dari 9pagi hingga 12 tengah malam jadi sesuai la nak breakfast, lunch, dinner, lepak semua dekat sini. 








I tak ingat nama menu Aiman tapi macam gambar dekat atas ni la hahaha. Dia punya tak silap mee tarik. Mee tarik diaorang pun ada pelbagai jenis. Rasa dia sedap bagi I tapi bagi Aiman biasa je. Susah nak menepati citarasa Aiman ni.





Atas ni pula menu I. Yang ni pun I suka jugak. Terasa kari dia tapi tauhu tu Aiman la habiskan, I tak suka. Mee diaorang sedap memang terasa perbezaan dengan mee biasa sebab jenis mee tarik. Lepastu order juga set roti dengan telur separuh masak ni. Roti dalam bekas kukus macam ni confirm la gebu sangat.





Bagi I memang sedap makanan dekat sini. Baru rasa tiga menu je I teringin jugak nak rasa yang lain-lain kena tunggu balik Ipoh nanti. Haritu masa bulan puasa sempat juga la berbuka pilih set ramadhan diaorang. Bagi I set ramadhan tu biasa je lagi best pilih menu yang macam I pilih. Kalau datang Ipoh boleh la singgah makan sini. Masukkan dalam list food hunting korang okay.



Addon White Coffee
From 9am till 12am midnight
Buka setiap hari
Instagram : addonwhitecoffee
Facebook : addoncoffee





Addon White Coffee

Bila dapat berkumpul satu keluarga memang seronok kan? Bertukar cerita sambil makan minum dan luangkan masa sama-sama. Bila dah meningkat dewasa ni memang terasa bila ahli keluarga berkumpul tapi tak cukup lengkap semua orang. Mesti terasa kekurangan. Lagi-lagi kalau orang tu jenis yang kecoh, yang suka menghangatkan suasana .




Bila adik-adik I yang belajar jauh-jauh tu ada di rumah, I confirm akan cari peluang untuk cuti, balik kampung. Luangkan masa sama-sama. Paling penting bila berkumpul ramai-ramai ni, mama mesti akan sediakan minuman kesukaan I satu family. Teh! Bukan sebarang teh tau. Teh ni dah jadi sebahagian dari isi rumah di Malaysia dan merupakan ‘experteas’  tempatan sejak 90 tahun. Semestinya Teh Boh. Boh merupakan jenama yang asli, semestinya buatan Malaysia.

Selalunya bila dah kumpul ramai-ramai, satu teko teh Boh memang tak cukup. Sekurang-kurangnya dua teko tau mama akan bancuh teh Boh ni. Sambil bersembang sambil minum teh. Setiap hirupan pasti lebih Ummph! Salah satu sebab satu family I suka teh Boh ni mesti la sebab rasanya yang sedap. I tak suka teh yang ada rasa kelat. Tapi dengan Boh, walaupun teh dia pekat, warna teh yang menyerlah, tak ada rasa pahit pun. Aroma teh memang memukau bila minum.






I memang salah seorang penggemar teh. Setiap hari lagi-lagi waktu pagi mesti bancuh teh. Suami I, Aiman pun sama penggemar teh jadi stok teh dekat rumah sentiasa ada je. Kadang tu I akan bancuh teh siap-siap, simpan dalam botol dan letak dalam peti ais. Bila haus boleh terus minum. Walaupun I simpan air teh Boh dalam peti ais, rasa dan aroma dia masih sama dan tak berubah. Sedap!

I ingat lagi waktu sekolah dulu, sebelum pergi sekolah mesti mama akan bancuh teh untuk breakfast. I siap masukkan dalam botol, bawa pergi sekolah. Sebelum rehat mesti air teh Boh dah habis sebab I sejenis yang minum air banyak. Sehingga sekarang, pilihan teh I tetap Boh. Dah ada keluarga sendiri, dah ada anak sorang, bila waktu makan, waktu minum petang memang Boh je I bancuh. I rasa dah kenal sangat dengan rasa dan aroma Boh.




Ada dua jenis potbag Boh yang I selalu beli, yang ada 40 uncang dan 80 uncang. Kalau 40 uncang boleh la tahan lebih kurang sebulan. I lagi suka terus beli potbag besar 80 uncang lama sikit bertahan stok dekat rumah. Bila tetamu datang rumah memang I suka hidang teh je sebab teh ni macam-macam resepi boleh buat. Lagi-lagi teh Boh, semua resepi sesuai. Sesuai juga untuk semua generasi. Macam I cerita tadi dari kecil mama dah gunakan Boh ni, sampai I dah ada anak sorang, I dan satu keluarga minum teh Boh. Boh ni ada satu perasaan yang buat I rasa selesa dan dekat dengan diri sendiri.
                                                                                                       
Waktu pagi I lagi suka bancuh teh panas, makan dengan nasi lemak memang terangkat la. Kalau petang panas berdenting tu, teh ais jadi pilihan. Baru-baru ni kan boba tea jadi pilihan. I ada juga cuba buat teh ais dengan pearl dan gula perang tu. Memang sedap! Puas minum banyak-banyak tapi tak boleh selalu la sebab manis. Teh o’ juga jadi pilihan setiap hari. Kalau korang suka teh yang ditambah gula, apa kata cuba pula teh o’ kosong. Rasa Teh Boh ni lebih asli jadi I lagi suka minum teh Boh yang tidak ditambah gula.




Teh Boh juga sesuai untuk semua jenis makanan. Sebab itu la tak kisah nak bancuh teh Boh waktu pagi untuk sarapan ke, Minum petang dengan pelbagai juadah kuih muih ataupun waktu malam. Kalau nak tidur lebih selesa dan lena pun boleh bancuh secawan teh Boh. Dari kecil hingga dewasa, Boh memang sentiasa berikan sebab untuk keluarga dan rakan-rakan I sentiasa meluangkan masa bersama. Rasa, aroma dan keselesaan yang diberikan oleh Boh memang menjadi pilihan I.




Rapatkan hubungan kekeluargaan dengan Boh

Cuti Merdeka baru je berlalu, lepastu cuti Awal Muharram pula. Seronokkan dapat cuti ni? I awal-awal haritu dah plan nak buat apa bila cuti panjang sikit ni. Mesti la pergi jalan-jalan! Untuk cuti kali ni I sempat la tidur satu malam di Cameron Highland dan day trip ke Pulau Pinang. Bila cuti umum macam ni mesti orang selalu tertanya-tanya kan tak jem ke jalan, tak sesak ke nak kemana-mana? Kalau dah jem macam mana nak jalan-jalan kan? Bagi I ada satu je solusi untuk masalah ni. Kena tahan mental dan fizikal lepastu kena rancang percutian korang sebaik yang mungkin.





Cara I rancang percutian I mesti la dengan Traveloka. Kali ni Traveloka membawakan Traveloka Saleabration yang semestinya banyak promosi dan lebih penjimatan untuk korang. Macam I, awal-awal dah tempah hotel mana nak menginap, nak naik pengangkutan apa, tempat tarikan mana nak singgah dan paling penting set jadual perjalanan korang yang bersesuaian. Bila cuti umum ni sebolehnya semua kena gerak awal dan pantas. Kalau lambat memang semua orang dah penuh di tempat tumpuan tersebut. Orang dah ramai baru korang nak sampai.



I akan set betul-betul tarikh dan tempat mana nak pergi. Macam I dari Johor Bahru nak ke Batu Gajah, Perak lepastu ke Cameron Highland dan sambung ke Pulau Pinang. Banyak persinggahan dan tempat menginap I nak kena survey. Kalau travel luar negara lagi la lebih terperinci semua persediakan kena buat. 



Boleh pilih nak tengok flights, hotels, airport transfer, xperience ataupun flight + hotel sekaligus



Sekarang dah bulan September dan cuti hujung tahun pun dah dekat, sekarang la masanya untuk korang rancang percutian. Jangan lepaskan peluang Traveloka Saleabration kali ini. Beli tiket flights di Traveloka lepastu korang boleh dapatkan promosi untuk hotel. Jimat banyak! Paling-paling pun korang boleh jimat sehingga RM350 tau. Biasanya hujung tahun la lebih seronok nak bercuti luar negara. Cuti lebih lama dan banyak flight promotion 2019.



Domestic flights dan International flights ada 5% off, Hotel 10% off, Xperience 20% dan Airport Transfer 25%. Siapa nak bagi kan? Di Traveloka Saleabration je ada. Korang boleh tempah dari 26 Aug hingga 27 Sept 2019. Pengalaman I masa rancang percutian, Matta Fair pun berbaloi untuk korang survey promosi sambil rancang percutian. Matta Fair dah siap bahagikan destinasi percutian korang kalau nak menunaikan umrah ke, pakej antarabangsa atau dalam Malaysia tapi kalau tak sempat nak tengok Matta Fair deals, Traveloka Saleabration kan ada sampai 27 September. 



Boleh check flights dan hotel sekali di Traveloka



I memang teringin nak ke Jepun. Haritu dah siap plan dengan Aiman nak pergi Osaka tiba-tiba pregnant hahaha. Jadi kena la postponed sampai Ayhan dah 5 bulan ni boleh la plan semula. Tengok harga flights dan hotel di website Traveloka, memang best. Yang I paling suka, Traveloka pun ada sediakan senarai tempat menarik yang korang boleh lawati, event terdekat dan macam-macam lagi. Senang nak rancang percutian bila semua benda ada di satu tempat.



Apa tunggu lagi jum la rancang percutian korang sekarang. Rancang awal senang nak bercuti nanti. Lebih info boleh layari laman web www.traveloka.com
 



Nak rancang percutian? Singgah Traveloka Salebration dan Matta Fair dulu

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.