ThePinkDiamond.co bath bomb and bubble bath

Hai. Entry bath bomb yang ketiga untuk blog I. Sebelum ni I memang ada buat dua review bath bomb dari Lush dan BomBombHandmade. Boleh baca entry tersebut okay. Kali ni I nak cuba pula bath bomb dan bubble bath dari ThePinkDiamond.co. Bukan selalu I dapat manjakan diri berendam dengan bath bomb ni sebab dekat rumah bukan ada bath tub pun tsktsk. Kalau travel book hotel je dapat la beli bath bomb sekali haha. Doakan I dapat beli rumah yang siap ada bath tub sekali okay Amin.





I guna bath bomb yang I beli dari ThePinkDiamond.co ni masa stay dekat Weil Hotel. Boleh baca review Weil Hotel dekat SINI okay. Kalau korang nak cari hotel yang selesa, berpatutan dan dekat Ipoh, Perak dan berdekatan juga kalau nak pergi Batu Gajah boleh la survey hotel ni.



I beli dua jenis bath bom dan satu jenis bubble scoop bath dari ThePinkDiamond ni. Ikutkan memang boleh tahan banyak juga la pilihan flavor untuk bath bomb dan bubble bath sampai rambang mata nak pilih! Dah la warna dia cantik lepastu comel je I tengok gambar-gambar dekat instagram ThePinkDiamond. Masa survey nak beli bath bomb pun memang I cari dekat instagram je senang. ThePinkDiamond.co juga ada buat bath bomb limited edition, doorgift, sabun, scrub dan banyak lagi. Bayangkan bagi doorgift bath bomb comel-comel masa wedding/event korang. 


Romantic Rose


Calming Lavendar


Bath bomb I beli flavor Romantic Rose dan Calming Lavendar.  Untuk saiz pun ada pelbagai, I beli yang medium je.  Romantic Rose ni dibuat dengan kelopak bunga rose dari Cameron Highland. Bau dia memang wangi. Bau rose yang lembut, bukan jenis mencucuk so tak ada la macam bau fake tu. Selain itu mengandungi cornstarch dan sweet almond oil jadi bila guna rasa la kulit lembap dan segar sangat.


Romantic Rose



Memang enjoy la berendam dengan Romantic Rose bath bomb ada kelopak bunga rose sekali.


Calming Lavender bath bomb pula lagi best. Haruman lavender kan memang terkenal sesuai untuk ketenangan, relaxing macam tu. Memang sesuai sangat kalau nak guna untuk pamper routine. Aroma dia sangat menenangkan. Bath bomb ni mengandungi lavender essential oil, sweet almond oil dan corn starch. 


Calming Lavender


Calming Lavender



Tenang berendam dengan bauan lavender.



Bubblegum Bubble Scoop Bath



Ketiga adalah bubble scoop bath. Bubble scoop bath ni untuk buat bubble banyak-banyak dalam bath tub tu. Baru la over feeling luxury berendam dalam bath tub hahaha. I beli satu je bubble scoop ni dan I guna masa guna Romantic Rose Bath bomb. Boleh je gabungkan dua-dua sekali tau. Mula-mula pecahkan bath bomb tu lepastu buat bubble guna bubble scoop.



Bila bayangkan bubble scoop flavor bubblegum ni memang bau dia pun sedap gila. Bau sweet macam gummy tu. Memang banyak buih dia boleh buat. So far guna tiga-tiga produk ni I suka sangat. Bau sedap, comel dan menarik. Packaging dia pun comel sangat. Kalau korang nak cuci mata boleh la singgah ig @thepinkdiamond.co. I tak beli selalu pun suka tengok instagram diaorang cuci mata.



Bubblegum Bubble Scoop Bath





Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.