Bila tak cukup minum air kosong ni macam-macam kesan boleh jadi pada badan sendiri. Contohnya tak cukup minum air pun boleh buat sembelit tau jadi jaga-jaga. Pastikan sentiasa minum air dengan cukup ikut berat badan korang. I pun ikutkan tak tau berapa liter air sehari kena minum tapi botol memang sentiasa la dekat dengan I. Nampak botol je minum, haus minum, bila teringat minum.



Kena rajin minum air banyak salah satu sebab nak kulit cantik hahaha. Tapi kena la redha pergi blik air je selalu. Masa bersalin haritu bibir I kering teruk. Tak cukup minum air sebab melayan rasa sakit hahaha. I stress tengok keadaan bibir sendiri tapi nak minum air pun tak sempat. Nanti minum air banyak sangat trauma pulak nak kena pergi bilik air banyak kali. Last-last memang bibir kering teruk, dah balik rumah dari hospital pun tak elok-elok lagi.



Jadi benda pertama yang I buat mesti la kena rajin minum air. Walaupun orang cakap salah satu pantang semasa berpantang tak boleh minum air kosong banyak sangat tapi peduli apa hahaha tak kan nak tahan je dari minum air. Kedua I rajinkan diri sapu Laneige Lip Sleeping Mask. Yang I punya flavour berry. 





Tak silap I ada empat flavour iaitu grapefruit, appel lime, vanilla dan berry. I baru cuba berry je. Yang berry ni pun tahan lama gila walaupun sebekas jar kecik ni 20g je. Actually I dah beli lama lip mask ni dan memang selalu pakai dari waktu pregnant lagi sampai sekarang tak habis-habis. Siap share dengan adik I lagi letak dalam jar kecik untuk dia. I harap tahun ni habis la sebab nak try flavour lain pulak hahaha.



Produk : Laneige Lip Sleeping Mask in Berry
Isi : 20g
Harga : RM77 (Althea)



Kalau korang ada masalah bibir kering, bibir hitam, apa-apa jela masalah bibir korang mungkin boleh cuba lip mask ni. Apa yang paling best bagi I, contoh la harini bibir I kering sangat sebab kurang minum air, malam tu I pakai lip mask ni, pagi esok bibir dah lembut dan senang nak tanggalkan kulit bibir yang dah kering tu.





I memang rajin pakai waktu malam je sebab tak ganggu I nak minum ke apa. Nanti waktu siang makan, minum hilang pulak lip mask ni dekat bibir jadi I pakai waktu malam last sekali masa skincare routine. Kadang tu sebelum nak tidur I topup lagi lip mask ni dekat bibir. Pagi esoknya bibir rasa lebih lembut, nampak pink, senang nak buang kulit kering/kulit mati yang ada pada bibir. 



Tak payah susah-susah dah nak exfoliate bibir. Dulu rajin la guna gula dan madu nak scrub bibir bagi pink tapi sekarang tak payah susah dah. Guna je Laneige Lip Sleeping Mask ni. Pagi esok boleh guna air suam dan kain untuk tanggalkan kulit mati di bibir.



Bahan full,

Diisostearyl Malate, Hydrogenated Polyisobutene, Phytosteryl / Isostearyl / Cetyl / Stearyl / Behenyl Dimer Dilinoleate, Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin), Polybutene, Microcrystalline Wax, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Synthetic Wax, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Butylene / Ethylene / Styrene Copolymer, Ethylene / Propylene / Styrene Copolymer Mica, Astrocaryum Murumuru Seed Butter, Titanium Dioxide, Dimethicone, Fragrance / Parfum, Polyglyceryl-2 Diisostearate, Dehydroacetic Acid, Methicone, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Sunset Yellow (Yellow 6), Pigment Red 57 (Red 6), Polyhydroxystearic Acid, Water (Aqua) , Potassium Alginate, Propanediol, Glycerin, Alcohol, Lycium Chinense Fruit Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Fruit Extract, Fragaria Chiloensis (Strawberry) Fruit Extract, Rubus Idaeus (Raspberry) Fruit Extract, Sapindus Mukorossi Fruit Extract, Vaccinium Angustifolium (Blueberry) Fruit Extract, Rubus Chamaemorus Seed Extract, Coffea Arabica (Coffee) Seed Extract, Chenopodium Quinoa Seed Extract, Magnesium Sulfate, Calcium Chloride, Sodium Hyaluronate, Beta-Glucan, Manganese Sulfate, Zinc Sulfate, Ascorbyl Glucoside 



Pertama kali I pakai lip mask ni, pagi esoknya rasa macam bibir bengkak. I ingat I tak sesuai ke apa dengan produk ni. Risau jugak. Tapi dua tiga hari lepastu I cuba lagi pakai dan nasib baik okay je. Perasaan I je kot bibir rasa bengkak sebab produk ni ada tulis bibir akan rasa lebih plump macam tu. Jadi I dah pakai banyak kali ni memang tak ada kesan iritasi, gatal-gatal atau allergic. Kalau korang pakai satu produk pada bibir lepastu rasa gatal ataupun ada biji-biji gatal naik lebih baik stop. Memang tak sesuai la tu sebab I pernah beli lip balm berwarna jadi macam tu. Trauma.






Tekstur lip mask ni macam krim la lebih kurang. Senang je nak sapu pada bibir. Bila I pakai memang rasa macam pakai sesuatu pada bibir tapi tak ada la rasa teruk sangat dia punya heavy tekstur tu. Bau dia pulak macam manis berry so yummy! I suka bau dia tapi bila pakai tak ada bau yang kuat pun. Isi dia dalam bekas jar kaca. Kecil je jar dia so senang nak simpan atau nak bawa mana-mana.



Nak travel pun senang bawa. Dalam box lip mask ni ada spatula kecil comel untuk korang guna sapu lip mask ni tapi I dah tak ingat I simpan mana spatula tu hahahha. I sapu guna jari je pada bibir. Agak tak bersih tapi pastikan la jari sendiri bersih. Pada I walaupun harga dia mahal tapi berbaloi sebab pakai sikit je pada bibir lepastu 20g tu boleh tahan banyak la untuk bibir sahaja sampai setahun baru habis agaknya.



Kalau bibir korang bermasalah boleh la cuba Laneige Lip Mask ni. Bibir pun rasa lembap je sepanjang hari. 








Laneige Lip Sleeping Mask Untuk Bibir Kering

Hai,



Alhamdulillah berjaya juga I nak buat giveaway untuk tahun 2019 ni. Ingatkan tak kesampaian sebab dah nak bulan July ni I tak sempat lagi nak buat giveaway untuk blog. Tapi nasib baik ada kelapangan. Salah satu misi untuk blog I akan tertunai yeay.



Jadi untuk giveaway kali ni hadiah dia memang dekat dengan I. Skincare! I memang pengguna skincare tegar hahahah. Kalau boleh semua skincare I nak cuba nak tengok keberkesanannya. Jadi kalau korang baru singgah blog I ni jangan lupa baca entry dan blogpost yang lain okay.



Walaupun hadiah tak banyak mana dan tak mahal mana tapi I harap berguna la untuk pemenang nanti. Semua hadiah yang I akan berikan semua I dah pernah cuba dan best.






Atas ni antara hadiah yang akan I berikan kepada pemenang.



1) The Face Shop Rice Water Cleanser | The Face Shop Rice Ceramide | ABloom Lemon Lime Mask Sheet | ABloom Watermelon Mask Sheet




Keempat-empat produk dekat atas ni semua I dah cuba. Yang cleanser dua tahun lepas kot I guna. Kulit rasa lembut je dan tak mengeringkan. Rice Ceramide toner tu pula, I tengah guna sekarang. Dah separuh botol dan I suka sangat! Dia bukan macam toner biasa tapi toner yang lebih pekat, buat kulit lembap dan glowing. Nanti I update full review toner tu okay.



Yang sheet mask ni pula I dah restock dua kali sebab best. Kulit jadi lembap dan glowing jugak. Boleh baca full review Althea A'Bloom Sheet Mask ni dekat SINI



2) Althea Watercolor Cream Tint | ABloom Lemon Lime Mask Sheet | ABloom Watermelon Mask Sheet





Sama juga watercolor cream tint tu I pilih code favourite I. Tap code rahsia hahahha. I suka gila cream tint Althea ni sebab tak mengeringkan bibir I dan warna dia cantik! Pigmented gila dah makan pun still ada warna lagi. So I nak share cream tint favourite I dengan korang jugak.



Cara nak join Giveaway? 




Syarat penyertaan Giveaway

1. Follow blog Airah Syahirah. (Widget followers ada dekat sidebar)
2. Follow facebook page Airah Syahirah Blogger
3. Follow instagram @shesyeeraa
4. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"(Backlink kan banner okay)
5. Tinggalkan link entry dekat bahagian komen



Giveaway ni akan berlangsung dalam bulan Julai dan August serta akan ditutup dalam bulan August juga. Pemenang akan dipilih melalui konsep lucky draw. Jadi jum la ramai-ramai join okay. Giveaway akan terbatal sekiranya kurang dari 50 penyertaan.










Skin Care Giveaway by Airah Syahirah

Blackhead? Pori besar? Kulit berminyak? Semua ni memang mengganggu untuk dapatkan kulit cerah berseri tanpa masalah. Ada yang rela tahan sakit, buat itu ini untuk dapatkan kulit bersih. I memang tak rela la nak buat treatment atau petua atau macam-macam cara yang menyakitkan dalam bab-bab kulit ni. I tak tahan sakit hahahha sebab tu la kalau boleh I nak guna produk dan cara yang tak menyakitkan tetapi memberikan hasil.



Kenapa nak guna produk bukan-bukan kalau boleh guna A'bloom BHA Blackhead Blaster? I dah banyak kali guna A'bloom BHA Blackhead Blaster ni sejak terima produk ni. Dalam seminggu, I guna dua tiga kali. Hasil dia memang best! Paling penting tak menyakitkan.





 Produk : A'bloom BHA Blackhead Blaster
Harga : RM19
Website : Althea






Packaging dia comel dan kecil je. Senang nak bawa travel, nak selit dalam beg skincare. Kadang botol besar-besar ni memang leceh nak bawa ke mana. Lagi-lagi packaging jenis kaca tu kan. Berat. Tapi I gigih je bawak ke mana-mana. Lagipun packaging dia plastik, tak ada risau pecah ke apa. I pernah je terjatuhkan dalam bilik air tapi bekas dia tak ada retak.



Tekstur dia pulak jenis solid. Bukan cair tau. Boleh bayangkan bekas lipstik macam tu la kalau nak guna A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni. Pulaskan je bekas dia nanti isi dia keluar macam bentuk lipstik tu.






A'bloom BHA Blackhead Blaster ni cara nak guna dia kena pusingkan untuk keluarkan produk. Lepastu boleh la sapu pada bahagian yang bermasalah. I akan guna lepas cuci muka. Bahagian yang I sapukan pula pada dahi, hidung, pipi dan dagu.



Lepas dah sapu A'bloom BHA Blackhead Blaster, urut pada kulit dalam beberapa minit lepastu boleh bilas. Terus rasa kulit licin, lembap dan bersih. Tak ada rasa pedih atau sakit pun. Terasa kesan serta merta. Sebab tu I rajin guna dalam 2,3 kali seminggu.






A'bloom BHA Blackhead Blaster ni berfungsi untuk membersihkan kulit daripada blackhead dan kotoran yang melekat pada wajah. Pori pun akan lebih bersih. Tak akan rasa pedih atau sakit pun bila gunakan produk ni sebab tak ada harsh chemical atau bahan kasar untuk scrub kulit yang digunakan dalam ni. 



Bahan yang digunakan pula seperti BHA dan Apricod Seed Powder jadi BHA boleh berfungsi sebagai chemical exfoliation dan apricod seed pula sebagai manual exfoliation. Bahan ni juga memang berguna untuk membersihkan kulit dengan mendalam. Charcoal dan tea tree extract pula membantu mengawal pengeluaran sebum jadi kalau korang mempunyai kulit berminyak memang sesuai la nak gunakan produk ni.



Produk ni juga boleh membantu dari whitehead dan blackhead dari terbentuk. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit dari kotoran blackhead, whitehead ni tau. Bukan sahaja boleh digunakan pada muka, tapi nak exfoliate bahagian badan pun boleh. Try la. Kalau korang risau produk ni menyebabkan iritasi boleh guna pada bahagian badan dulu kan.





Tapi pengalaman I guna memang best. Kalau dah habis yang ni memang akan beli lagi satu. Adik I pun suka sibuk nak cuba jugak sebab dia ada masalah blackhead jugak. Sesuai la kalau korang jenis kulit kombinasi atau berminyak. Kalau nak lebih berkesan, sebelum gunakan A'bloom BHA Blackhead Blaster wapkan muka dulu. Bagi pori terbuka jadi boleh la produk ni membersihkan lebih lagi. I rasa kalau korang baru nak berjinak guna BHA boleh cuba produk ni dulu mana la tahu BHA tak sesuai dengan kulit ke tak ada la membazir beli produk yang lebih tinggi kandungan BHA dia kan.




Lawan Blackhead Dengan A'bloom BHA Blackhead Blaster

Selamat Hari Raya! Alhamdulillah masih berkesempatan nak lalui Ramadhan dan raya tahun ni. Siapa yang masih beraya dan tak habis-habis pergi open house tu bestnya! I jealous dekat sini sebab I beraya sampai raya ke lima je tsktsk. Tapi tak apa bersyukur sebab nasib tahun ni lagi baik dari nasib tahun-tahun lepas.



Tahun ni berkesempatan nak beraya  dekat dengan family di Perak. Tahun-tahun lepas raya dekat JB je sebab Aiman kerja. Tahun ni dia minta cuti dan dapat memang best la dapat puasa dekat Perak dan raya sekali walaupun kejap.



Walaupun lima hari je beraya tapi jadual padat gila! Banyak rumah nak ziarah, banyak tempat nak pergi. Memang busy beraya sampai balik JB dah sakit demam, batuk dan suara serak. Tak pernah I sakit sampai macam ni sekali hahahahha raya punya pasal. Korang nak beraya jangan sampai jadi macam I okay. I sakit bukan sebab makan tak ingat dunia tapi busy kesana sini sampai lupa nak minum air cukup dan rehat cukup-cukup. Ni dah balik JB memang rehat je puas-puas.



Nasib la Ayhan tak jangkit sakit I. Ikutkan memang teruk la sampai tak ada suara dan batuk demam ni tapi dia relax je. Aiman pun sama sakit macam I. Sekarang dah kurang sikit harap tak ada la jangkit dekat budak kecik ni.



I nak share gambar raya je sebab rasanya juadah beraya tak sempat ambil gambar pun hahaha. Busy tangkap gambar family, ootd, selfie semua la.





Pagi Syawal pertama dekat rumah I. Siap semua hidangan  dan dah balik dari masjid terus sesi bermaafan.











Lepastu terus pergi rumah mertua I. Sesi bergambar satu family dan gerak pergi rumah opah pulak. Best rumah dekat-dekat ni tak ada nak kecoh beraya rumah siapa hahahha. Kalau pasangan yang duduk berlainan negeri lepastu tak nak kalah nak beraya dekat mana lagi la pening kan.



Sambung beraya ke rumah lain-lain sampai la dah penat nak beraya dah.








Raya kedua pula tema maroon. Raya kedua tak sempat nak tangkap gambar bebanyak sebab busy beraya. Memang manfaatkan masa beraya dengan sembang dan makan.




Raya ketiga pula tunggu tetamu datang rumah. Raya keempat I sempat pergi kenduri tunang kawan I lepastu sambung beraya dekat Mykori Desert Cafe dan The Alley. Biasa la lepas dah dua tiga hari makan lemang rendang nasi impit, tekak rasa nak makan benda lain pulak. Next entry I share apa yang I dah try di Mykori dan The Alley okay.



Raya kelima I satu family pergi hantar anyah dengan ayang balik study dekat Penang dan Kedah. Kemain jem teruk orang nak balik menghala ke selatan masa tu. I otw balik tengah malam nak balik semula ke Perak pun jem teruk! Macam mana la orang yang hadap jem nak balik utara ke hujung selatan kan. Memang ahad raya kelima tu peak la semua orang balik. Nasib baik I balik JB hari isnin raya ke enam jem sikit-sikit je boleh tahan lagi. Apa pun sentiasa berhati-hati okay pergi beraya tu.



Selamat Hari Raya korang!










Raya 2019

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.