Yummy A'Bloom Sheet Mask



Sheet mask antara salah satu step dalam penjagaan wajah yang selalu orang anggap tak penting sangat. Orang tu I la hahaha. Dulu tak tahu sheet mask ni boleh buat apa pada kulit muka so tak payah la pakaiiii..... Lepas dah pakai, baru rasa kesan dia bestnya. Lepastu ada pulak masa terpakai sheet mask sampai pagi esoknya. Tak elok sebenarnya macam tu okay.



Sheet mask pakai 15-20 minit je macam yang tertulis pada packaging dia. Kalau pakai sheet mask lama-lama nanti dia menyerap essence mask tersebut dan serap kelembapan kulit sekali so macam tak ada function pun pakai sheet mask. Boleh buat kulit kering jugak.



Jadi cara I pakai sheet mask, lepas cuci muka, pakai toner lepastu pakai serum. Kemudian baru sheet mask. Pakai dalam 15-20 minit. Dah settle bukak mask tu dan urut lebihan essence pada kulit. Kadang dalam paket mask tu ada lebihan essence kan. I sapu juga pada kulit sebab rasa macam membazir je biarkan tak guna hihi. Bahagian leher pun I sapu jugak.



Paling best kalau sheet mask tu simpan dulu dalam fridge bagi sejuk. Pakai dekat muka sejuk je.





Sheet mask yang I baru cuba baru-baru ni dari koleksi A'Bloom Althea. Mask ni merupakan sheet mask terbaru keluaran Althea tau. Ada empat jenis iaitu


A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet



I dah cuba keempat-empat jenis mask ni. Memang best. Salah satu tarikan utama yang I suka sebab packaging dia comel! Siapa je yang tak suka benda-benda comel macam ni kan. Nama dia pun comel. 


Water-Me-Long


A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, sheet mask yang berfungsi untuk melembapkan. Tembikai kan memang memberi banyak air kalau kita makan. Salah satu buah favourite I adalah tembikai. Sheet mask ni membantu kalau korang ada bahagian kulit yang kering. Kalau ada redness pun membantu juga. Kulit pun akan nampak lebih berseri sebab cukup lembapan.


Avo-Cuddle-Me


A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet. Avocado kan kaya dengan antioksida membantu sebagai anti aging. Kalau tak nak kulit tua sebelum usia boleh la pakai konsisten mask ni tapi semestinya kena dengan gabungan skincare routine yang sesuai. Kulit akan lebih anjal dan lembap.


Sparkle-Me-Bright


A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet. I rasa ramai yang suka dan akan cari mask yang memberikan kecerahan kepada kulit. Mask ni boleh membantu mencerahkan parut jerawat. Bahan seperti vitamin c dari lemon, green tea dan niacinamide memberikan kulit yang cerah dan berseri.


Ac-Me-Peach


A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Mask peach ni pula sesuai untuk korang yang ada masalah kulit jerawat dan pori besar. Membantu untuk kulit lebih bersih dan mengurangkan redness. Bila masalah kulit ni dapat diatasi, kulit mesti la nampak lebih bersih, licin dan cantikkan.



I memang suka kesemua koleksi sheet mask A'Bloom ni. Kulit I suka, kulit lagi lembap dan berseri. Kalau pakai sebelum pakai makeup, makeup nampak lebih cantik sebab kulit cukup hydration. Memang salah satu tips nak makeup nampak cantik, tolongla bagi muka lembap dengan produk yang boleh bagi kelembapan okay. 



Kertas sheet mask ni pun jenis lembut macam jelly. Paling best dia sesuai dengan ukuran muka I. Tak ada la bahagian mulut tak muat, bahagian mata tak muat. Ada beberapa jenis kertas mask tu I jenis koyakkan di beberapa bahagian nak bagi muat tapi A'Bloom punya series ni tak perlu pun.















2 comments

  1. i am so jelez here because the packaging is so damn cute !

    ReplyDelete
  2. kita pun suka koleksi mask ni.. dah lah berbaloi harga dia..
    kita singgah n follow sini ya!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.