Produk terbaru dari Althea + First Impression

Bulan lepas I ada terima box dari Althea. Sentiasa excited bila terima kotak pink ni tau. Althea punya produk tak pernah mengecewakan dan I pun rasa excited bila nak cuba produk dari diaorang. Baru-baru ni pula Althea lauch A'Bloom series. Produk terbaru keluaran Althea yang I dah lama tunggu.





Ada tiga produk dalam kotak pink ni.

A'bloom BHA Blackhead Blaster

Meringue Puff
A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Baby Meringue Puffs

Sheet Mask
A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet



Produk pertama yang I try mesti la sheet mask! Masa tak terima lagi kotak pink ni, I tengok dekat facebook je mask terbaru dari Althea ni. Packaging cute sangat! Nama setiap mask pun menarik. I memang suka la bab-bab benda cute ni.






Bila dah cuba mask diaorang memang best. Apa yang best? First mask I pakai sebelum makeup. Makeup nampak smooth je. I macam pelik kenapa makeup nampak lagi cantik dari biasa je. lepastu baru teringat tadi pakai A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet. Terus jatuh cinta. Kulit pun rasa lembut, lembap dan cerah. Jenis kertas mask dia tu pun lembut dan sesuai dengan saiz muka I.



Nanti entry lain I share kesan setiap mask dan bahan dia okay.






Produk kedua pula meringue puff. Tengok puff ni rasa nak makan. Comel dan lembut. Ada dua saiz, satu giant dan lagi satu baby meringue. Pertama kali I guna, I basahkan baru pakai foundation. Senang nak ratakan foundation dan memang lembut pada kulit. Tak kasar, tak keras. Yang baby meringue tu I guna untuk sapu concealer bawah mata. Baby meringue sesuai la nak guna untuk apply makeup bawah mata ke, pipi ke, shading hidung pun boleh I rasa. Sesuai untuk small area.



Cantik sangat warna pink dia. Semua orang patut ada!



Produk ketiga, A'bloom BHA Blackhead Blaster. I baru guna sekali. I sapu pada hidung, pipi dan dagu. Bahagian yang I blackhead dan minyak berlebihan boleh la sapu. Lepastu urut dalam beberapa minit. Lepas bilas terus macam wow. Kulit rasa bersih dan licin. Baru sekali guna kotttttt. Best!






Tapi dia ada bau sikit. Bahan yang digunakan adalah natural BHA, charcoal dan apricot seed powder so mungkin bau dari bahan-bahan ni. I tak sabar nak konsisten guna A'bloom BHA Blackhead Blaster ni. Harap blackhead dan segala minyak semua dapat dikawal dan nyah dari kulit I.



Next entry I share full review dan kesan lebih mendalam pada kulit I okay so tunggu.








3 comments

  1. ok serious jelez tgk semua org post pasal althea. sbb packaging dye cute gilaaaaaa

    ReplyDelete
  2. suka tengok packagingdia, cute!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.