Review Medi Heally Herb Warm Pack

Macam-macam cara kita orang perempuan buat untuk melegakan sakit bila period/datang bulan kan? I pun masa period kerap juga buat tuam hot bag, sapu minyak angin dan kalau sakit sangat pun makan panadol. Tapi sebelum ni I tak pernah ada senggugut yang teruk pun. Macam biasa la rasa lenguh, sakit perut, tak selesa, mood swing semua tu confirm salah satu ada. 



Haritu dekat entry sini, I ada shopping Medi Heally Herb Warm Pack dekat Althea. Masa cuci mata pilih barang dekat Althea macam eh best jugak benda ni. I plan beli warm pack ni untuk guna masa berpantang nanti. Dah get ready barang untuk berpantang masa tu haha. Yes memang I guna warm pack ni masa pantang. Sangat berguna!





Produk : Medi Heally Herb Warm Pack
Harga : RM13
Website : Althea.kr



Jadi untuk hari ni I nak share pengalaman guna Medi Heally Herb Warm Pack. I beli tak silap tiga kotak terus. Dalam satu kotak ada 3 pack individu herb warm pack. Jadi kalau korang tak nak bawak satu kotak terus, boleh je bawak paket individu dia. Paket pun kecil je. Boleh selit mana-mana, tak makan ruang yang banyak.



Nama warm pack, betul ke panas? Bagi I memang terasa panas pack ni bila letak pada bahagian bawah perut. Selesa sangat! Rasa panas dia bukan la panas macam tuam guna batu atau hotbag ke apa. Panas yang selesa. Panas dia just nice untuk melegakan sakit atau ketidakselesaan. Bagi I sesuai sangat kalau korang jenis busy tak sempat nak guna hot bag atau benda lain, Medi Heally Herb Warm Pack ni cuma perlu bukak je paket dia, bukak sticker semua dan lekatkan pada panties bahagian bawah perut. Siap! Lepastu boleh sambung buat kerja.


Bahagian sticker untuk essential oil


Bahagian sticker untuk lekat



Produk ni adalah self heating pack dengan aroma essential oil. Bau dia menenangkan. Bau herba campur wangi-wangi sikit. Sesuai kalau nak masukkan dalam me time routine korang. Sambil berehat, manjakan diri dengan bau essential oil produk ni. Tapi dekat website Althea ada tulis jangan lekat warm pack ni pada kulit terus. Kena alas baju atau apa-apa laa okay.



Antara essential oil dan herba yang digunakan adalah Wormwood Extract, Lavender Extract, Chamomile Extract, Rose Extract, Ylang Ylang Extract, Clary Sage Extract dan Fennel Extract. Setiap bahan yang digunakan mempunyai fungsi tersendiri tidak kira untuk luaran, dalaman mahupun untuk mental korang.





I guna masa pantang. Dah masuk ward bila je ada masa nak siapkan hot bag, tungku ke kan jadi I Cuma guna warm pack ni. Senang. Seminit je dah boleh rasa badan lebih selesa dan panas. Selain itu korang boleh guna masa period, kalau rasa sejuk dan bila rasa perut tak selesa produk ni dapat membantu jugak. Kepanasan dia memang tahan lama. I pakai malam, esok pagi masih terasa suam-suam dia. Setiap individu paket dia boleh guna sekali je tau. Jangan guna dua tiga kali pulak.



I dah guna tiga kotak, bagi I walaupun benda ni nampak remeh tapi sangat membantu I. Lepas ni memang nak restock stok dekat rumah ni. Senang tetiba tak selesa, benda dah ada. Kalau korang berminat nak beli boleh tekan LINK SINI. Kalau nak 20% off pulak untuk pembelian pertama boleh guna LINK I dekat SINI.






1 comment

  1. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    Jom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/
    . Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    . Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    . Komen yang baik2 sahaja ye..
    . Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.