Pregnancy Diary : Maternity pad dan barang baby

Pregnant diary kali ni I nak share apa yang I beli lagi la hahahha. I rasa setiap kali I beli apa-apa, semua nak masuk blog. Sharing is caring kan. Untuk kali ni I beli tiga barang je. Tiga-tiga ni I beli dekat farmasi belakang rumah sebab lagi murah dari beli dekat drugstore. Farmasi tu pun I ada kad ahli dia so dalam masa yang sama boleh la kumpul point.



Nama farmasi ni Alpro tak silap I. I beli maternity pad, baby trial kit dan baby balsam. Untuk maternity pad ni memang dah lama I survey nak beli jenama apa dan jenis macam mana. Macam-macam cadangan ada dan konklusi I, selagi tak tempuh sendiri, selagi tu tak tahu mana yang sesuai dengan kita kan hahaha. Setiap orang kan ada lain-lain pendapat dan lain-lain preference. Ikut kesesuaian sendiri. Jadi I pun beli la tuala bersalin jenama Madame. I ingat dia ada jenis macam pampers ikat macam yang I pernah baca dekat blog orang lain tu.






Rupanya ada juga jenis pad dan lebih panjang serta tebal. I harap I selesa la pakai pad macam ni lepas bersalin nanti. Selain itu I plan jugak nak beli pas biasa jenama libresse yang I selalu guna tu. Ramai jugak cakap guna pad biasa pun okay. Nanti lepas dah lalui pengalaman bersalin, I share pad mana dan apa yang sesuai okay haahha.





Kedua, Baby Sebamed Starter Pack. I beli jenama Sebamed ni sebab rasa dia sesuai untuk kulit sensitive baby. Memang banyak sangat jenama yang ada yang lembut pada baby so I plan nak beli je jenis trial kit macam ni dan test satu-satu. Lepastu nanti boleh share dekat blog lol. Itu pun kalau sempat nanti dah ada baby nak menaip lagi. Harap sempat la. 





Untuk starter pack ni I dah survey harga dia dekat Watsons, Guardian, Caring, beberapa pasaraya. Memang boleh tahan mahal. Nasib baik la dekat farmasi yang I beli ni harga dia paling murah I pernah jumpa so jimat sikit dari beli tempat lain. Harga dalam RM27 tak silap I. Untuk set ni ada diaper cream, baby lotion dan baby wash. So I skip beli diaper cream dulu. Guna je yang dah ada dalam set ni sebab haritu I dah plan nak beli Sudocream. Nanti la beli.



Yang terakhir adalah Vicks Baby Balsam. I tengok ramai mak-mak guna produk ni so I pun beli sekali. Botol dia cantik warna pink ! Lagi excited I nak cuba walaupun bukan untuk I haha. Untuk produk ni guna bila baby dah 3 bulan ke atas je tau I baca dekat kertas dia. Kalau baby kecik-kecik lagi tu macam ada masalah kesihatan apa-apa terus bawak jumpa dokter okay.





Itu je I nak share buat masa sekarang. List beli barang baby dengan mommy baby sampai sekarang tak complete lagi sebab beli sikit-sikit lepastu I rajin nak pergi survey semua tempat termasuk la online haha so ambil masa sikit. Beg hospital pun I baru kemas haritu. Harap baby keluar ikut due date dia la sebab beg hospital tak complete lagi lol.









3 comments

  1. hihi bab ni x reti nak komen.. x pernah lalui lagi =P

    ReplyDelete
  2. akak dulu masa nak bersalin anak 1st beli jugak maternity pad mcm tu. tp serius tak selesa langsung. pads tu jenis mudah terpenyek bila terkepit. lagi2 kalau darah byk memang akan stain pd panties. so akak guna sikit je lepas tu terus tukar guna pads biasa yg wings, lagi senang dan selesa. dan tak bergerak. sampai anak dah 4 kalau bersalin akak guna pad wings je senang.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.