Pregnancy Diary : Laundry Baju Baby

Akhirnya ada jugak hari yang I rajin nak membasuh semua baby, selimut baby, napkin baby. Sebelum ni plan je nak basuh last-last lagi suka baring bersenang lenang atas katil haha. Mood I masa mengandung ni kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas gila nak buat apa-apa. Jadi bila dah rajin tu gunakan la sepenuhnya nak buat apa-apa. Kadang tu dah biasa sangat buat kerja separuh jalan sebab malas dan tak larat hahaha. Harap lepas bersalin nanti kerajinan I kembali seperti biasa la.



Jadi hari rajin ni kita laundry semua baju baby. I dah siap buang semua tag harga dan bahagikan barang dalam dua plastic. Satu plastic isi baju, booties, mitten dan satu lagi isi selimut, napkin. Saja je I bahagi dua so tak banyak sangat dalam satu cucian.





Haritu I ada google dan baca dekat facebook, cara yang betul untuk cuci baju baby. Yela baju dia dah la semua keekcik comel, lepastu risau jugak penggunaan pencuci baju ni kulit baby kan masih sensitive. Sebab I pun pertama kali nak melalui benda ni lagi baik I baca pengalaman orang lain dulu dan macam biasa la macam-macam pengalaman dan pendapat.



Ada yang tulis kalau nak basuh baju baby lebih baik basuh guna tangan sebab tak susah mana pun nak basuh, baju baru bilas-bilas macam tu je. Ada jugak yang tak galakkan guna pencuci baju, ada yang bukan guna pencuci baju yang khusus untuk baby tapi guna yang biasa punya je. Bagi I semua bergantung pada keadaan baby kan. Kalau bab basuh baju baby guna tangan tu, I baca ramai je yang guna mesin basuh sebab bukan semua orang rajin nak basuh guna tangan. Dah la banyak !



Yang bab pencuci kain pula, bergantung pada kulit baby. Kalau kulit baby okay je bila korang guna pencuci baju biasa, boleh la teruskan. Kalau macam sensitive sikit, boleh guna pencuci baju yang khusus untuk baby. Kalau sensitive sangat, jangan guna pencuci.






I guna pencuci baju yang khusus untuk baby. Beli masa dekat expo baby haritu. I beli yang dalam botol 1, dua refill. Next expo ni I ingat nak tambah lagi beli pencuci baju baby. I tak ada masalah kulit apa-apa, Aiman pun sama jadi I harap baby pun tak ada masalah la nak terima apa-apa jenis pencuci baju Amin.



I pun cuci baju guna mesin jugak. Untuk program dekat mesin basuh tu I cuba dua jenis program. Satu mini wash dan satu lagi delicate. I dah baca manual mesin basuh tu rasa macam dedua ni sesuai untuk basuh baju baby. Yang mini wash I guna basuh baju baby. Mini wash sesuai la untuk pakaian kecik-kecik. Delicate pun jenis cucian lembut macam tu. I guna program ini untuk basuh selimut, napkin baby. Dedua I rasa okay. 



Lepas basuh baju pun tak ada pakaian yang berbulu atau luntur warna. Semua okay. Untuk pencuci baju jenama Fiffy Baby Laundry Detergent ni tak ada bleach atau whitener dan anti bakteria. Dia tulis with softener tapi masa I bau baju baby lepas cuci, tak ada la bau yang wangi sangat so pewangi pun kalau ada tak kuat, baju baby lembut dan bau segar.





I jemur baju baby dalam rumah je sebab tak perlu pun cahaya matahari yang kuat. Cepat je baju dia kering. Bukan jenis tebal pun. Selimut dan lain-lain je I jemur dekat matahari. Baju baby I dah siap beli hanger kecik dekat kedai rm2. I tak sure nanti dekat rumah mama nak simpan baju baby macam mana hahahha. Nak hanger risau habuk pulak maybe beli bekas plastic je simpan. 



1 comment

  1. oooo rupanya nak basuh baju baby pun ada steps, thx for sharing :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.