Kronologi bersalin anak pertama

Alhamdulilah. Baby dah umur sebulan harini. Jadi dah sebulan la I selamat melahirkan baby boy. Jadi entry kali ni I nak share pengalaman bersalin I. Kalau tak ada orang nak baca pun diri sendiri nak baca nanti hahaha. Bila dah share dekat blog sendiri senang nak baca semula kot-kot tetiba terlupa macam mana pengalaman bersalin anak pertama ni.



Harap nanti kalau baca semula tak ada la tetiba trauma datang hahahha. Siapa trauma bersalin anak first angkat tangan! 



12 March 2019, dah keluar tanda darah. Tapi sikit jela. Petang tu baru I perasan ada keluar tanda. I bagitau mama lepastu macam relax dulu sebab tak rasa sakit dan baby aktif macam biasa. Malam tu baru I bagitau Aiman. Aiman baru masuk kerja malam terus minta cuti kecemasan dan tengah malam gerak balik dari JB ke Perak. I memang relax je buat macam tak ada apa sebab darah sikit je lepastu baby aktif dan I tak sakit haha,



13 March 2019. Aiman sampai rumah subuh tu. Darah I memang ada keluar lagi tapi sikit. Sebab I tak sakit I suruh la Aiman tidur je. Nak dekat tengah hari nanti baru pergi hospital. I pun sambung tidur sampai tengah hari. Kalau Aiman tak balik Perak pun ayah I ada je nak hantarkan pergi hospital. Family in-law pun semua dah ready in case I nak bersalin dah, call je.



Tengah hari tu baru siap lunch semua dan ready pergi hospital. I pergi Hospital Batu Gajah sebab plan nak bersalin dekat situ je. Dekat, senang family nak datang. So I tidur la semalaman dekat hospital. Sebelum ni tak pernah pun tidur hospital hahaha. Excited tengok ramai ibu mengandung, baby, pakai baju pink. Tak sakit lagi excited la. Dah sakit nanti semua benda tak kisah.





14 March 2019. Pagi tu doctor datang buat lawatan. Ikutkan I dah boleh keluar wad sebab semua okay. Darah dah berhenti, I tak sakit, jantung baby okay. Tapi doctor cakap dia nak buat last scan. Tetiba scan tengok air ketuban I dah kurang. Kurang tahap macam dah tak ada. Sikit sangat. Amount dia 1 je. I dah gelabah sebab risau baby okay ke tak. Terus Hospital Batu Gajah siap semua naik ambulan hantar I pergi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. First time naik ambulan excited lagi. 



Dekat Ipoh doctor check I, bagitau apa semua blablabla. Last-last I kena induce sebab tak boleh tunggu waktu baby keluar sendiri. Pukul 4 petang masukkan ubat pertama untuk induce. Time ni relax lagi tak sakit pun. Lepas 3 jam, doctor datang lagi sekali untuk check bukaan. Bukaan masih 1cm so doctor masukkan ubat kedua dan kena tunggu tiga jam lepastu untuk check bukaan. Bukaan I masih 2-3 cm je. Sebab ubat tu boleh masuk max 3 kali macam tu je sehari so doctor cakap esok pagi check bukaan semula macam mana kan.



Malam tu I tak tidur langsung sebab tahan sakit. Menggigil satu badan. Dah la sorang-sorang dalam bilik tu. I duduk bilik yang untuk dua orang tapi katil sebelah tak ada penghuni. Dah tak fikir ada hantu dekat katil sebelah ke apa sebab tengah menahan sakit sampai la pagi next day.



15 March 2019. Pagi tu doctor check dah 4cm. Doktor cakap diaorang nak pecahkan air ketuban dan dah boleh masuk labour room. Air ketuban I pun tak ada tapi still pecahkan jugak haha. I tak sure bila air ketuban I keluar sebab memang tak ada basah  masa dekat hospital batu gajah -.-



Bila dah masuk labour room baru la Aiman boleh masuk teman. Ikutkan kalau bukaan I tak buka jugak, ada kemungkinan kena czer semua nasib la elok je bukaan walaupun lama gila nak buka dan menahan sakit. 



Nurse memang jaga la selalu check jantung baby, check itu ini. Doktor, nurse keluar masuk je dari labour room tu. Aiman memang I tak lepas laaaa. Dia nak keluar pun fikir sejuta kali sebab I genggam tangan dia memang tak lepas. Wayar memang kiri kanan atas bawah dekat badan sebab nak check jantung baby, check tekanan I, lepastu I ambil epidural sekali, bertambah wayar, cucuk masuk air lagi.



4:45 petang. I selamat lahirkan baby boy seberat 2.9kg. Nak push tu kemain struggle penatnya! Rasa dah habis tenaga nak meneran haha. Baby berjaya keluar terus bersyukur gila dah settle tak payah teran. Lepastu mula la bab jahit luka pulak. Awal malam macam tu baru nurse tolak I masuk wad. Bermula la bab berdikari jaga baby sesorang dengan tak ada pengalaman nya hahaha. Lepasni I nak suruh Aiman kumpul duit sebab nak bersalin hospital swasta jugak. Harap murah rezeki nak kumpul duit.


Ayhan






3 comments

  1. wahhh first time baca kes air ketuban habis. Comelnya ayhan! Tahniah airah for your newborn, selamat berpantang & take extra care for yourself and ayhan as well.

    Jemput singgah https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  2. Fuh, kronologi dia seram jugak.. Nervous dia petala kelapan. alhamdulillah normal dan baby pun sehat. Ai pun sehat.. ^^

    ReplyDelete
  3. wah... pertama kali dgr... nasib Allah Permudahkan segalanya..Alhamdulillah... ayhan pon comel gilew .. geram auntie tgk
    .

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.