Giveaway Cosmoderm TTO Serum di Instagram. Jum Join! + Short Review

Serum merupakan salah satu step dalam skincare routine. Kalau tak masukkan dalam skincare routine pun tak apa tapi kalau masukkan serum, confirm kulit lebih licin dan masalah kulit dapat diatasi. Serum ni dia lebih khusus digunakan untuk masalah kulit korang. Contohnya, serum untuk kulit glowing, serum khusus untuk kulit cerah, untuk kulit berjerawat dan lain-lain.





Cosmoderm Tea Tree Oil Serum adalah serum terbaru yang I dah cuba. Sebelum ni banyak juga jenis serum yang I dah guna. Apa yang I suka serum ni berasaskan air yang diformulasikan dengan minyak tea tree dan niacinamide untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan pada wajah. Jadi bahan seperti minyak tea tree dan niacinamide yang digunakan menjadikan serum ini sesuai untuk mereka yang mengalami kulit berminyak dan kulit berjerawat. Macam I kulit berminyak dibahagian T-zone.



Antara kandungan utama serum ni adalah Vitamin B3 (Niacinamide), Aloe Vera, Chamomile dan Tea Tree Oil.



Antara kelebihannya :

- Membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih
- Membantu membersihkan pori tersumbat
- Membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan
- Membantu mengembalikan lembapan semulajadi pada kulit wajah.



Cara penggunaannya pula senang je. Lepas dah cuci muka, guna toner dan sapu serum. Urut lembut serum pada wajah. Yang I suka serum ni tak payah tunggu lama untuk serap pada kulit. Boleh digunakan pada siang dan malam. Pengalaman pertama I pakai serum ni, bangun pagi kulit rasa lembut. Sepanjang hari pula kulit rasa kurang berminyak dari biasa. Kalau konsisten pakai mesti kulit I lebih baik dari sebelum ni.






I ada buat giveaway di instagram I : https://www.instagram.com/shesyeeraa/ I mencari tiga orang pemenang untuk Cosmoderm TTO Serum ni. I nak bagi free je serum ni. Nak ke tak nak? Cara nak menang pun senang je. Korang hanya perlu cari gambar bawah ni dekat Instagram I, dan ikut syarat-syarat giveaway yang diberikan. Senang ! Lagi beberapa hari nak tamat tau giveaway ni jadi join cepat!



Join giveaway di SINI.

3 comments

  1. Noted..Nakkkk free... Later i joinnn k.... Hehee...

    ReplyDelete
  2. Syaza dulu pengguna Cosmoderm sejak 2016. Guna semua rangkaian (tapi masa tu belum ada serum kalau tak silap). BB Cream semua guna. Memang best Cosmoderm. Jerawat susah nak naik semua. Tapi start tahun ni dah bertukar kepada YOUTH Shaklee Skincare :) Dah start guna YOUTH sebab nak berhijrah pada produk organik plak and nak kulit lagi toink2 anjal hihi..

    ReplyDelete
  3. Menarik.. Lama Tk guna cosmoderm.. Ingat nak start balik nnt.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.