Sekarang ni semua orang nak kulit yang sihat, cerah dan berseri. Kalau bab kecantikkan memang tak ada yang akan ambil ringan je lagi-lagi perempuan kan. Sebab tu I pun dah mula mengamalkan KITA Beauties Pu’th





Kenapa KITA Beauties Pu’th?
KITA Beauties Pu’th berfungsi untuk mencerahkan kulit. Mengandungi superfood untuk kulit dan keperluan seharian badan, Selain itu, KITA Beauties Pu’th mengandungi antioksidan yang membantu mengelakkan kedutan dan radang



Macam I, I bukan amalkan KITA Beauties Pu’th untuk kulit putih sampai transparent ke apa. I nak tona kulit I kembali seperti asal. Pernah tak korang alami kulit satu atau dua tona lebih gelap sebab selalu terdedah pada cahaya matahari, selalu berjemur sebab buat aktiviti. Kalau biar kulit kembali seperti asal memang lambat la. Entah-entah sama je macam tu jadi dengan amalkan KITA Beauties Pu’th yang tinggi dengan vitamin C, membantu kulit lebih cerah dengan cepat. Dalam masa yang sama banyak manfaat untuk kulit.





Vitamin C sangat membantu memberikan kulit yang tegang, anjal dan lembut tanpa garis halus. Kulit berminyak, pori besar dan kulit berjerawat juga dapat dikawal dengan mengamalkan produk ni tau. 





Bahan lain dalam KITA Beauties Pu’th.
Selain tinggi dengan Vitamin C, produk ini juga mengandungi Camu-Camu. Buah yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit dan diet seharian. Kulit jadi lebih sihat, membantu liang pori dan mengurangkan radang pada kulit. Alpha Lipoic Acid pula bertindak sebagai anti oksidan. Kulit lebih cerah, tak kusam serta anjal,  licin dan berseri.



Ramuan penuh KITA Beauties Pu’th : Serbuk jus oren, Fruktos, Maltodekstrin, Vitamin C, Guar Gum, Silikon Dioksida, Camu-Camu, Asid Alfa Lipoik, Serbuk Biji Anggur, Trikalsium Fosfat, Perisa Pic.





Packaging dia pula jenis dalam kotak dan ada 10 paket kecil dalam satu kotak. Bagi I bila ada individual pek kecik macam ni senang nak bawak ke mana-mana. Nak minum dekat office, dekat luar, bawak je satu pek kecil ni. 



Cara nak minum pula ambil satu sachet dan campurkan 100ml-150ml air. Kacau sampai sebati atau kalau korang ada shaker lagi senang. Shake je. Paling penting minum air cukup untuk kesan yang terbaik. Badan kita memerlukan air yang mencukupi kerana 60% badan manusia adalah air.





Produk ni juga semestinya halal so korang tak perlu risau la. Siap ada GMP dan merupakan super health brand. Paling penting senang je kalau korang nak beli. Ada dijual secara ekslusif di Guardian. Bila produk yang dijual di drugstore ni semestinya boleh dipercayai kan? KITA Puth make your skin & body happy.



Website : www.kitabeauties.com/
Instagram : https://www.instagram.com/kita_beauties/
Facebook : kita beauties
Guardian : https://guardian.com.my/index.php/pbrand/kitabeauties.html








Kulit Lebih Cerah Dengan KITA Puth

Pernah tak rasa kembung perut? I rasa semua orang pernah kena kembung perut sebab kembung perut ni boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Kembung perut disebabkan oleh angin berlebihan yang dikeluarkan oleh badan. Kadang tu tersseksa nak keluarkan angin berlebihan tu. Kalau angin tu okay je keluar melalui sedawa tak apa la. Tapi kalau angin tu tersekat susah nak keluar lagi la merana nak cuba keluarkan.


Ni perut kembung bukan nak terberanak tau hahahha


Selain sedawa, perut pun akan terasa kembung macam orang mengandung padahal mana ada mengandung pun ! Baby I dah keluar dah laa. Puncanya kembung perut ni la. Kalau lelaki yang kembung perut tak kan mengandung jugak kan hahah.  


Jadi salah satu cara I untuk redakan kembung perut ni dengan mengamalkan Surya Apple Cider Vinegar. Wajib simpan stok Surya ACV ni dekat rumah tau. I beli dekat Lazada je harga memang berbaloi. Kalau korang tengok, selalu jugak ada sales untuk Surya ACV ni. I suka beli dekat Lazada sebab barang cepat je sampai tak payah susah-susah nak keluar rumah. Lepastu tak perlu risau botol pecah sebab botol Surya ACV ni dibalut dengan kemas dan tebal. Insha Allah tak pecah sebab barang I sampai dengan selamat.






Kalau tak nak beli dekat Lazada, produk ni boleh juga didapati di semua cawangan Watsons, Butik Himalaya dan farmasi-farmasi yang berdekatan kecuali Guardian. Yang selalu shopping dekat Watsons tu jangan lupa ambil sebotol Surya Apple Cider Vinegar juga sebelum membuat pembayaran di kaunter. 



Kenapa Surya Apple Cider Vinegar?
Surya ACV ni mempunyai kelulusan Halal, rasa yang sedap, berkualiti tinggi, tidak mempunyai bahan pengawet, menggunakan 100% madu asli dan diperakui oleh HACCP





Surya ACV ni memang sesuai la untuk jadikan minuman kesihatan sebab membantu untuk detox badan, melegakan ketidakhadaman dan memberi bantuan kepada penyerapan zat besi. Jadi kalau korang ada mengalami masalah kembung perut, sembelit, nak cuba turunkan berat badan, boleh la ambil Surya ACV ni. Bahan utama seperti Apple Cider Vinegar sendiri mempunyai banyak manfaat seperti membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan kesihatan jantung, mengawal tahap gula dalam darah dan banyak lagi.



Madu Asli pula mengandungi antifungal dan antibakteria untuk penyembuhan luka dan menguatkan sistem imun. Cara penggunaan, campurkan dua sudu ataupun 30ml Surya Apple Cider Vinegar dengan 180ml air suam. Kacau dan minum selepas makan. 









Rasa dia? Sedap! I dah rasa Surya ACV tanpa campur air dan yang dah dicampur air. Dua-dua sedap. Dia bukan rasa masam yang sampai ke otak tu tapi rasa manis yang sedap mungkin dari madu asli yang digunakan. I rasa semua orang boleh telan Surya ACV ni tak perlu risau tak kena dengan selera atau tekak. Satu family I dah cuba dan semua suka. Sebab tu kena simpan stok banyak-banyak. 



Sebagai langkah pencegahan kepada kembung perut
- Korang kena ambil berat cara hidup dan apa yang korang makan. 
- Cuba makan makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap dan makan perlahan-lahan. 
- Jangan makan laju-laju sampai kunyah pun macam tak sempat je. 
- Kalau korang tau jenis-jenis makanan yang boleh buat korang kembung perut, cuba elakkan atau makan sedikit sahaja.
- Kurangkan makan makanan bergorang dan berlemak. 
- Pokok pangkalnya cuba jaga pemakanan korang okay. Bersederhana ketika makan. 





Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/










Surya Apple Cider Vinegar Sahabat Kembung Perut

Pernah tak rasa malas gila nak masak lepastu lagi rela lapar dari pergi dapur dan mula masak? Atau pernah tak rasa membazir masa lama-lama dekat dapur cuma nak sediakan hidangan je? Kalau I, bila kena kejar masa, kena buat banyak benda dan kena settlekan semua benda dalam tempoh yang singkat, kadang nak makan pun lupa. Bila dah sibuk sangat buat kerja kan, makan pun bukan jadi benda penting dah.



Padahal makan tu salah satu benda yang penting dan wajib makan ikut waktu kalau nak jaga kesihatan. Sebab tu I teruja bila Lioco Food Industries Sdn. Bhd keluarkan produk ready-to-eat, hidangan yang memerlukan tiga minit sahaja untuk disediakan. Bukan sahaja tempoh masa penyediaan yang singkat, tetapi produk ni pun tak ada MSG, tak ada bahan pengawet dan tidak perlu simpan dalam peti.



Dan yang paling penting sekali bagi kita sebagai muslim, produk ni halal.  Nak tahu produk apa yang Master Pasto keluarkan? Taraaaa….






Instant spaghetti. Spaghetti ni lagi senang dari mee segera. Dah siap dimasak jadi hanya perlu panaskan dan boleh terus makan. Ada tiga perisa enak seperti Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Carbonara with Chicken dan Spaghetti Aglio Olio with Chicken







Jujur I cakap lepas rasa je spaghetti ni, serius macam masak sendiri. Rasa kuah spaghetti semua cukup rasa, bukan rasa biasa-biasa je. Spaghetti dia pun bukan jenis murah, sedap dimakan bersama kuah spaghetti tu. 



Cara penyediaan ada dua cara yang boleh digunakan. Satu guna air panas mendidih. Kedua guna microwave. I guna cara pertama tu sebab senang. Kalau korang pergi travel ke, duduk asrama ke memang best beli Master Pasto spaghetti ni untuk jadikan hidangan. Mudah dan cepat. Cara penyediaan pun tak rumit mana. Kadang bila travel susah nak cari makanan halal atau yang kena dengan tekak jadi sediakan awal-awal stok spaghetti Master Pasto.






Harga pun berbaloi. Boleh check facebook dan laman web diaorang untuk harga okay. I pun rasa kena beli stok simpan dekat rumah. Nak dekat puasa ni memang senang nak sahur ada makanan yang cepat disediakan. 






Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco




Hidup lebih mudah dengan Master Pasto

Akhirnya ada jugak hari yang I rajin nak membasuh semua baby, selimut baby, napkin baby. Sebelum ni plan je nak basuh last-last lagi suka baring bersenang lenang atas katil haha. Mood I masa mengandung ni kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas gila nak buat apa-apa. Jadi bila dah rajin tu gunakan la sepenuhnya nak buat apa-apa. Kadang tu dah biasa sangat buat kerja separuh jalan sebab malas dan tak larat hahaha. Harap lepas bersalin nanti kerajinan I kembali seperti biasa la.



Jadi hari rajin ni kita laundry semua baju baby. I dah siap buang semua tag harga dan bahagikan barang dalam dua plastic. Satu plastic isi baju, booties, mitten dan satu lagi isi selimut, napkin. Saja je I bahagi dua so tak banyak sangat dalam satu cucian.





Haritu I ada google dan baca dekat facebook, cara yang betul untuk cuci baju baby. Yela baju dia dah la semua keekcik comel, lepastu risau jugak penggunaan pencuci baju ni kulit baby kan masih sensitive. Sebab I pun pertama kali nak melalui benda ni lagi baik I baca pengalaman orang lain dulu dan macam biasa la macam-macam pengalaman dan pendapat.



Ada yang tulis kalau nak basuh baju baby lebih baik basuh guna tangan sebab tak susah mana pun nak basuh, baju baru bilas-bilas macam tu je. Ada jugak yang tak galakkan guna pencuci baju, ada yang bukan guna pencuci baju yang khusus untuk baby tapi guna yang biasa punya je. Bagi I semua bergantung pada keadaan baby kan. Kalau bab basuh baju baby guna tangan tu, I baca ramai je yang guna mesin basuh sebab bukan semua orang rajin nak basuh guna tangan. Dah la banyak !



Yang bab pencuci kain pula, bergantung pada kulit baby. Kalau kulit baby okay je bila korang guna pencuci baju biasa, boleh la teruskan. Kalau macam sensitive sikit, boleh guna pencuci baju yang khusus untuk baby. Kalau sensitive sangat, jangan guna pencuci.






I guna pencuci baju yang khusus untuk baby. Beli masa dekat expo baby haritu. I beli yang dalam botol 1, dua refill. Next expo ni I ingat nak tambah lagi beli pencuci baju baby. I tak ada masalah kulit apa-apa, Aiman pun sama jadi I harap baby pun tak ada masalah la nak terima apa-apa jenis pencuci baju Amin.



I pun cuci baju guna mesin jugak. Untuk program dekat mesin basuh tu I cuba dua jenis program. Satu mini wash dan satu lagi delicate. I dah baca manual mesin basuh tu rasa macam dedua ni sesuai untuk basuh baju baby. Yang mini wash I guna basuh baju baby. Mini wash sesuai la untuk pakaian kecik-kecik. Delicate pun jenis cucian lembut macam tu. I guna program ini untuk basuh selimut, napkin baby. Dedua I rasa okay. 



Lepas basuh baju pun tak ada pakaian yang berbulu atau luntur warna. Semua okay. Untuk pencuci baju jenama Fiffy Baby Laundry Detergent ni tak ada bleach atau whitener dan anti bakteria. Dia tulis with softener tapi masa I bau baju baby lepas cuci, tak ada la bau yang wangi sangat so pewangi pun kalau ada tak kuat, baju baby lembut dan bau segar.





I jemur baju baby dalam rumah je sebab tak perlu pun cahaya matahari yang kuat. Cepat je baju dia kering. Bukan jenis tebal pun. Selimut dan lain-lain je I jemur dekat matahari. Baju baby I dah siap beli hanger kecik dekat kedai rm2. I tak sure nanti dekat rumah mama nak simpan baju baby macam mana hahahha. Nak hanger risau habuk pulak maybe beli bekas plastic je simpan. 



Pregnancy Diary : Laundry Baju Baby

Pregnant diary kali ni I nak share apa yang I beli lagi la hahahha. I rasa setiap kali I beli apa-apa, semua nak masuk blog. Sharing is caring kan. Untuk kali ni I beli tiga barang je. Tiga-tiga ni I beli dekat farmasi belakang rumah sebab lagi murah dari beli dekat drugstore. Farmasi tu pun I ada kad ahli dia so dalam masa yang sama boleh la kumpul point.



Nama farmasi ni Alpro tak silap I. I beli maternity pad, baby trial kit dan baby balsam. Untuk maternity pad ni memang dah lama I survey nak beli jenama apa dan jenis macam mana. Macam-macam cadangan ada dan konklusi I, selagi tak tempuh sendiri, selagi tu tak tahu mana yang sesuai dengan kita kan hahaha. Setiap orang kan ada lain-lain pendapat dan lain-lain preference. Ikut kesesuaian sendiri. Jadi I pun beli la tuala bersalin jenama Madame. I ingat dia ada jenis macam pampers ikat macam yang I pernah baca dekat blog orang lain tu.






Rupanya ada juga jenis pad dan lebih panjang serta tebal. I harap I selesa la pakai pad macam ni lepas bersalin nanti. Selain itu I plan jugak nak beli pas biasa jenama libresse yang I selalu guna tu. Ramai jugak cakap guna pad biasa pun okay. Nanti lepas dah lalui pengalaman bersalin, I share pad mana dan apa yang sesuai okay haahha.





Kedua, Baby Sebamed Starter Pack. I beli jenama Sebamed ni sebab rasa dia sesuai untuk kulit sensitive baby. Memang banyak sangat jenama yang ada yang lembut pada baby so I plan nak beli je jenis trial kit macam ni dan test satu-satu. Lepastu nanti boleh share dekat blog lol. Itu pun kalau sempat nanti dah ada baby nak menaip lagi. Harap sempat la. 





Untuk starter pack ni I dah survey harga dia dekat Watsons, Guardian, Caring, beberapa pasaraya. Memang boleh tahan mahal. Nasib baik la dekat farmasi yang I beli ni harga dia paling murah I pernah jumpa so jimat sikit dari beli tempat lain. Harga dalam RM27 tak silap I. Untuk set ni ada diaper cream, baby lotion dan baby wash. So I skip beli diaper cream dulu. Guna je yang dah ada dalam set ni sebab haritu I dah plan nak beli Sudocream. Nanti la beli.



Yang terakhir adalah Vicks Baby Balsam. I tengok ramai mak-mak guna produk ni so I pun beli sekali. Botol dia cantik warna pink ! Lagi excited I nak cuba walaupun bukan untuk I haha. Untuk produk ni guna bila baby dah 3 bulan ke atas je tau I baca dekat kertas dia. Kalau baby kecik-kecik lagi tu macam ada masalah kesihatan apa-apa terus bawak jumpa dokter okay.





Itu je I nak share buat masa sekarang. List beli barang baby dengan mommy baby sampai sekarang tak complete lagi sebab beli sikit-sikit lepastu I rajin nak pergi survey semua tempat termasuk la online haha so ambil masa sikit. Beg hospital pun I baru kemas haritu. Harap baby keluar ikut due date dia la sebab beg hospital tak complete lagi lol.









Pregnancy Diary : Maternity pad dan barang baby

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.