Pregnancy Diary : Shopping Barang Baby di Manjaku Baby Mall

Beli barang baby second round. Sebenarnya banyak lagi barang baby yang I tak beli lagi. Pengsan tengok list sebab banyak jugak yang kena beli hahahhah. Sebab baby pertama kan jadi apa pun tak ada lagi. Semua kena kumpul. I dah masuk 7 bulan pun barang tak lengkap lagi. Barang I pun banyak tak beli lagi tapi itu entry lain la baru kita cerita hihi.



Kali ni nak cerita shopping barang baby dekat Manjaku Baby Mall Tampoi yang terletak di Damansara Aliff. Kedai baby ni dekat sangat dengan rumah tapi ni baru pertama kali I pergi. I pergi lepas maghrib. Kedai ni tutup pukul 10 tak silap I. Masa I sampai pun memang ramai la yang shopping barang baby.



Rambang mata tengok semua kelengkapan baby dan kanak-kanak. Kedai ni memang besar. Terletak di lot kedai tiga tingkat dan ada dalam lima kedai kot dia punya besar. Memang puas kalau korang nak shopping barang baby dekat sini, semua ada. I rasa nak ambil semua benda. Ini pun I tak habis explore lagi sebab Aiman dah lapar -.- Kalau tak memang lama lagi la dalam tu.





Antara barang yang I beli adalah baby blanket yang sekali hoodie ni. Comel ! Banyak sangat pilihan dan yang I perasan makin comel printed dekat blanket tu, makin mahal harga dia hahhahha jadi I beli yang biasa-biasa je sesuai dengan budget. Sebelum ni tak silap I dah beli satu ke dua selimut baby tapi jenis biasa tak ada hoodie. Kali ni tambah yang ada hoodie pulak.



Kalau ada budget lebih lagi nanti memang I nak tambah lagi selimut baby bertopi macam ni sebab cute ! Senang nak selimutkan baby dah siap ada hoodie. Kain yang selimut warna kelabu tu pun sedap dan lembut. Yang warna putih tu I rasa kain dia mesti senang berbulu. Nanti I update semula kalau dia berbulu okay haha.




Barang kedua yang I beli adalah baby napkins. Tak silap I banyak kegunaan kain ni. Boleh jadi alas baby, selimut, bedung, lap muak, muntah, air liur dan macam-macam lagi laa. I terus beli satu pack yang ada 10 helai ni. Siap tanya mama lagi cukup ke tak hahahaha. Rasa macam banyak jugak 10 helai tapi nanti tak cukup.



Kain ni bagi I agak kasar jugak. Kena basuh dulu tengok sesuai ke tak nanti. Tuala pun I tak beli lagi sebab risau terbeli yang agak kasar untuk kulit baby. Lepastu risau terbeli yang jenis berbulu pulak -.- I kena survey dulu review kain jenis apa yang sesuai untuk tuala baby.





Barut baby pulak I baru beli dua je. Jenis yang zap bukan jenis ikat. I ingat nak tambah lagi 3 macam tu untuk barut baby ni. I ada baca jugak ibu lain sediakan barut baby sampai 10. Tak banyak sangat ke?? I beli lima jela dulu kot rasa macam tak cukup nanti suruh je Aiman pergi beli lagi haha.





Booties dan mittens I beli 4 pasang nak matching dengan baju baru beli jugak hahaha. Sebelum ni sebenarnya dah beli booties dan mittens ni tapi I tak ingat ada berapa pasang dah. Rasa benda ni dah boleh stop beli kot. Walaupun I rasa nak beli semua sebab semua comel nak mampus tapi membazir je. Baik beli baju banyak-banyak.



Nanti pandai-pandai la nak matchingkan booties dan mittens ni dengan baju-baju yang dah beli.







Baju baru pulak I beli 4 pasang lagi. Aiman macam ‘kenapa banyak sangat baju lubang-lubang’ hahahha I risau baby panas je nanti. Nak pakai barut lagi, bedung lagi, lepastu baju kemain tebal so beli baju lubang-lubang lebih sikit. Sebab dah tahu gender baby so senang nak beli warna apa yang sesuai. Haritu I dah beli sleepsuit yang ada love-love pink sebab cute gila walaupun tak tahu gender baby lagi tapi tak apa, pakai jeee ok baby hahaha.



Lepasni nak beli jenis rompers pulak sebab semua ni jenis berseluar. Tak puas nak borong baju baby. Design semua comel, kecil je tengok. Rambang mata !




Yang terakhir, cotton buds untuk baby. Cotton buds pun nak warna biru tau. Siapa punya idea warna biru untuk baby boy ni hahhahaa. Geram I tengok cotton buds warna pink tapi biar la nampak macam barang baby boy sikit hihi. I macam confius cotton ball nak beli ke tak so now dah tahu kena beli.



Total barang ni pun dah RM170++ macam tu wow sangat shopping untuk diri sendiri pun tak mahal macam ni tsktsk. Next time punya shopping I share lagi okay sebab banyak barang tak beli lagi macam cotton ball tadi, nail clipper baby, tuala, nappy cream, set mandi dan blablabla. Good luck la mencari duit hahahaha.




1 comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.