Pregnancy Diary : Scan baby tujuh bulan

Checkup kali ni, jumpa dengan doktor. Sebab I dah masuk 7 bulan mengandung so nak checkup kali ni kena scan dan ukur baby dalam perut. Masa I sampai dekat klinik kesihatan, pening-pening lagi nak tekan number yang mana sebab biasa tekan je no 3 tapi baru je dua tiga hari lepas klinik kesihatan tukar sistem, tukar tempat duduk, tukar semua benda jadi semua dah baru.



I pun tak biasa lagi dengan sistem number yang baru macam sebelum ni tapi still proses dia macam biasa. Check urine, bp dekat kaunter C. Dulu check bp tunggu masuk bilik nurse tapi sistem baru, urine dengan bp sekali terus. Dah settle, tunggu number panggil untuk masuk bilik doktor pulak.



Masa dekat kaunter C, nurse tanya I dah tahu ke belum keputusan MGTT test yang minum air gula tu. I cakap la, haritu cakap kalau dalam seminggu diaorang tak call maksudnya tak ada kencing manis la. Boleh pulak ujian darah I selepas minum air gula tu tak masuk dalam sistem. I pun pergi la ambil ujian tu dekat makmal minta diaorang tuliskan dalam buku pink -.- Rasa cuak pulak tetibe kang ada kencing manis tapi nasib baik semua normal.



Turn masuk bilik doktor macam biasa doktor akan tanya soalan kalau ada apa-apa penyakit, ada apa-apa masalah kesihatan masa mengandung. Kalau ada kena terus terang la ok dengan doktor. Macam I tak ada apa-apa masalah rasanya semua okay jadi doktor terus suruh baring nak scan baby.




I tanya doktor boleh tengok gender baby sekali tak since dah 29 weeks tapi doktor cakap kalau dia nampak dia bagitau. K foine macam nipis je harapan nak tau hahaha. Last-last memang nan hadooo la tak tahu pun jantina baby T.T Tapi masa scan doktor cakap kepala baby besar sikit dari ukuran blablabla jadi I kena scan semula dalam masa dua minggu.



I tak tahu la asyik pergi kk je bosannya dah la baru lepas settle dua minggu ulang alik selang sehari pergi klinik ni. Lepastu dua minggu lagi kena datang scan semula. Doktor cakap semua okay air ketuban okay cuma bab kepala baby tu, lagi dua minggu kena ukur semula. Masa minggu tu pulak I balik Perak, lagi la malas nak pergi klinik kesihatan dekat Perak sebab dulu pun tumpang scan baby dekat Perak jugak. Masa kena scan je mesti dah plan nak balik Perak. Ikutkan I kena cucuk kancing gigi kali kedua tapi nurse postponed untuk next checkup.



Sekarang I tak sure nak pergi scan ke tak dekat Perak tu sebab lepas je settle semua urusan dekat klinik kesihatan, I terus ajak Aiman pergi scan baby dekat klinik swasta hahaha. Klinik baru, semua benda baru. Lepastu ada promotion lagi untuk scan baby. Kalau korang duduk JB nak scan baby boleh la pergi Klinik Hidayah dekat Damansara Alif. Next entry I cerita scan dekat klinik swasta pula okay.



Scan dekat klinik kesihatan kerajaan ni, korang tak dapat pun gambar baby yang doc scan tu tau. Doc cuma ukur-ukur je. Lepastu husband pun memang tak dapat masuk bilik doktor kalau nak tengok baby dalam perut jugak jadi bagi I memang kalau nak tengok baby, pergi la scan dekat klinik swasta. Ada 3d, 4d, 5d lepastu dapat gambar lagi. Happy sikit dapat tengok baby haha.





1 comment

  1. Seronok dapat tengok baby dlm perut kan.. tak lama dah tu..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.