Myth Or Truth : Pencuci Muka Yang Lembut Pada Kulit Memberikan Kulit Yang Lebih Sihat

Kesibukkan kerja, stress, perubahan cuaca, persekitaran tak bersih dan pelbagai faktor lain boleh menyumbang kepada kulit yang tidak sihat. Dalam kes I, kulit jadi agak kusam dan naik jerawat bila-bila je yang dia suka. Sebelum ni tak ada pun jadi macam tu tapi sebab mengandung ni macam-macam masalah kulit I dapat. Skincare yang biasa I guna sebelum mengandung macam dah tak berfungsi dah. Mungkin perubahan kulit I disebabkan masalah hormon mengandung jugak.



Kulit yang bersih menyebabkan pori tidak kelihatan besar dan menghalang dari pengeluaran minyak yang berlebihan. Semestinya masalah kulit seperti jerawat, kusam dapat dikawal. Untuk mendapatkan kulit yang bersih pula pemilihan pencuci muka yang betul patut menjadi keutamaan. Jadi I memilih untuk mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Nak tahu sesuai ke tak pencuci muka ni untuk kulit I yang kusam dan berjerawat?





Kulit sebelum hari pertama pemakaian Cetaphil Gentle Skin Cleanser.



Boleh nampak kulit I ada parut jerawat, jerawat yang tak ada mata tu, redness dan agak kusam. I excited sebenarnya nak cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni sebab I dah baca banyak review positif cetaphil membantu masalah kulit ramai wanita. Ramai yang bertukar ke Cetaphil selepas mengetahui keberkesanannya untuk kulit bermasalah seperti berjerawat, kulit kusam dan lain-lain.



99% wanita Cetaphil bersetuju Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut dan melembapkan, tanpa mengikis lapisan pelindung semulajadi kulit, sesuai untuk semua jenis kulit.



Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah soap free. Means bila korang kenakan pada air tak ada buih pun. Sebab tu cleanser ni lembut je pada kulit dan tidak mengeringkan. Produk soap free lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan ada allergic. Ia kerana soap cleanser mengandungi banyak buih dan buih tu akan megikis minyak semula jadi kulit, buat kulit rasa kering dan mungkin buat kulit pedih.







Cleanser ni jugak fragrance free. Tiada bahan pewangi. Sesetengah orang memang alah sangat dengan produk yang ada pewangi ni. Contohnya kulit I yang ada redness ni kalau pakai produk yang ada pewangi, redness akan lebih nampak. Padahal I memang nak mengurangkan redness. Kalau boleh tak nak nampak langsung redness ni jadi cleanser yang tidak mempunyai pewangi memang sesuai dengan kulit I.



pH balanced. Kenapa pH balanced cleanser memberikan kulit yang lebih baik? pH natural untuk kulit diantara 5 dan 6.5. Bila kita jaga pH kulit dengan produk yang tidak menggangu pH kulit, kulit pun tak buat masalah, melindungi skin barrier dan kulit semestinya lebih sihat. Kalau pH cleanser yang tak sesuai akan menyebabkan kulit irritated dan menjadi lebih sensitif. Cetaphil Gentle Skin Cleanser telah diuji secara klinikal tidak menyebabkan iritasi kepada kulit jadi memang selamat untuk semua jenis kulit.






Sebab tu I percaya untuk menggunakan Cetaphil ni semasa mengandung. Kulit I pun nampak lebih sihat. Lepas cuci muka tu tak ada rasa tegang, rasa kering tetapi kulit rasa lebih lembap dan bersih. Kalau korang pernah guna pencuci muka yang tak berbuih sebelum ni mungkin dapat bezakan, bila I guna Cetaphil, kulit okay je rasa bersih tapi bila guna produk lain yang tak berbuih kulit I rasa tak best. 



I masih menggunakan Cetaphil ni dalam rutin penjagaan muka I. I guna dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Untuk menggunakan pencuci muka ni pula ada dua cara. Cuci muka macam biasa, lembapkan kulit dan urut pencuci muka pada kulit kemudian boleh bilas macam biasa. Cara kedua pula, sapu ke pencuci muka pada kulit dan urut. Boleh lap dengan kain lembut sampai bersih. 





Tekstur dia pulak likat dan warna putih. Biasa I guna satu pump macam tu untuk satu muka. I suka botol dia sebab ada tempat untuk lock bahagian pump tu. Bila nak bawak pergi travel, balik kampung senang nak simpan tak ada la produk tu terkeluar. 



Pernah dengar atau baca tak kalau nak pilih produk, pilih yang guna bahan sikit sahaja untuk menghasilkan produk tersebut? Less is more.





Kesan penggunaan cleanser ni sekarang, kulit I rasa lebih sihat, lembap dan licin. Nampak dah tak kusam. Tak payah pergi kerja nak pakai makeup tebal sikit sebab kulit dah okay. Kalau korang pun ada masalah kulit macam I boleh la cuba juga Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Link kat bawah.



Website: https://cetaphil.com.my/ms/product/gentle-skin-cleanser-ms/
Facebook: https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
Shopee: https://shopee.com.my/cetaphil.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/cetaphil/

33 comments

  1. I pun dah guna Cetaphil ni, suka kulit rasa lembut dan moist je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tak ada rasa tegang pun lepas mencuci muka

      Delete
  2. I have yet to try Cetaphil Gentle Skin Cleanser. but many friends say it is really good la. I can consider when I finish my current cleanser

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya you should try this cleanser.most of my friends fall in love with the cleanser after trying it

      Delete
  3. Wahh tak sangka ada pencuci muka yang serbaguna macam ni. Qiss tengah survey pencuci muka yang best sebab yang sekarang dah habis. So nanti nak try order kat Lazada la sebab ada kupon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoa bestnya ada kupon.airah selalu beli dekat drugstore je senang nak dapat tak lama tunggu

      Delete
  4. Selalu dah tengok orang kata brand cetaphil ni bagus untuk kulit yang rosak dan kulit sensitif. Kalau kulit yang biasa biasa pun pakai, lagi bagus. plus dieorang ada buat produk untuk baby lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.airah suka sebab dia lembut je pada kulit.body wash untuk baby pun airah beli jenama cetaphil jugak

      Delete
  5. Kita memang percaya kepada jenama Cetaphil ni sebab kita ada guna juga cuma bukan yang pencuci ni kita guna yang losyen hehehe memang bagus dan memberi kesan yang ketara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah tak pernah try pulak lotion dia.kena beli la lepas ni.

      Delete
  6. wah rahsia kulit cantik dah terbongkar akhirnya..patut la bersih je muka. pakai produk cetaphil rupanya. kalu sesuai dengan kulit apa salahnya kan. lagi pun cetaphil ni boleh tahan ramai bagi feedback positive

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha rahsia sangat.nak cantik kena la rajin sikit jaga muka kan nanti tak jaga semua orang lari

      Delete
  7. Selalu juga la terbaca,kalau jnis kulit muka sensitif, elok pakai ceptahil ni.
    Walaupun tak pernah guna, ada juga terpikir, in case kulit sensitif pada produk lain, nak try juga produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalautak sensitif pun boleh guna jugak. satu family airah guna cetaphil ni.nanti cuba laaa

      Delete
  8. Cantik kulit muka .Nampak flawless. Cetaphil ni sesuai juga kan untuk orang kulit berminyak .Ada yang muka breakout bila pakai cetaphil nampak elok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai untuk semua.memang membantu sangat lagi-lagi yang kulit muka dah teruk sebab pakai produk bukan-bukan

      Delete
  9. Suka produk ni sebab ianya memang betul2 membersih. Paling penting ianya sesuai untuk semua jenis kulit muka. And kalau muka ada masalah dia blh merawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.ayu pun pernah cuba eh? airah baca ramai suka dengan cetaphil ni dan sesuai dengan kulit diaorang

      Delete
  10. setuju sangat airah guna cetaphil ni sebab akak pun guna ...anak2 pun akak suruh guna sebab dia tak akan mengeringkan kulit tapi bagi kelembapan yang secukupnya...rekomen sangat untuk yang nak pulihkan kulit wajah dari breakout

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha bila dah cuci muka tu, rasa lembap je kulit.bila pakai moisturizer bertambah-tambah la lembut kulit.tak ada jerawat naik

      Delete
  11. Oh pakai cetaphil rupanye..rmi kata ok utk kulit mslh & sensitif... Kita xsesuai guna sbb kulit jnis dry....adk ipo guna ni nmpk ok sikit muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa yeke.tak apa tak dapat pakai cleanser, boleh pakai produk lain.airah suka gila dia punya sunblock

      Delete
  12. Less is more? That's an interesting concept to ponder about when we deliberate on what skincare product to choose right? Thanks for the advice. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ! shloud choose what suit our skin well and dont over do it

      Delete
  13. Kawan kawan emi pun ramai betul yg guna pencuci muka cetaphil ni. lagi2 kalau muka dorg tgh breakout teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa yang pernah pakai produk tak sesuai sampai breakout jerawat naik memang akan guna cetaphil kan.nampak perbezaan penggunaan cetaphil

      Delete
  14. Ramai review Cetaphil ni, mmg Cetaphil cleanser ni gentle to skin, sesuai utk kulit yang sensitif dan baby jugak.

    ReplyDelete
  15. Cetaphil memang recommendable ya. Satu lagi reviu menarik tentang Cetaphil. Patutlah sis nampak makin cun.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kulit bersih kita try je semua. yang sesuai tu memang setia je hihi

      Delete
  16. This is one of my favourite face and body cleanser, its so mild and also does not strip my natural body oil away.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true. I sometimes pun guna as body cleanser for back acne. sesuai dengan kulit

      Delete
  17. Kalu awal2 preggy mmg blh pakai kn?x de effek kn kt bb?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.