Short Trip Cameron Highland : Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill

Short Trip Cameron Highland. Ni memang short trip sangat ! Bertolak pukul 4 petang macam tu, pukul 9 lebih nak dekat 10 malam bertolak balik. Family I dengan family mertua memang suka sangat naik Cameron Highland. Rumah kira dekat sangat la kalau nak naik Cameron tu sebab tu macam tak kisah sangat pukul berapa nak naik turun.



Ikutkan sebelum ni memang tak pernah pun naik Cameron lewat petang lepastu balik masa dah malam. Selalu confirm awal pagi dah gerak naik atas, lewat petang dah bertolak balik sebab siapa je yang berani nak turun malam-malam dengan tak ada lampu nya. Kalau I memang tak berani nak drive dengan keadaan gelap tu. Drive malam-malam ada lampu jalan pun I dah risau inikan gelap dengan berpandukan lampu kereta je yihhhhh.



Kalini I pergi dengan family mertua. Plan ni tak rancang awal pun. Terus macam jum pergi Cameron Highland nak takkkkkkk….. I memang dah lama sangat tak naik Cameron rasanya. Last trip dengan family I dulu. Boleh baca dekat SINI



Dah dua tiga hari kot balik Perak, cuaca panas, dengan I mengandung bertambah panas I rasa hahaha terus mil I ajak pergi Cameron untuk menyejukkan badan sekejap. I memang ON la nak naik Cameron sebab fav tempat paling dekat nak berliburan hahaha. Memula risau jugak sebab dah lewat tapi pergi dua buah kereta, ramai. Kalau la terjadi apa-apa tak risau sebab ada lagi satu kereta kan. Jadi bermula la trip ke Cameron Highland.


Kea Garden Guesthouse



On the way naik dah nak sampai tu hujan turun renyai-renyai. Bila hujan ni cuaca bertambah la sejuk. Kalau tak hujan, biasa je sejuk dia. Seronok tengok kabus tebal dengan cuaca sejuk ni. Sejuk perut I mengandung hihihi. First stop semestinya toilet !



Sebab dah biasa naik Cameron Highland, I rasa semua tempat I dah pergi. Kali ni focus nak beli makanan dan nikmati cuaca sejuk. Sempat la singgah kedai-kedai tepi jalan tu beli ubi yang manis buat bekal makan dalam kereta dan bawak balik rumah. Beli sayur goreng dan cendawan goreng. Lepastu singgah la area Kea Garden Guesthouse sebab I tak pernah pergi sini lagi. Tempat dia cantik gila ! Kalau korang nak stay dekat Cameron Highland maybe boleh cuba stay sini. I tak tanya pulak harga berapa. Datang tangkap gambar je hihi. Nanti baby dah keluar boleh la ajak Aiman stay sini.


Restoran Taman Apple Cameron


Next destinasi pergi makan steamboat and grill. Pilihan kiteorang mesti la Steamboat and Grill Taman Abang. Kalau tak familiar dengan nama ni mungkin korang kenal dengan nama Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill. Mana-mana la sama je hahaha. Tak pernah tak puas hati bila datang makan sini. I rasa ni dah kali ke tiga ke ke-empat I makan sini. Kalini datang bawak family mertua pulak. Memang seronok la makan ramai-ramai kan. Boleh baca review I sebelum ni mengenai Steamboat and Grill Taman Abang dekat SINI dan SINI okay.










Cara nak pergi dia, Waze je ! Tak payah susah-susah. Lagipun dari jalan besar dah nampak. Memang nak senang Waze jela. Harga dia I rasa dah naik dari dulu. 8 pagi -  4 petang untuk menu ala carte. 5 petang - 12 tengah malam untuk steamboat dan grill.



Harga buffet steamboat grill adalah seperti berikut 

Dewasa : RM39.90
Warga emas (50 tahun ke atas) : RM33.90 
Kanak kanak (6 tahun - 12 tahun) : RM29.90 
Kanak kanak 5 tahun dan ke bawah : Percuma
Harga tidak termasuk cukai kerajaan SST 6%



Harga ni I ambil dekat Facebook dia. Apa yang I suka bila makan dekat sini, senang nak cari restoran ni, parking banyak, toilet disediakan, buffet best macam-macam ada. Kiteorang banyak makan kambing dan udang. Lepastu duk ulang makan ice cream. Sejuk-sejuk kelaparan makan makanan panas memang best ! Tak pernah tak puas hati bila makan dekat sini. Staff pun membantu sangat kalau korang perlukan apa-apa. 





Tempat duduk pun boleh pilih nak duduk atas kerusi atau bersila je. I dah rindu lagi nak makan dekat sini. Mungkin lepas bersalin nanti nak ajak Aiman stay sini bawak baby harap ada rezeki dan panjang umur ! 



Lepas makan beberapa jam tu, siap-siap nak balik. Sebelum tu sempat singgah mana kedai yang bukak nak beli strawberry. Petang tadi tak sempat beli. I nasihatkan kalau ada peluang beli strawberry beli petang. Jangan beli malam sebab harga kemain mahal -.- Dah beli strawberry terus balik. I tengok boleh tahan ramai jugak la kereta yang turun waktu malam. Yang naik Cameron malam-malam pun ramai jugak. Yang penting kena sentiasa hati-hati sebab jalan berbukit dan risau tetiba ada tanah runtuh ke apa kan. Aiman drive I dah on kan Waze awal-awal so senang nak agak depan tu ada corner tajam ke apa. Okay itu je perkongsian Cameron Highland kali ni. Baca entry Cameron Highland I yang lain dekat bawah ni okay.




CAMERON HIGHLAND JANUARY 2018





22 comments

  1. Last time saya pergi Cameron pun memang makan steamboat dia. Dah la murah sangat, then makan masa tengah sejuk pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana sejuk tu memang best makan steamboat kan

      Delete
  2. sedapnya..hujan2 dan sejuk2 dapat makan makanan panas2 memang heaven laa..Murni tak pernah cuba lagi makan steamboat kat sini..nanti laa suatu hari nanti kalau pi CH nak try..sebab nampak sangat menarik dan harga sangat berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum la try. memang fav airah kalau pergi ch makan sini

      Delete
  3. Dah lama tak pergi Cameron Highlands. Rindu 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun rindu tu yang pergi ch tu walaupun tak plan haha

      Delete
  4. Dah lama tak pergi Cameron Highland ni! Rindu udara segar, strawberry yum yum, sayur-sayuran yg segar, tea, honey dan sebagainya! Steamboat ni nampak best dan harga berpatutan jugak. Lain kali pergi ke cameron highland nak cari jugak. T.kasih atas info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai suka naik cameron haha.airah dah pergi banyak kali pun tak bosan lagi

      Delete
  5. Saya suka makan steamboat and grill macam ni, harga standart dekat mana-mana pon lebh kurang sama. Puas hati kalau makan beramai-ramai satu family

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lebih kurang je harga tapi best kalau makanan dia lain dari yang lain. fav airah dekat sini kambing and udang dia

      Delete
    2. Ya ampunn lama betul tak ke cameron highland ni. Kalau pergi sana tak sah kalau tak shopping sweater dan bantal strawbery haha walaupun bantal strawbery tu sekrang ni boleh je jumpa di giant haha. Steamboat tu belum pernah try. Mesti nak kena pergi jugak ni. Sejuk sejuk memang layann habis la makan steamboat

      Delete
  6. rindu nak bercuti ke cameron..entry bercuti cameron pun tak habis lagi..ahhahaa..kene takde orang kacau baru boleh ceriat sungguh ni..hehee

    ReplyDelete
  7. Tetiba rindu nak pergi Cameron.. tahin ni tak sampai lagi sana.. klau time hujan2 seronok g sana sebab sejuk sgt kan.. makan stimboat mmg wajib klau ke sana..

    ReplyDelete
  8. Dah lama sangat tak naik cameron highlands, dah dekat 5 tahun rasanya. Banyak dah tempat best2 yer kat sana. guest house tu cantik sgt. Ramai juga kawan2 datang makan ke steamboat kat Cameron ni. sedap kan makan steamboat panas2 dalam cuaca sejuk.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat berbuffet kat tanah tinggi. Sejuk2 dapat makan panas2 sup pulak alahai.

    ReplyDelete
  10. Steamboat grill ni harganya not bad lah kan. Lebih kurang dengan harga di restoran lain .Sekali sekala makan steamboat ramai ramai ni memang enjoy kan. Pergi CH tahun lepas tak singgah sini oun. Nanti boleh singgah sini lah

    ReplyDelete
  11. Last ke cameron tahun 2013. Bulan 12. Masa tu cuti krimas. Ni anak dah 2 dah. Tak sempat nak terjah sana. Lagi lagi dah duduk jauh di selatan ni
    Dulu duduk ipoh tiap tahun ke cameron.

    ReplyDelete
  12. Dah banyak kali pergi cameron highland tapi tak pernah try steambot ni lagi. Next time kena try..

    ReplyDelete
  13. Pernah gi sekali je ke Cameron..memang best..rasa macam nak gi lagi tapi tak ada geng pulak..huhuhu

    ReplyDelete
  14. This post makes me miss my trip to cameron highland. I have not seen this hotel before perhaps should give it a try. The food looks delicious especially the prawns.

    ReplyDelete
  15. Ahhh! memang best kan cuaca panas panas macam ni pergi Cameron Highlands. My family kalau pergi sana mesti buat steamboat juga.

    ReplyDelete
  16. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.