Foodie : Seoul Garden, Smalta, Indomie Salted Egg and more

Baby makin besar dalam perut ni, I asyik lapar je memanjang. Makanan dan I berpisah tiada -.- Kalau lambat makan mesti rasa pedih perut. Petang lepas lunch hour mesti kena sediakan apa-apa makanan untuk kunyah-kunyah kalau tak confirm lapar. Masa I tengah taip entry ni pukul 2 petang memang tengah lapar la. Nasib bawak sekotak besar susu harap sempat la tahan sampai balik petang nanti hahahaha.



Tapi biasa tak tahan pun :( Lapar dia kemain tak tau nak cakap macam mana haha. Mengandung ni I suka sangat craving benda manis tapi tak selalu pun makan benda manis. Kadang-kadang rasa nak ice cream, nak coklat, kek, dan paling selalu craving cheese tart ! Cheese tart yang isi gebu sampai macam nak melimpah tu sedapnyaaa. Haritu sempat I order sebekas ada 50 pcs memang puas makan berdua dengan Aiman hihi.






Jadi entry kali ni tujuan dia nak share makanan yang I sempat tangkap gambar hahaha. Dah lama tak share entry makan sebab malas. Jadi I share je sekaligus semua okay.





Makanan pertama dan terbaru sekali I rasa, Solero Mangga & Vanila Split . Ikutkan nak Unicorn Cornetto atau Unicornetto tu tapi memerlukan kegigihan luar biasa la nak cari dia. I tak jumpa-jumpa lagi :( Harap ada la jodoh nanti. Tengok orang lain makan nampak sedap, sweet, cute, I pun nak jugak huarghhhhh….



Tapi dah dapat Solero mango ni pun okay je. Rasa dia boleh tahan la. Bau mangga kuat gila dan bau dia pun sedap buat rasa nak makan lagi. Aiman beli dua haritu, I kongsi dengan dia satu dan lagi satu still ada dalam fridge. I pun terlupa nak makan haha ni dah teringin semula balik nanti nak makan !



Makanan kedua adalah IndoMie Salted Egg. Siapa dah rasa?? Memula macam tak berminat sangat nak cuba. Lepastu pergi beli groceries, nampak la pasaraya tu jual sepaket sepaket macam ni. Beli sepaket je sebab nak rasa. Review orang lain ada yang cakap sedap, ada yang cakap muak, macam-macam feedback la. Harga untuk sepaket ni I beli dalam RM4++ macam tu.




Rasa dia bagi I not bad. Biasa jela kot. Ada rasa salted egg dia, bau pun ada hahaha. Aiman suka. Bila sedawa siap dapat rasa lagi salted egg tu -.-



Menu ke tiga adalah Sangkaya ! Baru-baru haritu I terjumpa resepi sangkaya dekat facebook. Macam senang sangat la pulak nak buat, terus ajak Aiman pergi beli bahan. Memang senang dan sedap. Sedap ikut tekak sendiri la kan pepandai la rasa adjust ikut kesedapan tekak korang masa masak tu. Pewarna dan perasa dia I guna Natural Pandan Leaf Extract dari Bio Nutricia.







Bila guna extract ni memang rasa lebih natural dan bau pun wangi sangat bila masak. I ada share beberapa resepi guna Pandan Leaf Extract tu dalam entry SINI. Boleh singgah okay. Makan dengan roti yang siap stim, makan panas-panas memang sedap.





Chocolate Nutella dari Smalta Ice Cream. Tak silap I betul la nama dia Chocolate Nutella hahaha. Air ni I beli di foodtruck Smalta yang ada di Bandar Baru Uda setiap malam rabu. Dia selalu jugak pindah-pindah ikut hari jadi kalau nak tahu update boleh terus follow facebook diaorang.



Ikutkan I bukan nak air ni. Nak air yang warna macam ice cream paddlepop, Strawberry Lolypop kot nama dia. Nampak sedap dan menarik dengan warna pink, kuning, biru. Tapi masa tu dah habis pulak :( Jadi order yang coklat ni je. Rasa boleh la not bad rasa macam ice blended chocolate je.



Yang terakhir adalah Seoul Garden ! Tempat favourite I dengan Aiman tapi sekarang dah bosan tapi masih pergi lagi hahahaha. I tak tahu ada lagi tak tempat nak grill dan steamboat macam ni tapi yang lagi best sebab lepas je makan Pak John Steamboat, I dah boring makan Seoul Garden. Kenapa Pak John Steamboat tak ada dekat JB :( 





Sebab tak ada pilihan, kiteorang masih je pergi Seoul Garden ni sebab dekat dan senang dah biasa. Haritu bulan Nov makan dekat sini sebab acah-acah nak sambut birthday Aiman tapi Aiman tak makan banyak sebab demam. Kali ni makan lagi sekali untuk ganti yang tak makan banyak haritu hihihi. Padehal I teringin nak makan daging dengan udang banyak-banyak.



Kali ni boleh tahan banyak I makan. Dengan ulang ambil ice cream berapa kali entah. Puas sikit makan dari yang haritu. Bila Aiman makan sikit je I pun macam malas nak makan. Bila Aiman ada selera makan banyak so kita pun makan la seperti tiada hari esok. 





Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.