Basic Brown Makeup Tutorial

Hello. Entry first yang I nak share tutorial makeup look. Sebelum ni walaupun I rajin makeup tapi tak pernah share tutorial dekat blog mahupun social media yang lain. Dah extra rajin jadi I nak share makeup look brown yang boleh buat daily dan tak over ! Tak over la bagi I hahahha. Kalau nak pergi kerja ke pergi kelas ke memang cepat je siap kalau korang nak try makeup look yang I nak kongsikan ni.



Sebelum ni I ada share entry makeup bundle yang I dapat dari Althea Korea. Kalau korang tak baca lagi entry tu dan tak tahu makeup apa yang I dapat boleh tekan Althea’s Exclusive Makeup ni okay untuk baca. I guna semua produk yang I dapat untuk makeup look ni. Disclaimer : beberapa gambar tak ada filter so jangan terkejut hahahahaha





Tadaaa ! Simple kan makeup nya. Nak follow pun senang je I rasa sesuai untuk beginner yang baru nak cuba makeup ni sebab I pun bukan terror. Asalkan eyeshadow blend dengan sempurna dan warna sesuai hihi. Step pertama macam biasa pastikan korang dah pakai skincare, dah moisturize muka sebab kalau nak makeup nampak cantik kena la ada kulit yang cantik dan lembap. Makeup automatic nampak lawa. Jadi jaga la kulit korang okay.




Kalau kulit ada jerawat tapi korang nak makeup jugak, pakai Skin Relief Spot Film Gel untuk lindungi jerawat dari jadi teruk lagi sebab pakai produk makeup kan. Dalam masa yang sama spot gel ni pun boleh merawat jerawat korang yang berada di bawah makeup tu. Seterusnya jangan lupa pakai sunscreen jugak. Sunscreen penting nak halang sinaran matahari yang boleh membahayakan kulit dan buat kulit nampak tua dari usia sebenar. I pakai Althea Petal Velvet Sunaway sebagai sunscreen untuk menghalang sinaran matahari. Boleh baca review dekat SINI.



1. I guna Sunrise & Moonrise Eyeshadow Palette dari Althea. First impression I guna palette ni warna dia pigmented sangat. Tak payah nak calit over-over. Oleskan yang no 1 tu pada kelopak mata korang sebagai warna base.




2. I guna warna no 2 tu untuk sapu pada inner lid dan hujung kelopak mata. Dekat tengah-tengah I biarkan.
3. Sapukan warna no 3 pada tengah eyelid. Lepastu korang boleh pekatkan sikit bahagian outer lid dengan warna no 2 tadi jugak. Blend guna warna no 1, warna base tadi.
4. Bahagian bawah mata pula I guna warna yang no 4. Ada dua warna I letak untuk no 4. Warna glitter yang gelap sikit tu I letak dekat outer waterline, yang terang dekat inner waterline.
5. Untuk inner corner I guna warna yang I letak no 5 tu.
6. Akhir sekali korang pakai la eyeliner dan mascara pilihan korang. Macam I, eyeliner I suka pakai separuh eyelid je hahaha. Dah siap untuk bahagian mata !


Seterusnya baru I pakai foundation. Boleh la pakai foundation or bb cushion, bb cream pilihan korang. Untuk undereye I pakai Flawless Creamy Concealer code Ginger dari Althea Korea. Code ni sesuai dengan kulit I. Nampak bahagian bawah mata lebih cerah, tak buat kelabu dan senang sangat nak blend. Paling best tak ada cakey ! I paling tak suka kalau pakai concealer yang buat bawah mata nampak kelabu. Tak sure I salah pakai ke apa tapi bila guna concealer Althea ni best pulak senang je nak guna dan nampak cantik hihi.


Concealer code Ginger



Blusher pula I guna Watercolor Cream Tint dari Althea Korea jugak. I suka gila dengan semua warna Watercolor Cream Tint ni. Formula dia tak mengeringkan bibir tapi melembapkan dan rasa tak pakai apa-apa. Tips yang I boleh kongsi kalau nak jadikan any lipstick or tint sebagai blusher, guna yang bila korang pakai dekat bibir tak akan mengeringkan bibir korang. Baru la sesuai jadikan blusher.


Watercolor Tint code Strawberry Cream



Untuk blusher I guna code Strawberry Cream. Warna dia terang merah macam tu. Senang jugak nak blend dekat pipi. Kalau travel I rasa bawa satu code Watercolor Cream tint ni pun dah sesuai sebagai eyeshadow, blusher dan lip tint.


Watercolor Tint code Peach Cream



Bibir pula I guna Watercolor Cream Tint code Peach Cream. Warna yang I selalu sangat pakai bila keluar dan selalu dalam handbag. I rasa warna ni akan cepat habis dan I kena readykan stok. Faham tak bila kita suka sangat dengan benda tu, asyik guna benda yang sama je padahal banyak pilihan lain hahaha.





Okay tu je makeup tutorial I. Ni lagi final look. Kalau korang tak faham dengan makeup tutorial ni boleh je pm tepi okay. Nanti I terangkan part mana yang korang tak faham tu. Sorry kalau muka selfie besar sangat. Muka tengah kembang sebab pregnant tsktsk I asyik tanya Aiman je kenapa hidung I nampak besar sangat T.T harap nanti dalam pantang semua bahagian mengecil la haha.



Insha Allah I ada plan nak buat small video tutorial dekat instagram so stay tuned okay. Mungkin video lagi senang nak faham.



Untuk harga dan pembelian produk dari Althea Korea yang I guna boleh refer dekat bawah :
Eyeshadow : https://my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl
Concealer : https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer
Blusher : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint-set
Lip : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint-set



21 comments

  1. simple anddd lawaaaaaa.. suka dengan makeup macam ni

    ReplyDelete
  2. suka tengok eyeliner tu.. kemas je calit =D

    ReplyDelete
  3. Cantik n nampak simple je makeup..sis suka :). Best betul kan makeup Althea ni? Nak makeup simple utk siang pun boleh..nak makeup malam heavy pun boleh. Color2 pun cantik

    ReplyDelete
  4. Wahhh... Bagus sekarang ni ada banyak tutorial dari blogger. Lebih terkesan dengan hati dan mudah untuk dijadikan panduan. Okay... Nanti boleh lah ikut step by step yang ada dalam blog ni.. Thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Best kan althea punya makeup ni. Iza pun dah try jugak. Dahla affordable, bagus lak tu. Iza baru je update blog pasal ni jugak.

    ReplyDelete
  6. wow...cantik la brown make up ni.sis suka jugak make up box dari Althea ni.Complete dah make up kan.Warna lips dia pun menarik.

    ReplyDelete
  7. Cantik...looks natural..akak dh buat dh tutorial althea make up ni..tapi lip tint tu nampak bold sangat walau guna secalit je..hahaha..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya..pandai sis mekap..hasilnya pon cantik sangat..akak pon suka warna2 earth macam ni..Produk athea terbaik setakat ini

    ReplyDelete
  9. Best gilakan awak produk makeup dari ALthea ni . Semua best! Tapi paling best eyeshadow dia la,hehehe.. Suka tengok gambar awak :D

    ReplyDelete
  10. Cantiknya make up mata tu. Nampak macam style make up korea. warna glitter tu memang bagi up sikit nampak mata

    ReplyDelete
  11. Kenapa minggu ni asyik tengok post orang buat tutorial makeup jer hehehe jelous kita orang laki ni tak boleh nak guna wakakakak nanti karang jadi kak Jat lak wakakakaka...

    ReplyDelete
  12. Best nya pandai mekap. Kita dah lama tak main mekap2, rasa skrg tak reti nak bermekap2 dah kot. tapi mekap dr althea ni mmg cecantik la colour dia.

    ReplyDelete
  13. Kulit airah cantik. Bersih je.
    Bila mekap pun nampak sweet je.
    Pastu pandai blend kan warna.
    Suka warna brown macam tu.
    Jatuh hati pulak tengok.

    ReplyDelete
  14. ala senang sangat..tapi BBL lelaki tak boleh nak praktise skill tu. ha blogger perempuan boleh la cuba tips ni senang nak apply mekap kat kening tu

    ReplyDelete
  15. Ramai dah share tentang produk Althea yang ini sy tertarik nak sekodeng web althealah nak beli jugak. nice sharing

    ReplyDelete
  16. Wah details cara make up. Memang cantek. Suka tengok. Simple dan teknik kontour tu mmg menjadi

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing...bagus juga ada tutorial mcm ni...boleh laa abonda jgk praktikkan nanti...

    ReplyDelete
  18. Wah memang simple dan nampak cantik. Pandai blend colour kan. Btw kalau pandai makeup ni bagus. Mudah kan nk kemana2.

    ReplyDelete
  19. Cantik la..pulak-pulak kulit sis memang cantik so bila apply makeup lagi bertambah cantik

    ReplyDelete
  20. Cantik kulit awak dik. Akak suka tgk make up simple mcm gini. Lgi nampak fresh ja

    ReplyDelete
  21. Cantik kulit, teringat masa muda remaja ku. Mata pun takda fine line macam sekarang. Buatlah mekap mata bebanyak dik. Sebelum berkedut. Hahaha. Akak tengok ko sesuai buat tutorial mekap mata. Upload kat youtube dan IGTV tau. Akak support!!!!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.