Air Gelas Besar RM2 Je

Bila cuba kedai makan baru, mesti nak share dekat blog jugak. Jadi haritu I ada pergi mana dekat satu kedai yang agak famous sebab harga dia lebih murah dari kedai lain. Cerita dia masa tu on the way balik dari Perak ke JB. Aiman singgah sungai buloh tak silap I, jumpa kawan dia kejap. 



Awal malam lagi masa tu, dengan I yang selalu lapar lepastu plan la nak dinner dekat mana. Biasa singgah rnr je kalau nak makan sebab selalu tak cukup masa. Perjalanan Perak-JB memang 6 jam macam tu laa kalau tak jem kan. Keras sendi semua duduk dalam kereta lama-lama. Tapi disebabkan esoknya I cuti, Aiman pun kerja petang so macam ok la kot singgah makan mana-mana kejap. 



I pun cari la dekat twitter kedai mana best nak makan dekat area Shah Alam. Masa I tak mencari kedainya banyak pulak makanan best viral -.- Bila mencari, nan hado. I dah macam malasnya nak cari makan dekat rnr jela. Tapi berbelah bahagi jugak makanan rnr bukan best mana hahaha. Last-last I nampak tweet Gerai Gelas Besar. Finally……



I tertarik nak cuba makan dekat sini sebab tengok gambar makanan macam best dan nampak sedap. Harga murah, air dia pun nampak pelbagai dan dalam rm2-2.50 je untuk segelas juice macam tu. Baca review pun orang komen berbaloi la makan sini jadi I ajak Aiman singgah. Dia ada dua lokasi, satu di Shah Alam dan satu lagi dekat Subang Bestari. I pergi yang dekat Subang Bestari sebab dekat dengan lokasi I masa tu.



Gerai ni jual makanan western dan western + nasi goreng. Bila sampai je boleh tahan banyak kereta. Nasib baik ada jugak parking dekat sebab I malas nak jalan jauh sejak mengandung ni hahahha. Kawasan kedai dia macam dekat food court tapi food court kecik je. Masuk pagar area food court tu macam wow ramai gila orang seperti tak ada meja kosong jeeee…. Cari-cari nasib baik la ada jugak meja kosong. Memang penuh orang la I rasa semua singgah nak makan kedai tu je.



Agak lama nak tunggu orang ambil order, Aiman pergi order dekat kaunter je. Ikutkan I lapar nasi lepastu tengok gambar Nasi Goreng Meatball dia macam sedap tapi nasi goreng habis :( Aiman orderkan I Spaghetti Meatball dan dia punya grilled chicken chop tak silap. sorry gambar tak memuaskan sebab ligting buruk hahhahah








Air pulak order Jambu Asam Boi dan air mangga. Ikutkan memang lama jugak la tunggu makanan. Lama sangat ! I dah la memang lapar, bad mood terus nak makan tunggu makanan sampai. Mungkin ramai sangat orang. I dah macam nak suruh Aiman cancel je makanan, pergi makan tempat lain tapi tak apa la bagi chance tunggu 10 minit lagi. Lepastu terus makanan sampai. Nasib baik.



Air pulak dah nak habis makan baru sampai tsktsk. Air mango dia ceroi sikit mungkin dah lama tunggu turn nak hantar. Lepastu air asam boi I tak sampai tapi air dragon fruits yang sampai. Ahhh lantak sana I minum je air tu hahaha. Air dragon fruits dia boleh tahan sedap. Berbaloi la harga air dia dengan rasa.





Untuk makanan pulak bagi I biasa je. Bukan tak sedap tapi okay la. Portion dia sesuai la dengan harga. Boleh la tahan kenyang sampai balik rumah haha. Korang boleh tengok harga dan menu yang ada dekat sini dekat bawah ni. I ambil dari twitter diaorang ( @geraigelasbesar )



Waktu operasi - selasa hingga ahad 5 petang hingga 11.30 malam. Isnin cuti okay. Alamat dia boleh tengok dekat twitter je semua dah complete.







Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.