Balik Perak haritu, macam-macam aktiviti la buat. Bukan selalu dapat balik kampung lama-lama. I balik seminggu kot. Tapi last balik haritu 2 minggu lepas je tapi kejap. Balik lama lagi puas sebab jauh JB-Perak. Salah satu aktiviti yang I buat, main badminton !



Ikutkan sejak mengandung memang tak ada la aktiviti kesukanan yang I buat. Lagi suka baring dan berehat sebab I rasa pergi kerja pun dah memenatkan. Dengan kena naik turun tangga 5 tingkat, dah cukup bersenam rasanya tu. Tapi Aiman dalam usaha nak kuruskan badan so ada la 4-5 kali I teman dia pergi jogging area taman dekat dengan rumah. Itupun I duduk dalam kereta je sambil tengok orang jogging. Sedih gila tak dapat jogging sebab satu, I mesti la lambat jogging nya. Aiman nak laju je tak ada masa dia nak tunggu I. Dua, I baru balik kerja selalunya kalau teman dia jogging memang tak la, I dah penat !



Jadi no sukan, senaman untuk I haha. Balik Perak baru ni je Aiman ajak main badminton. Bukan ajak I pun, ajak adik-adik I sebab memang sedih la kalau main dengan I tak boleh aktif sangat. Kalau korang duduk kawasan Batu Gajah atau Ipoh, nak cari court badminton yang best dan selesa boleh la cuba main dekat Dewan Badminton Bandar Lahat Baru. I dah 6-7 kali kot main dekat sini. Ke dah 10 kali……





Macam biasa la kalau nak main pergi time weekdays. Malam memang agak pack tapi rasanya dewan ni cukup besar jugak. Parking pun banyak. Dewan ni pun agak baru, tahun lepas or dua tahun lepas masa harga murah lagi I dah main dekat sini. Ni mahal sikit dah laa. Jadi kiteorang pergi 4 orang. Aiman, I, Amin and Anyah. Sewa satu court je. 



I main dalam 15 minit macam tu je kot. Itu pun berhenti-berhenti main sebab Aiman risau kang jadi apa-apa. Dengan I tak pakai kasut sukannya. I dah siap bawak kasut sukan Aiman dan I punya masuk dalam kereta tapi hari sebelum tu I pakai kasut sukan, lupa masukkan semula tsktsk so main la dengan sandal je. Main pun tak boleh aktif sangat. I tak gerak banyak pun dah pesan suruh pass bulu tangkis tu tepat dekat I. Tapi macam biasa la mesti la ada lari-lari sikit sebab rasa tak puas berdiri setempat je. Jadi 7 bulan pregnant I boleh je lagi main badminton tapi mendapat halangan dari orang sekeliling lol.








Sekarang ni senaman I, naik turun tangga dan jalan-jalan dekat shopping mall je. Kalau sebelum pregnant korang dah aktif bersukan, masa pregnant pun boleh je kekal aktif. Asalkan tahu batas pergerakan, jangan paksa diri dan guna pakaian yang sesuai.

- Sentiasa panaskan dan sejukkan badan dengan betul
- Jangan paksa diri
- Minum air secukupnya
- Pakai pakaian yang sesuai



Korang boleh je google tips untuk sukan dan senaman yang selamat semasa mengandung. Haritu pun I ada terbaca kisah Mawar Rashid yang aktif masa dia mengandung. Aktif bersenam atau berzumba rasanya. Bila aktif ni boleh tingkatkan stamina kita masa nak bersalin nanti kan. I suka jugak tengok aktiviti bersenam Sharifah Sakinah. I nak aktif macam tu memang lambat la, malas dan penat hihi. Tapi paksa diri jugak bergerak. Nanti malas sangat, tak cukup nafas nak meneran. 





Kalau nak main badminton dekat dewan tu boleh je waze Dewan Badminton Bandar Lahat Baru atau alamat ni



No 1, Laluan Lahat Baru 1, Bandar Lahat Baru, 31500 Lahat, Perak
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat 3 petang - 12 malam
Sabtu, Ahad : 12:30 tengah hari - 12 malam
Tel : 011 1641 3343






Boleh ke bersenam/bersukan semasa mengandung?

Baby makin besar dalam perut ni, I asyik lapar je memanjang. Makanan dan I berpisah tiada -.- Kalau lambat makan mesti rasa pedih perut. Petang lepas lunch hour mesti kena sediakan apa-apa makanan untuk kunyah-kunyah kalau tak confirm lapar. Masa I tengah taip entry ni pukul 2 petang memang tengah lapar la. Nasib bawak sekotak besar susu harap sempat la tahan sampai balik petang nanti hahahaha.



Tapi biasa tak tahan pun :( Lapar dia kemain tak tau nak cakap macam mana haha. Mengandung ni I suka sangat craving benda manis tapi tak selalu pun makan benda manis. Kadang-kadang rasa nak ice cream, nak coklat, kek, dan paling selalu craving cheese tart ! Cheese tart yang isi gebu sampai macam nak melimpah tu sedapnyaaa. Haritu sempat I order sebekas ada 50 pcs memang puas makan berdua dengan Aiman hihi.






Jadi entry kali ni tujuan dia nak share makanan yang I sempat tangkap gambar hahaha. Dah lama tak share entry makan sebab malas. Jadi I share je sekaligus semua okay.





Makanan pertama dan terbaru sekali I rasa, Solero Mangga & Vanila Split . Ikutkan nak Unicorn Cornetto atau Unicornetto tu tapi memerlukan kegigihan luar biasa la nak cari dia. I tak jumpa-jumpa lagi :( Harap ada la jodoh nanti. Tengok orang lain makan nampak sedap, sweet, cute, I pun nak jugak huarghhhhh….



Tapi dah dapat Solero mango ni pun okay je. Rasa dia boleh tahan la. Bau mangga kuat gila dan bau dia pun sedap buat rasa nak makan lagi. Aiman beli dua haritu, I kongsi dengan dia satu dan lagi satu still ada dalam fridge. I pun terlupa nak makan haha ni dah teringin semula balik nanti nak makan !



Makanan kedua adalah IndoMie Salted Egg. Siapa dah rasa?? Memula macam tak berminat sangat nak cuba. Lepastu pergi beli groceries, nampak la pasaraya tu jual sepaket sepaket macam ni. Beli sepaket je sebab nak rasa. Review orang lain ada yang cakap sedap, ada yang cakap muak, macam-macam feedback la. Harga untuk sepaket ni I beli dalam RM4++ macam tu.




Rasa dia bagi I not bad. Biasa jela kot. Ada rasa salted egg dia, bau pun ada hahaha. Aiman suka. Bila sedawa siap dapat rasa lagi salted egg tu -.-



Menu ke tiga adalah Sangkaya ! Baru-baru haritu I terjumpa resepi sangkaya dekat facebook. Macam senang sangat la pulak nak buat, terus ajak Aiman pergi beli bahan. Memang senang dan sedap. Sedap ikut tekak sendiri la kan pepandai la rasa adjust ikut kesedapan tekak korang masa masak tu. Pewarna dan perasa dia I guna Natural Pandan Leaf Extract dari Bio Nutricia.







Bila guna extract ni memang rasa lebih natural dan bau pun wangi sangat bila masak. I ada share beberapa resepi guna Pandan Leaf Extract tu dalam entry SINI. Boleh singgah okay. Makan dengan roti yang siap stim, makan panas-panas memang sedap.





Chocolate Nutella dari Smalta Ice Cream. Tak silap I betul la nama dia Chocolate Nutella hahaha. Air ni I beli di foodtruck Smalta yang ada di Bandar Baru Uda setiap malam rabu. Dia selalu jugak pindah-pindah ikut hari jadi kalau nak tahu update boleh terus follow facebook diaorang.



Ikutkan I bukan nak air ni. Nak air yang warna macam ice cream paddlepop, Strawberry Lolypop kot nama dia. Nampak sedap dan menarik dengan warna pink, kuning, biru. Tapi masa tu dah habis pulak :( Jadi order yang coklat ni je. Rasa boleh la not bad rasa macam ice blended chocolate je.



Yang terakhir adalah Seoul Garden ! Tempat favourite I dengan Aiman tapi sekarang dah bosan tapi masih pergi lagi hahahaha. I tak tahu ada lagi tak tempat nak grill dan steamboat macam ni tapi yang lagi best sebab lepas je makan Pak John Steamboat, I dah boring makan Seoul Garden. Kenapa Pak John Steamboat tak ada dekat JB :( 





Sebab tak ada pilihan, kiteorang masih je pergi Seoul Garden ni sebab dekat dan senang dah biasa. Haritu bulan Nov makan dekat sini sebab acah-acah nak sambut birthday Aiman tapi Aiman tak makan banyak sebab demam. Kali ni makan lagi sekali untuk ganti yang tak makan banyak haritu hihihi. Padehal I teringin nak makan daging dengan udang banyak-banyak.



Kali ni boleh tahan banyak I makan. Dengan ulang ambil ice cream berapa kali entah. Puas sikit makan dari yang haritu. Bila Aiman makan sikit je I pun macam malas nak makan. Bila Aiman ada selera makan banyak so kita pun makan la seperti tiada hari esok. 





Foodie : Seoul Garden, Smalta, Indomie Salted Egg and more

Hello. Entry first yang I nak share tutorial makeup look. Sebelum ni walaupun I rajin makeup tapi tak pernah share tutorial dekat blog mahupun social media yang lain. Dah extra rajin jadi I nak share makeup look brown yang boleh buat daily dan tak over ! Tak over la bagi I hahahha. Kalau nak pergi kerja ke pergi kelas ke memang cepat je siap kalau korang nak try makeup look yang I nak kongsikan ni.



Sebelum ni I ada share entry makeup bundle yang I dapat dari Althea Korea. Kalau korang tak baca lagi entry tu dan tak tahu makeup apa yang I dapat boleh tekan Althea’s Exclusive Makeup ni okay untuk baca. I guna semua produk yang I dapat untuk makeup look ni. Disclaimer : beberapa gambar tak ada filter so jangan terkejut hahahahaha





Tadaaa ! Simple kan makeup nya. Nak follow pun senang je I rasa sesuai untuk beginner yang baru nak cuba makeup ni sebab I pun bukan terror. Asalkan eyeshadow blend dengan sempurna dan warna sesuai hihi. Step pertama macam biasa pastikan korang dah pakai skincare, dah moisturize muka sebab kalau nak makeup nampak cantik kena la ada kulit yang cantik dan lembap. Makeup automatic nampak lawa. Jadi jaga la kulit korang okay.




Kalau kulit ada jerawat tapi korang nak makeup jugak, pakai Skin Relief Spot Film Gel untuk lindungi jerawat dari jadi teruk lagi sebab pakai produk makeup kan. Dalam masa yang sama spot gel ni pun boleh merawat jerawat korang yang berada di bawah makeup tu. Seterusnya jangan lupa pakai sunscreen jugak. Sunscreen penting nak halang sinaran matahari yang boleh membahayakan kulit dan buat kulit nampak tua dari usia sebenar. I pakai Althea Petal Velvet Sunaway sebagai sunscreen untuk menghalang sinaran matahari. Boleh baca review dekat SINI.



1. I guna Sunrise & Moonrise Eyeshadow Palette dari Althea. First impression I guna palette ni warna dia pigmented sangat. Tak payah nak calit over-over. Oleskan yang no 1 tu pada kelopak mata korang sebagai warna base.




2. I guna warna no 2 tu untuk sapu pada inner lid dan hujung kelopak mata. Dekat tengah-tengah I biarkan.
3. Sapukan warna no 3 pada tengah eyelid. Lepastu korang boleh pekatkan sikit bahagian outer lid dengan warna no 2 tadi jugak. Blend guna warna no 1, warna base tadi.
4. Bahagian bawah mata pula I guna warna yang no 4. Ada dua warna I letak untuk no 4. Warna glitter yang gelap sikit tu I letak dekat outer waterline, yang terang dekat inner waterline.
5. Untuk inner corner I guna warna yang I letak no 5 tu.
6. Akhir sekali korang pakai la eyeliner dan mascara pilihan korang. Macam I, eyeliner I suka pakai separuh eyelid je hahaha. Dah siap untuk bahagian mata !


Seterusnya baru I pakai foundation. Boleh la pakai foundation or bb cushion, bb cream pilihan korang. Untuk undereye I pakai Flawless Creamy Concealer code Ginger dari Althea Korea. Code ni sesuai dengan kulit I. Nampak bahagian bawah mata lebih cerah, tak buat kelabu dan senang sangat nak blend. Paling best tak ada cakey ! I paling tak suka kalau pakai concealer yang buat bawah mata nampak kelabu. Tak sure I salah pakai ke apa tapi bila guna concealer Althea ni best pulak senang je nak guna dan nampak cantik hihi.


Concealer code Ginger



Blusher pula I guna Watercolor Cream Tint dari Althea Korea jugak. I suka gila dengan semua warna Watercolor Cream Tint ni. Formula dia tak mengeringkan bibir tapi melembapkan dan rasa tak pakai apa-apa. Tips yang I boleh kongsi kalau nak jadikan any lipstick or tint sebagai blusher, guna yang bila korang pakai dekat bibir tak akan mengeringkan bibir korang. Baru la sesuai jadikan blusher.


Watercolor Tint code Strawberry Cream



Untuk blusher I guna code Strawberry Cream. Warna dia terang merah macam tu. Senang jugak nak blend dekat pipi. Kalau travel I rasa bawa satu code Watercolor Cream tint ni pun dah sesuai sebagai eyeshadow, blusher dan lip tint.


Watercolor Tint code Peach Cream



Bibir pula I guna Watercolor Cream Tint code Peach Cream. Warna yang I selalu sangat pakai bila keluar dan selalu dalam handbag. I rasa warna ni akan cepat habis dan I kena readykan stok. Faham tak bila kita suka sangat dengan benda tu, asyik guna benda yang sama je padahal banyak pilihan lain hahaha.





Okay tu je makeup tutorial I. Ni lagi final look. Kalau korang tak faham dengan makeup tutorial ni boleh je pm tepi okay. Nanti I terangkan part mana yang korang tak faham tu. Sorry kalau muka selfie besar sangat. Muka tengah kembang sebab pregnant tsktsk I asyik tanya Aiman je kenapa hidung I nampak besar sangat T.T harap nanti dalam pantang semua bahagian mengecil la haha.



Insha Allah I ada plan nak buat small video tutorial dekat instagram so stay tuned okay. Mungkin video lagi senang nak faham.



Untuk harga dan pembelian produk dari Althea Korea yang I guna boleh refer dekat bawah :
Eyeshadow : https://my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl
Concealer : https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer
Blusher : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint-set
Lip : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint-set



Basic Brown Makeup Tutorial

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.



Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.






Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka. 



Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.



Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.



Bare face lepas cuci muka.



Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering. 



Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.



Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.






Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih. 



Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.



Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.


Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih. 



Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.



Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.





Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara. 



Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas dekat atas okay. Untuk pembelian boleh ke laman web di bawah.





Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube :https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Bagaimana Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Kulit

I excited gila bila dapat tau Althea ada buat makeup diaorang sendiri ! Dari tahun lepas rasanya I dah tengok hint hint diaorang bagi untuk produk baru yang diaorang nak launch. I tak sangka terus banyak produk macam ni. I ingat beberapa produk je tapi jeng jeng jeng. Kotak pun besar ! I terima kotak Althea ni hujung bulan January. Sekarang baru sempat nak update. I dah cuba kebanyakkan produk dalam makeup box Althea ni. Semua best dan semua cantik sangat ! 





Produk pertama yang I excited nak cuba masa terima box ni adalah Sunrise & Moonrise BCLxAltheaKorea eyeshadow palette. I asyik tengok post Althea je masa belum terima produk ni. Palette dia cantik, warna yang ada pun cantik ! Lagi excited nak cuba sebab palette ni adalah kolaborasi antara Bunga Citra Lestari dan Althea Korea. Siapa yang tak kenal dengan isteri Ashraf Sinclair ni. I suka semua lagu BCL. Dah la cantik, suka tengok family diaorang.





Peminat BCL patut grab palette ni nanti habis I tak tau. I dah create dua jenis makeup look guna palette ni. Memang pigmented warna yang dihasilkan dan palette pun sesuai nak bawak travel. Nanti entry lain I kongsikan tutorial makeup tu okay ! Satu tutorial I akan update dekat entry blog, satu lagi video dekat instagram or youtube maybe so cepat follow I hahahah



Produk kedua yang setiap hari I guna lepas dapat package ni adalah Althea Watercolor Cream Tint. Didatangkan dalam bentuk set dengan harga bawah RM100 untuk 4 warna menarik dan dijual loose dengan RM20. Bagi I harga dia murah sangat dan berbaloi dengan kualiti dan warna yang cantik !





First impression I pakai cream tint ni, suka sangat dengan formulasi dia. Tak mengeringkan bibir, rasa macam tak pakai apa-apa. Warna memang pigment sangat. Ada sedikit sheen tapi kalau tak nak nampak sangat boleh dab bedak sikit lepas pakai cream tint ni. Tapi lebih baiktak payah dab apa-apa sebab warna dia memang cantik. Empat warna menarik, Plum Cream, Strawberry Cream, Peach Cream dan Marron Cream. I dah post swatch dia dekat igstory sebab setiap hari pakai ! Kalau nak tahu mana satu favourite I tunggu next entry okay.



Ketiga adalah Althea Flawless Creamy Concealer. Concealer ni I ada beli satu code ginger sebelum ni. Suka sangat dengan formulasi dia. Mula-mula I was-was nak cuba sebab takut tak best. Dah guna terus jatuh cinta. Excited bila dapat terus semua code warna vanilla, ginger, honey dan mocha. Yang I dah cuba code ginger jela. Untuk bawah mata. Kulit I tak banyak masalah sangat, foundation pun dah cukup nak tutup redness semua jadi guna concealer ni untuk bawah mata.






Yang bestnya concealer ni jenis creamy, senang nak blend, tak cakey walaupun I peluh bawah mata sejak pregnant ni dan melembapkan kulit I. Korang kena cuba sendiri la kalau nak tahu best dia tahap mana. Lepasni I guna concealer ni je untuk makeup.





Keempat adalah Althea Spotlight Eye Glitter. Siapa yang suka buat makeup look glitter glamour confirm suka dengan produk ni. Ada dua code warna iaitu Gold Light dan Pink Light. I cuba dekat jari je haritu. Tak sempat masukkan dalam makeup look I. Lepasni memang nak cuba la sebab warna dia cantik dan memang pop !





Yang terakhir adalah Althea Skin Relief Spot Film Gel. Produk ni I tak sempat guna lagi sebab spot gel ni guna atas acne. Kalau korang ada jerawat, sapu je spot gel ni dia akan membantu melindungi kulit dari bendasing. Contohnya sapukan atas jerawat then dia berfungsi sebagai film pelindungi untuk merawat jerawat. Lepas sapu je spot gel ni korang boleh makeup macam biasa tanpa risau makeup tu memburukkan lagi jerawat ke apa sebab kan ada spot gel ni untuk merawat dan melindungi jerawat tu dari lebih teruk lagi.



I tak sempat guna sebab tak ada jerawat sekarang. Dah ada jerawat nanti I share pengalaman I okay. 



I memang excited mencuba semua produk baru Althea ni. Semua berkualiti dan semestinya berbaloi la kalau cuba. Lepasni tunggu next entry I full review untuk semua produk dan makeup tutorial okay ! Boleh baca review I untuk produk dari Althea yang I dah pernah cuba dekat bawah. Boleh guna code I, tekan LINK NI untuk dapat 20% off !














Althea’s Exclusive Makeup

Short Trip Cameron Highland. Ni memang short trip sangat ! Bertolak pukul 4 petang macam tu, pukul 9 lebih nak dekat 10 malam bertolak balik. Family I dengan family mertua memang suka sangat naik Cameron Highland. Rumah kira dekat sangat la kalau nak naik Cameron tu sebab tu macam tak kisah sangat pukul berapa nak naik turun.



Ikutkan sebelum ni memang tak pernah pun naik Cameron lewat petang lepastu balik masa dah malam. Selalu confirm awal pagi dah gerak naik atas, lewat petang dah bertolak balik sebab siapa je yang berani nak turun malam-malam dengan tak ada lampu nya. Kalau I memang tak berani nak drive dengan keadaan gelap tu. Drive malam-malam ada lampu jalan pun I dah risau inikan gelap dengan berpandukan lampu kereta je yihhhhh.



Kalini I pergi dengan family mertua. Plan ni tak rancang awal pun. Terus macam jum pergi Cameron Highland nak takkkkkkk….. I memang dah lama sangat tak naik Cameron rasanya. Last trip dengan family I dulu. Boleh baca dekat SINI



Dah dua tiga hari kot balik Perak, cuaca panas, dengan I mengandung bertambah panas I rasa hahaha terus mil I ajak pergi Cameron untuk menyejukkan badan sekejap. I memang ON la nak naik Cameron sebab fav tempat paling dekat nak berliburan hahaha. Memula risau jugak sebab dah lewat tapi pergi dua buah kereta, ramai. Kalau la terjadi apa-apa tak risau sebab ada lagi satu kereta kan. Jadi bermula la trip ke Cameron Highland.


Kea Garden Guesthouse



On the way naik dah nak sampai tu hujan turun renyai-renyai. Bila hujan ni cuaca bertambah la sejuk. Kalau tak hujan, biasa je sejuk dia. Seronok tengok kabus tebal dengan cuaca sejuk ni. Sejuk perut I mengandung hihihi. First stop semestinya toilet !



Sebab dah biasa naik Cameron Highland, I rasa semua tempat I dah pergi. Kali ni focus nak beli makanan dan nikmati cuaca sejuk. Sempat la singgah kedai-kedai tepi jalan tu beli ubi yang manis buat bekal makan dalam kereta dan bawak balik rumah. Beli sayur goreng dan cendawan goreng. Lepastu singgah la area Kea Garden Guesthouse sebab I tak pernah pergi sini lagi. Tempat dia cantik gila ! Kalau korang nak stay dekat Cameron Highland maybe boleh cuba stay sini. I tak tanya pulak harga berapa. Datang tangkap gambar je hihi. Nanti baby dah keluar boleh la ajak Aiman stay sini.


Restoran Taman Apple Cameron


Next destinasi pergi makan steamboat and grill. Pilihan kiteorang mesti la Steamboat and Grill Taman Abang. Kalau tak familiar dengan nama ni mungkin korang kenal dengan nama Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill. Mana-mana la sama je hahaha. Tak pernah tak puas hati bila datang makan sini. I rasa ni dah kali ke tiga ke ke-empat I makan sini. Kalini datang bawak family mertua pulak. Memang seronok la makan ramai-ramai kan. Boleh baca review I sebelum ni mengenai Steamboat and Grill Taman Abang dekat SINI dan SINI okay.










Cara nak pergi dia, Waze je ! Tak payah susah-susah. Lagipun dari jalan besar dah nampak. Memang nak senang Waze jela. Harga dia I rasa dah naik dari dulu. 8 pagi -  4 petang untuk menu ala carte. 5 petang - 12 tengah malam untuk steamboat dan grill.



Harga buffet steamboat grill adalah seperti berikut 

Dewasa : RM39.90
Warga emas (50 tahun ke atas) : RM33.90 
Kanak kanak (6 tahun - 12 tahun) : RM29.90 
Kanak kanak 5 tahun dan ke bawah : Percuma
Harga tidak termasuk cukai kerajaan SST 6%



Harga ni I ambil dekat Facebook dia. Apa yang I suka bila makan dekat sini, senang nak cari restoran ni, parking banyak, toilet disediakan, buffet best macam-macam ada. Kiteorang banyak makan kambing dan udang. Lepastu duk ulang makan ice cream. Sejuk-sejuk kelaparan makan makanan panas memang best ! Tak pernah tak puas hati bila makan dekat sini. Staff pun membantu sangat kalau korang perlukan apa-apa. 





Tempat duduk pun boleh pilih nak duduk atas kerusi atau bersila je. I dah rindu lagi nak makan dekat sini. Mungkin lepas bersalin nanti nak ajak Aiman stay sini bawak baby harap ada rezeki dan panjang umur ! 



Lepas makan beberapa jam tu, siap-siap nak balik. Sebelum tu sempat singgah mana kedai yang bukak nak beli strawberry. Petang tadi tak sempat beli. I nasihatkan kalau ada peluang beli strawberry beli petang. Jangan beli malam sebab harga kemain mahal -.- Dah beli strawberry terus balik. I tengok boleh tahan ramai jugak la kereta yang turun waktu malam. Yang naik Cameron malam-malam pun ramai jugak. Yang penting kena sentiasa hati-hati sebab jalan berbukit dan risau tetiba ada tanah runtuh ke apa kan. Aiman drive I dah on kan Waze awal-awal so senang nak agak depan tu ada corner tajam ke apa. Okay itu je perkongsian Cameron Highland kali ni. Baca entry Cameron Highland I yang lain dekat bawah ni okay.




CAMERON HIGHLAND JANUARY 2018





Short Trip Cameron Highland : Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill

Bila cuba kedai makan baru, mesti nak share dekat blog jugak. Jadi haritu I ada pergi mana dekat satu kedai yang agak famous sebab harga dia lebih murah dari kedai lain. Cerita dia masa tu on the way balik dari Perak ke JB. Aiman singgah sungai buloh tak silap I, jumpa kawan dia kejap. 



Awal malam lagi masa tu, dengan I yang selalu lapar lepastu plan la nak dinner dekat mana. Biasa singgah rnr je kalau nak makan sebab selalu tak cukup masa. Perjalanan Perak-JB memang 6 jam macam tu laa kalau tak jem kan. Keras sendi semua duduk dalam kereta lama-lama. Tapi disebabkan esoknya I cuti, Aiman pun kerja petang so macam ok la kot singgah makan mana-mana kejap. 



I pun cari la dekat twitter kedai mana best nak makan dekat area Shah Alam. Masa I tak mencari kedainya banyak pulak makanan best viral -.- Bila mencari, nan hado. I dah macam malasnya nak cari makan dekat rnr jela. Tapi berbelah bahagi jugak makanan rnr bukan best mana hahaha. Last-last I nampak tweet Gerai Gelas Besar. Finally……



I tertarik nak cuba makan dekat sini sebab tengok gambar makanan macam best dan nampak sedap. Harga murah, air dia pun nampak pelbagai dan dalam rm2-2.50 je untuk segelas juice macam tu. Baca review pun orang komen berbaloi la makan sini jadi I ajak Aiman singgah. Dia ada dua lokasi, satu di Shah Alam dan satu lagi dekat Subang Bestari. I pergi yang dekat Subang Bestari sebab dekat dengan lokasi I masa tu.



Gerai ni jual makanan western dan western + nasi goreng. Bila sampai je boleh tahan banyak kereta. Nasib baik ada jugak parking dekat sebab I malas nak jalan jauh sejak mengandung ni hahahha. Kawasan kedai dia macam dekat food court tapi food court kecik je. Masuk pagar area food court tu macam wow ramai gila orang seperti tak ada meja kosong jeeee…. Cari-cari nasib baik la ada jugak meja kosong. Memang penuh orang la I rasa semua singgah nak makan kedai tu je.



Agak lama nak tunggu orang ambil order, Aiman pergi order dekat kaunter je. Ikutkan I lapar nasi lepastu tengok gambar Nasi Goreng Meatball dia macam sedap tapi nasi goreng habis :( Aiman orderkan I Spaghetti Meatball dan dia punya grilled chicken chop tak silap. sorry gambar tak memuaskan sebab ligting buruk hahhahah








Air pulak order Jambu Asam Boi dan air mangga. Ikutkan memang lama jugak la tunggu makanan. Lama sangat ! I dah la memang lapar, bad mood terus nak makan tunggu makanan sampai. Mungkin ramai sangat orang. I dah macam nak suruh Aiman cancel je makanan, pergi makan tempat lain tapi tak apa la bagi chance tunggu 10 minit lagi. Lepastu terus makanan sampai. Nasib baik.



Air pulak dah nak habis makan baru sampai tsktsk. Air mango dia ceroi sikit mungkin dah lama tunggu turn nak hantar. Lepastu air asam boi I tak sampai tapi air dragon fruits yang sampai. Ahhh lantak sana I minum je air tu hahaha. Air dragon fruits dia boleh tahan sedap. Berbaloi la harga air dia dengan rasa.





Untuk makanan pulak bagi I biasa je. Bukan tak sedap tapi okay la. Portion dia sesuai la dengan harga. Boleh la tahan kenyang sampai balik rumah haha. Korang boleh tengok harga dan menu yang ada dekat sini dekat bawah ni. I ambil dari twitter diaorang ( @geraigelasbesar )



Waktu operasi - selasa hingga ahad 5 petang hingga 11.30 malam. Isnin cuti okay. Alamat dia boleh tengok dekat twitter je semua dah complete.







Air Gelas Besar RM2 Je

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.