STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA

Kalau korang perasan, hujung tahun 2018 I dah masukkan slot review produk baru iaitu haruman a.k.a perfume. Sebelum ni I tak pernah pun buat review perfume tapi rasa best pulak kongsi perfume apa yang bau wangi dengan harga yang berbaloi jadi boleh la survey dulu sebelum membeli. Tak silap I, dah ada dua ke tiga entry review perfume dalam blog I. Kalau nak baca boleh guna search box dekat sidebar untuk cari okay :)



Kali ni I nak kongsi review body mist pula. Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah kolaborasi Antara team Althea dan Titi Kamal. Titi Kamal ni penyanyi dan pelakon dari Indonesia yang memang terkenal la dekat Indonesia. I rasa dekat Malaysia pun dia famous jugak sebab I memang selalu tengok sinetron dia berlakon. Filem Ada Apa Dengan Cinta pun dia berlakon jugak. Mesti korang kenal punya la.










Kolaborasi Althea dan Titi Kamal menghasilkan body mist dengan haruman fruity dan floral. Bau buah-buahan tu dari gabungan sweet orange dan peach, bau bungaan pula dari rose. Bagi I bau dia memang wangi. Masa spray tu mungkin permulaan rasa bau agak kuat tapi lepastau bau dia sedap, lembut.



Macam I, I suka bau yang lembut dan tidak terlalu menyengat. Masa terima body mist ni risau jugak I tak suka sebab dia tulis ada fruity scents sekali tapi lepas dah try terus jatuh hati. Bau dia unik dan sesuai dengan orang yang suka bau sweet tapi still ada hint lembut macam tu.



Formulasi dia pun tak rasa melekit, selesa pada kulit. Nama pun body mist kan mesti la spray pada kulit. I spray pada lengan bahagian nadi tu dan leher. Tak ada rasa tak selesa ke apa. Rasa best je sebab rasa diri sendiri wangi sangat hahahaha. Paling penting tak buat kulit I allergic atau gatal-gatal.





Botol yang tak terlalu besar dengan isi 100ml memang tahan agak lama bagi I. Dah guna sebulan lebih, pakai pergi kerja, pakai lepas mandi, still banyak lagi. I tak spray jimat-jimat tau. Sembur je sebab suka wangian dia. Nak simpan dalam beg pun senang sebab botol yang tak besar atau berat. Packaging jenis plastik jadi tak berat macam bawak perfume botol kaca. Tak risau jugak terpecah dalam handbag ke apa. Lepas rehat solat semua boleh spray lagi sebab siapa je tak suka wangi-wangi.



Bagi I wangian dia tahan agak lama cuma mungkin kalau dah petang sikit tu I je yang boleh bau, orang sebelah tak ada bau apa-apa la. Antara bahan yang digunakan dalam body mist ni, Damask Rose Water untuk melembapkan dan memberi bauan yang lembut, Orange Flower Extract, bauan yang segar serta Elder Flower Extract memberi mendinginkan dan melegakan kulit dalam masa yang sama memberikan bauan yang feminin.






Bahan lengkap seperti Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.



Korang boleh check dulu ingredients body mist ni kalau ada yang tak sesuai dengan kulit okay. Bagi I body mist ni memang sesuai dengan nama dia. Stay Fresh Body Sparkling Mist. Rasa segar je dan menaikkan mood I bila guna. Dia punya design pun nampak sesuai dan dekat dengan Titi Kamal. Nampak ceria, feminin dan sweet !







Pembelian boleh dibuat di laman web Althea : Buy Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist. Korang boleh dapat 20% off untuk pembelian pertama dengan tekan link NI okay. Jimat banyak tau dengan 20% off tu.





Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.