Shop My XMas Wishlist

Sebelum Christmas haritu I ada update My Althea Wishlist entry yang I listkan 10 barang I nak beli dekat Althea. 5 makeup dan 5 skincare. Kalau nak tahu apa wishlist I dan apa yang korang boleh beli di Althea boleh la baca entry I yang tu hihi. Bulan 12 kan biasa macam-macam event sempena Christmas dan Christmas tak lengkap tanpa tukar-tukar hadiah.



Jadi I pun beli la jugak hadiah untuk diri sendiri. Dalam wishlist I tu mungkin ada satu je kot yang I beli. Yang lain simpan dulu untuk beli akan datang sebab budget tak cukup. I rasa dah berapa kali dah ni I shopping dekat Althea. Untuk pembelian kali ni I beli 10 barang jugak sama macam wishlist tapi barang yang berbeza dari wishlist.






https://my.althea.kr/herb-warm-pack-single-pack

I beli tiga kotak warm pack ni. Satu kotak ada tiga pack. I baca warm pack ni sesuai untuk masa period. Biasa I guna hot bag tu je untuk tuam masa sakit period. I beli warm pack ni stand by untuk masa pantang nanti. Macam berguna je kalau nak guna lepas bersalin masa dalam wad nanti kan. Orang lepas bersalin kan selalu guna tungku untuk tuam perut bagi darah lancar lepas bersalin. I guna warm pack ni je la dulu sementara bermalam dekat hospital.



Jadi warm pack ni salah satu persediaan I untuk berpantang nanti. Lepas pantang baru up review dekat blog okay. Tapi kebanyakkan review semua suka dengan warm pack ni. Selesa digunakan semasa period. Korang boleh la cuba juga nanti.



https://my.althea.kr/gold-snail-hydrogel-patch

Eye patch ni pun I beli untuk persediaan pantang nanti hahahha. I dah la first time nak melalui pengalaman berpantang ni. Entah macam mana la waktu tidur I nanti. Jadi untuk kesegaran dan kesihatan mata I, I siap-siap beli eye patch. Harap nanti membantu la bagi mata I nampak segar. Baby pun tak ada la takut tengok rupa mak dia ni lol.



I ada guna sepasang eye patch ni sebab excited. I dah lama teringin nak try. Guna malam dalam 20 minit lepastu tidur, pagi esoknya nampak sekitar mata I lebih lembap dan segar. Tak sabar nak guna lagi nanti. Eye patch ni salah satu wishlist dalam My Althea Wishlist yang I beli.



https://my.althea.kr/ruby-bulgarian-rose-eye-patch

I bukan beli satu jenis je tau eye patch ni, I beli dua terus. Jatuh cinta dengan packaging pink dia ni. Cantik ! Kalau mata I tak cantik lepas guna produk ni tak tahu nak cakap apa -.-



https://my.althea.kr/water-sleeping-mask

Dalam wishlist I ada produk Laneige tapi I pilih untuk beli Laneige Water Sleeping Mask dulu. I selalu tengok orang review kebaikkan dan kesan pakai water sleeping mask ni jadi I kena try jugak. Malam semalam I baru pakai sekali dan kesan dia pagi ni memang best. Kulit nampak lembut, lembap dan tak kering. Harap nanti I pakai banyak kali, kulit nampak lebih sihat dan glowing la haha. 



Kalau korang tak tahu sleeping mask ni apa, mask yang boleh bawak tidur terus. Tak payah bilas. Lepas pakai tidur je terus.



https://my.althea.kr/rice-ceramide-moisture-toner

Dalam skincare routine I memang tak ada toner jadi I berminat nak tambah toner dalam rutin I. I pilih produk ni sebab dia bukan toner biasa. Boleh melembapkan kulit dan mengandungi ceramide. Ceramide ni membantu menjaga skin barrier so buat kulit lebih anjal, lembap dan lebih halus. Tekstur dia pun bukan macam toner biasa yang cair tapi lebih pekat dan sejuk je pada kulit.



https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer

I beli concealer ni untuk lukis kening haha. Saja nak try concealer dari Althea tapi I tak cuba lagi sebab tak ada masa nak experiment. Busy dengan benda lain jadi tak boleh bagi first impression untuk produk ni. Nanti I buat entry full untuk review concealer ni okay.



Tapi I baca review untuk produk ni kebanyakkannya suka dengan tekstur dia. Lightweight, moisturizing dan sesuai dengan kulit diaorang. Harap sesuai dengan kulit I jugak.



https://my.althea.kr/it-s-my-eyelash-curler

Eyelash curler ni RM12 je murah gila ! Ada dua jenis, satu biasa punya, satu lagi comb. Yang biasa dah sold out jadi I beli je comb. Comb tu pun macam tak ada function sangat pun, kesan dia sama je macam eyelash curler biasa. I suka walaupun murah tapi masih boleh curl kan bulu mata I dengan baik. Eyelash curler I yang lama dah tanggal getah dia tu. Nak pasang pun alahai asyik terbukak je so kita beli baru je.



Nanti kita tengok berapa lama tahan eyelash curler rm12 ni okay hahaha.



https://my.althea.kr/color-my-brows

I beli ni sebab adik I nak. Ingatkan nak beli dua tapi boleh beli satu je setiap pembelian tsktsk jadi I beli untuk dia jela. I tak reti guna, ni pun baru nak try lukis kening guna pencil biasa tu je hahaha. Next time bila dah pro sikit maybe boleh beli yang jenis brow mascara ni pulak.



Okay tu je 8 jenis barang yang I beli dari Althea. Lagi dua barang tu sebab I beli warm pack tiga kotak kan so total 10 barang yeay. Tak sabar nak guna semua produk dan tulis review. Kalau korang ada request nak review mana satu boleh komen dekat bawah okay.








2 comments

  1. mell pun dah shopping belum sempat wat unboxing lagi :P padahal dah lepas new year dah haha

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.