Misi blog 2018 dah tercapai?

Olla. Entry lepas I dah update Misi Blog 2019. Entry kali ni I nak tengok semula Misi Blog 2018 berapa yang dah tercapai hahaha. Untuk misi blog 2018 sama macam 2019, ada empat point jugak tapi point yang berlainan la.





1. Bertukar kepada domain

Alhamdulillah misi yang pertama tercapai. Blog I dah ada domain sendiri, dari www.airahsyahirah.blogspot kepada www.airahsyahirah.com . Boleh baca cerita I bertukar kepada domain di SINI. Apa yang I perasan bila dah bertukar kepada domain ni, pengunjung blog semakin lama semakin meningkat. Setiap bulan bila tengok pageviews memang ada peningkatan yang memberansangkan jadi I harap 2019 dapat la hit 1 juta pageviews. 



I ada baca jugak blog yang menggunakan medium wordpress macam lagi best tapi bila nak bertukar ni memerlukan lebih banyak ilmu. I memang tak reti. Dulu rajin la buat research baca itu ini untuk upgrade blog, bila ada masa lapang. Sekarang nak kejar masa heh macam tak ada masa je. Mungkin kena refer pakar wordpress dulu.



2. Template baru

Ya template I masih tak bertukar lagi untuk tahun 2018. I dah bawa misi ini untuk tahun 2019 pulak. Kalau 2019 masih tak tukar template tak tahu nak cakap apa hahahha. Haritu I ada cuci mata dekat etsy jugak tengok template blog lawa-lawa. I suka sangat template yang harga kemain ratus-ratus tak nak kalah harga dia -.- Biasa yang murah sikit ni template pun biasa je kan hahaha.



Jadi nanti tengok sikit template macam mana I tukar untuk baju baru blog ni.



3. Entry baru yang lebih bermanfaat

I tak pasti tahun 2018 entry I bermanfaat ke tak hahahahha. Bermanfaat la kot sebab I rasa lebih banyak review produk yang I share dari entry merepek mungkin. Kalau ada entry merepek tu maaf. Insha Allah tahun 2019 lebih banyak lagi review yang I nak kongsikan sebab I sejenis nak beli apa-apa mesti google review dulu tengok komen orang lain jadi kita boleh tahu serba sedikit benda tu sesuai ke tidak dengan kita.



Jadi I pun ada kongsi review dan pengalaman se-detail yang mungkin dekat blog ni okay !



4. Income dari blog

Alhamdulillah untuk income dari blog tahun 2018, banyak juga job berbayar yang I terima. Job viral, job review dan sebagainya. Terima kasih jugak dekat group Kelab Blogger Ben Ashaari yang banyak terima job dan kongsi dengan blogger lain. I pun dalam usaha nak tingkatkan mutu dan kualiti blog. Walaupun sebelum ni I berblog tak mengharapkan duit ke apa tapi bila ada terima income dari blog ni membantu jugak I nak beli benda-benda yang I nak hahaha.



Caiyok capai misi 2019 pula !





4 comments

  1. Good luck untuk next misi 2019! ^^

    ReplyDelete
  2. hope tahun 2019 banyak lagi yang tercapai ya

    ReplyDelete
  3. tahniah and goodluck for the upcoming years sis!

    ReplyDelete
  4. keep it up sis !! semoga 2019 lebih cemerlang dengan jayanya =D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.