Tiga Menu Minum Petang Dengan Natural Pandan Leaf Extract

Penggunaan esen pandan dalam masakan memang dah jadi benda wajib. Kalau nak tambah rasa guna esen pandan, nak tambah warna pun guna esen pandan. Kalau I memang akan pastikan esen pandan sentiasa tersedia dalam fridge. Bukan apa memang kebanyakkan menu utama, pencuci mulut, minuman di Malaysia ni selalu gunakan esen pandan jadi wajib la simpan satu dalam peti kan.



Baru-baru ni I guna Natural Pandan Leaf Extract dari Bio Nutricia. Kenapa guna Natural Pandan Leaf Extract Bio Nutricia???

- Rasa dan warna esen ni semulajadi.
- Phytonutrient (Chlorophyll, Polyphenol, Flavonoid, Triterpene, Saponin, Amino acid)
- Pilihan sihat dan mudah
- Bahan semula jadi
- Tinggi antioksidan, pemberi tenaga, dan sebagai minuman yang menyegarkan



Bio Nutricia Extract menggunakan teknologi Green Bio Technology untuk menghasilkan ekstrak pandan yang berkualiti tinggi, semula jadi tanpa mengubah atau menambah bahan lain menggunakan daun pandan yang sememangnya berkualiti. Teknologi Encapsulation juga membantu memelihara warna dan rasa pandan. Aroma semula jadi pandan lebih terserlah apabila dipanaskan.



Sebab tu la I suka guna Pandan Leaf Extract ni. Masa masak memang bau pandan tu wangi sangat ! Warna dia pun cantik dengan kuning hijau lembut. Bukan warna yang nampak fake terlebih pewarna tu. 



I dah cuba tiga menu dengan menggunakan Natural Pandan Leaf Extract ni. Mula-mula nak try satu menu je tapi macam best la pulak guna ekstrak pandan ni, terus buat sampai tiga menu. Lagi-lagi hujung minggu ni memang sesuai nak buat resepi yang I dah cuba. Sesuai untuk menu petang seisi keluarga.



Menu 1 : Agar-Agar Pandan







Bahan :
20 gram agar-agar bertali
1500 ml air
1 cawan gula pasir
1 cawan santan
3 ketul gula batu
2 sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract
1 biji telur



Cara :
Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar hancur. Dah hancur, masukkan gula dan gula batu. Kacau semua sebati guna api sederhana.







Masukkan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract. I suka bau wangi pandan dia. Kemudian masukkan santan dan kacau sampai menggelegak. 






I tunggu sejuk sekejap dalam periuk tu baru masukkan dalam loyang untuk keraskan dalam fridge. Dah keras boleh potong dan makan ! Agar-agar paling sedap makan sejuk.







Menu 2 : Roti Jala


Roti jala ni I buat petang. Kari dah siap masak tengah hari, boleh cicah roti jala lepastu sampai malam makan hahaha. I suka resepi yang senang-senang je sebab malas duduk dapur lama-lama.


Bahan : 
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
1 biji telur
Santan + air (ikut kepekatan untuk tepung)
2 sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract



Cara :





Blend kan semua bahan hingga sebati. Kalau rajin tapis sekali bahan yang dah blend tu bagi adunan memang cair tak ada ketul-ketul dan bendasing. Letak dalam acuan ataupun I guna botol mineral tu je sebab tak ada acu roti jala tu tsktsk.







Lepastu guna non stick pan bagi roti jala tak melekat. Ni first time tau I buat roti jala nasib baik sedap dan laku satu rumah makan hahaha. Roti jala biasa I makan dengan kuah kari yang pekat sikit.










Menu 3 : Onde Onde / Buah Melaka





Bahan :
4 senduk tepung pulut
1 senduk tepung beras
3 sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract
Gula Melaka
Kelapa parut
Secubit garam



Cara :
Bancuh tepung pulut, tepung beras bersama Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract dan air secukupnya. Uli doh sampai tak melekat di tangan dan boleh gentel cantik.



Ambil adunan yang secukupnya untuk buat bola kecil dan masukkan gula melaka. Dah siap uli semua boleh rebus buah melaka tu dalam air mendidih. Air mendidih tu boleh masukkan satu sudu Pandan Leaf Extract untuk aroma wangi. Bila bola buah melaka dah terapung boleh angkat dan golekkan dalam pinggan berisi kelapa parut.






I masukkan secubit garam dalam kelapa parut tu untuk rasa lemak-lemak masin sikit. Dah boleh hidang !






Bila guna Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract dalam masakan, lebih mudah kerja memasak. Tak payah guna cara lama nak beli atau tanam pokok daun pandan untuk stok esen pandan. Guna je Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract sebab produk ni memang semula jadi. Warna semula jadi, rasa semula jadi, tak payah risau dah nak guna. Rasa dia memang original dan satu sudu besar Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract bersamaan dengan 7 helai saun pandan asli tau.



Selain guna untuk masakan, boleh digunakan untuk minuman juga. Next entry I share resepi untuk minuman pula okay. Pandan Leaf Extract Bio Nutricia Extract juga boleh didapati dalam bentuk serbuk. Jadi kalau nak beli boleh ikut citarasa sendiri. 



Untuk pembelian boleh ke
Shop - Bio Nutricia Extract (https://bionutriciaextract.com/shop/)
Website - bionutriciaextract.com
Facebook - Natural Pandan Leaf Extract Concentrate (https://www.facebook.com/pandanextract/)







21 comments

  1. wahhh.. sedap.. lapar pula tgk ni :)

    ReplyDelete
  2. roti jala tu rare! hehe boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  3. Wahhhh, curious pulak kita macam mana awak buat roti jala guna botol mineral. Hehe. Ingat nak buat roti jala mesti ada acuan dia. Rupanya guna botol mineral pun boleh.

    ReplyDelete
  4. I will definitely try this product untuk buah melaka. Sebab saya suka buah melaka!

    ReplyDelete
  5. Ada halal tu yang kita nak beli dan gunakan tanpa was was tu. Wahhhh nampak cantik je roti kirai tu warna hijau. Banyak kegunaan perisa pandan ni eh...

    ReplyDelete
  6. Selalu tu kena pergi daun pandan,blend dan tapis airnya. Kalau dah ada ekstrak pandan ni memang senang banyaklah jawabnya hehe. Ada jual kat pasaraya tak ni ya?

    ReplyDelete
  7. War....tak tersangka pulak yang roti jala pun boleh gunakan ekstrak pandan ni kan. Memang terbaik lar. Nak cuba juga. :D

    ReplyDelete
  8. Kenapa la Rawlins tengok time minum petang nie? Dah terliur dah jadinya. Nak onde-onde dan roti jala tu please. Hantar seketul ke sini please.....

    ReplyDelete
  9. Whoa! pandai you buat roti jala tu. Nan buat juga la. Pandan extract ni not only convenient but also sedap and totally natural taste. Must have item in every home.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dah ada natural pandan extract macam ni. Selalu jenuh la nak guna daun pandan. Dulu kalau ada pun perisa tiruan je. Skrg dah senang keje & guna natural ingredient plak tu

    ReplyDelete
  11. All my favourite items tapi tak pernah try pandan extract ini. Kena cuba buat with this pandan extract next time.

    ReplyDelete
  12. Bila kekalkan bau pandan dari daunnya yang asli memag bagus digunakan .Sebab khasiat tu tetap dapat .Bau pandan memang best dan wangi .Sampai buat tiga resipi terus ya Yang buah melaka tuh memang favourite Mimi tau

    ReplyDelete
  13. banyak kegunaan pewarnani..semuanya menjadikan makanan itu lebih cantik dan menarik..sy memamg selalu guna dalam menyediakan kuih onde-onde

    ReplyDelete
  14. Pandan paste memang banyak kegunaan nya dalam masak an terutama dessert. Suka ada yang Halal gini. Eh! Lawa laaa roti jala tu. Bak mai 5 ketul. Kat rumah ni ada kuah Kari. Sedapnya cecah!

    ReplyDelete
  15. First time tahu ada jual extract pandan selain dekat kedai cake.. boleh la beli sbb kat rumah xde daun pandan.. so kadang2 buat kuih yg pakai pandan mmg failed sbb xde daun pandan.. even nasi lemak pun liez susah nak dpt pandan.. huhuhu

    ReplyDelete
  16. Wahhhh terima kasih sebab berkongsi menu-menu minum petang nie. Nampak sedap semuanya n tak sangka, mudah je rupanya nak buat. Comel lah guna warna hijau utk buat roti jala. Yelah, selalunya nampak yg warna kuning je

    ReplyDelete
  17. Wah senang sangat ade esen pandan leaf ni.. Boleh beli nanti.. Macam2 jenis kuih boleh buat dengan pandan leaf ni ye. .Best2..

    ReplyDelete
  18. rajinnya dia ...tapi nampak senang jer guna pandan leaf ni punya extract..macam2 boleh jadi...paling sedap macam roti jala pandan tu haaa...nanti nak testlah jugak

    ReplyDelete
  19. thanks for sharing! among all that you mentioned, i think i love the onde onde the most! hehe you are so talented to do all these!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  20. havent try Bio Nutricia Natural Pandan Leaf Extract before. but from your blogpost ini macam best sangat. can use to make so many delicious food kan

    ReplyDelete
  21. TB suka bau daun pandan.. alahai.. bestnya kalau dapat masak guna Pandan Leaf estrak ni ye.. boleh buat macam-macam.. aroma pandan tu menyedapkan lagi bau masakan menu kita

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.