My Althea Wishlist





Bulan December ni memang meriah dengan persediaan sambutan Christmas dan semestinya sales everywhere ! Antara salah satu aktiviti masa Christmas yang I tahu adalah tukar hadiah. Jadi kalau ada dari pembaca blog I yang masih dilema nak beli apa untuk hadiah kepada rakan, family atau sesiapa je mungkin boleh beli produk yang ada di Althea.kr.



Pejabat I pun ada buat sesi tukar hadiah untuk Christmas nanti. Bawah ni I senaraikan Top 10 Wishlist produk yang I nak di Althea.kr. Korang pun boleh la beli sebagai hadiah kepada yang tersayang. Sebab utama I suka cuci mata beli skincare makeup dekat Althea ni, banyak pilihan sambil tu boleh kumpul points untuk pembelian seterusnya.



1. Althea Bare Essentials Set
Link : https://my.althea.kr/bare-essentials-set

I dah lama teringin nak cuba Althea Bare Essentials Set yang terdiri daripada Contour Cleanser, Primer Water dan Fixer Cream ni. I ada baca review ramai bloggers dan youtubers lain yang dah guna set ni dan diaorang memang puas hati. Siap ada yang repurchased lagi jadi I nak sangat cuba tahap keberkesanan produk ni.






Kalau korang tak tahu, set ini merupakan keluaran dari Althea sendiri. Sebelum ni I dah cuba Althea Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder memang best jadi mungkin produk Bare Essentials ni pun best jugak.



2. Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
Link : https://my.althea.kr/freshly-juiced-vitamin-e-mask-90g

Sebagai seorang yang sukakan produk skincare, I memang akan selalu update produk yang menjadi pilihan skincare junkie/ beauty enthusiast ni. Salah satu produk yang banyak dapat positif review adalah Freshly Juiced Vitamin E Mask. Tak silap I produk ni pun salah satu Best Seller di Althea. Baca review orang lain di laman web Althea pun rata-rata suka dengan produk ni.






Lama juga produk ni ada dalam wishlist I. Baru-baru ni I dah cuba Freshly Juiced Vitamin Drop dan Midnight Blue Calming Cream di bawah jenama yang sama. I beli di althea.kr jugak jadi tak sabar nak masukkan lagi satu produk Dear, Klairs dalam skincare routine I.



3. Petitfee Gold & Snail Hydrogel Eye Patch
Link : https://my.althea.kr/gold-snail-hydrogel-patch




Haritu I dah masukkan produk ni dalam cart dah tapi hold dulu la hahaha. Kerja I memang dari pagi sampai petang pandang screen laptop je. Lepastu balik rumah sambung pandang screen handphone pulak. Sangat tak bagus untuk kesihatan mata dan buat mata I nampak letih. Sebab tu I perlukan eye patch ni.



Lagi satu I dalam proses kumpul barang untuk persediaan pantang nanti jadi eye patch dah jadi salah satu wishlist. I tengok review dia pun positif, eye patch membantu menyegarkan mata dan buat kawasan bawah mata lebih lembap. Range eye patch dari Pitifee ni pun banyak antaranya Ruby & Bulgarian Rose, Gold & EGF dan Black Pearl & Gold. Tak Sabar nak try semua !



4. Laneige Essential Balancing Emulsion
Link : https://my.althea.kr/balancing-emulsion-light

Sebelum ni I pernah guna Laneige Water Bank tu, best ! Sampai ada stranger yang tanya I pakai skincare apa sebab kulit cantik tsktsk. Setakat ni I pernah guna cleanser dan trial set Laneige tu memang puas hati la sesuai dengan kulit I. Jadi Wishlist I yang seterusnya adalah emulsion Laneige ni. I pilih emulsion ni sebab I jarang masukkan emulsion dalam skincare routine I.





I lebih focus pada serum dan moisturizer. Bila tengok banyak feedback best untuk produk ni, rasa nak cuba pulak hihi. Lagipun emulsion ni sesuai untuk kulit jenis combination to oily jadi I rasa dia sesuai dengan keadaan kulit I sekarang.



5. Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm
Link : https://my.althea.kr/clean-it-zero-cleansing-balm-100ml-original




Kalau korang tak tahu lagi, double cleansing sangat diperlukan oleh kulit lagi-lagi kalau korang suka pakai makeup tak kira tebal ke tak atau pakai sunscreen. Kena cuci produk-produk tersebut dengan bersih. Sekarang I cuba cleansing oil je jadi I masukkan cleansing balm pula untuk I cuba nanti.



Macam biasa I suka pilih dan cuba produk yang banyak feedback positif hahaha. Banila Co Clean It Zero ni ada 4 jenis cleansing balm yang korang boleh pilih ikut kesesuaian dan keutamaan kulit korang okay. Warna dan packaging dia bagi I comel sangat sebab warna lembut pastel macam tu.



6. VDL Lumilayer Primer
Link : https://my.althea.kr/lumilayer-primer

Cukup 5 wishlist untuk skincare. Seterusnya primer dari VDL ni. Lately ni I suka sangat tengok tutorial makeup dan nak kumpul makeup haha. Sebelum ni nak kumpul skincare je. Perubahan apakah ini….. 





VDL Lumilayer Primer ni bukan sekadar primer sahaja tapi dia bagi healthy glow pada kulit. I lagi suka makeup yang nampak dewy glow macam tu dari jenis matte. Boleh la buat ala-ala glass skin nanti.



7. Peripera Mini-Mini Peppy’s Carrier
Link : https://my.althea.kr/mini-mini-peppy-s-carrier-new-york-10025

Jatuh cinta dengan set mini ni ! Walaupun review cakap set dia kecil je tapi mostly puas hati dengan produk Peripera. I pernah beli liptint Peripera dan memang best, warna lama dan susah nak hilang. Dalam set ni ada 5 produk, jadi kalau semua okay dengan kulit I boleh la beli yang besar pula nanti.





Lagi satu I rasa set ni comel kalau jadikan hiasan atas meja makeup. Nak bawak travel pun senang sebab saiz dia comel je. Luggage pink tu yang paling I nak.



8. Color Deep 12 Color Eyeshadow Palette Glam Shine
Link : https://my.althea.kr/12-color-eyeshadow-palette-1-5g-12ea-glam-shine




Macam I ada cakap dekat atas tadi I dalam mood nak makeup sekarang. Kalau boleh nak kumpul lengkap semua step makeup cukup jadi senang la nak buat eksperimen dekat muka sendiri. Lagipun I bukan reti makeup sangat haha. 



Masa I survey-survey makeup yang ada di laman web Althea ni, terus jatuh hati dengan palette Color Deep. Warna dia cantik ! Dan tak mengecewakan bila I baca review orang lain di website Althea, semua puas hati dengan warna palette dan pigmentation dia. Buat I tak sabar nak beli terus masuk dalam wishlist.



9. Moonshot Honey Coverlet Stick Extreme
Link : https://my.althea.kr/honey-coverlet-stick-extreme-3-5g

Bagitau I siapa je yang tak suka kumpul lipstick…… I ada 6 lipstick kot dalam simpanan tapi kalau nak bandingkan dengan orang lain yang ada macam-macam warna tu memang jauh beza hahaha. I jatuh cinta dengan code Baked Burn lipstick ni.





Baked Burn warna dia macam orange brown. I memang tak ada warna lipstick orange macam ni teringin nak try satu. Kalau nak tengok warna dia macam mana boleh tekan link dekat atas. Semua warna cantik !



10. Hera UV Mist Cushion Cover
Link : https://my.althea.kr/uv-mist-cushion-cover-2016-new

I kalau pergi office pakai cushion je. Senang dan tak ambil masa yang lama. Kalau keluar jalan-jalan baru ada effort sikit pakai foundation. Kadang tu tak pakai apa langsung sebab malas. Tapi stok cushion I akan pastikan sentiasa ada sebab I memang pakai. Sebelum ni I dah pernah cuba Laneige punya cushion, sekarang tengah nak habiskan The Face Shop yang CC Intense Cover Cushion dan ada satu lagi Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation tengah tunggu turn nak guna haha.





Jadi next ni I nak try Hera punya pulak. Tapi wishlist cushion I memang banyak, semua nak cuba.



Semua produk yang I bagitau dekat atas boleh beli di website Althea okay. I memang suka beli dekat Althea sebab dijamin original. Nak tunggu barang sampai pun tak lama. Pilihan banyak dan semestinya harga yang berbaloi. Siap ada free shipping lagi. Kalau korang nak 20% off untuk pembelian di Althea boleh klik LINK ni okay !




2 comments

  1. Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm tu ok..MN dah try..memang remover habis makeup dekat muka

    ReplyDelete
  2. huhu rambang mata kan bila masuk Althea ni :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.