Itinerary Melaka Trip

Melaka trip untuk kali yang kedua lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin pun dah dua kali jugak kot I dah datang Melaka haha. Nasib baik ada blog boleh I check bila last pergi Melaka iaitu tahun 2017. Jadi tahun 2018 ni I dah siap-siap buat itinerary, nak melawat mana, nak makan apa, nak jalan-jalan dekat mana. Kalau boleh tak nak repeat tempat yang I dah pergi sebab masih segar lagi dalam ingatan tempat yang I dah pergi tu haha.



I memang excited google, cari dekat facebook dan twitter apa yang menarik di Melaka. Dua tiga bulan sebelum tu dah siap survey okay. Tapi dua tiga hari sebelum nak pergi baru siap finalize semua tempat lawatan dan tempat makan. Walaupun pergi Melaka je tapi I Jenis yang suka road trip. Pergi jalan jauh-jauh naik kereta tengok kiri kanan. Memang penat road trip ni lagi-lagi kalau tempat tu jauh dan kau yang kena drive hahaha.


@ Agrofarmstay



Macam biasa I pergi berdua je dengan Aiman kesayangan. Tempat menginap dah settle awal-awal, terima kasih pada Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka sebab sponsor bilik menginap. Nanti I update full review okay.



MELAKA TRIP
  7:20 bertolak
 Breakfast - sepanjang jalan
 First stop : Demang Abdul Ghani Gallery

 Lunch - Jonker88

Next Stop
 Jonker Walk
 Mamee Jonker House
 The Orang Utan House

Tea Time
 Keria Antarabangsa Hajah Rahmah
 Avocado Choc Melaka
 Mee Goreng Sotong Jumbo

Petang
 Masjid Selat

Malam
 A Famosa

 Dinner - Ikan Bakar Parameswara

 Supper - Pak Putra Tandori & Naan

NEXT DAY
 Breakfast
 First Stop : Encore Melaka
 Mango Royale Cheese
 Ayam Samurai Melaka







Okay atas ni gambar yang I dah screenshot dari notes phone I. Gigih tau siap buat masa perjalanan semua sebab kalau boleh nak pergi semua tempat la. Nampak tak lebih banyak singgah makan dari jalan-jalan hahaha. I mengandung ni asyik nak makan je. Tapi bukan semua tempat ni I pergi. Ada yang tak sempat, ada yang tutup, macam-macam kes padahal I dah tengok waktu perniagaan diaorang semua I dah kira.



Kita hanya mampu merancang je. Tunggu next update untuk hari pertama ke Melaka okay !






5 comments

  1. seronok pegi Melaka pun ada list. Haha Aien redah aja. ^^

    ReplyDelete
  2. melaka baru pernah pegi sekali yime trip mase kecik2 dlu. skrg dh tak pernah pergi. teringin jugak nk pegi

    ReplyDelete
  3. It seems you had a great travel! :)

    https://julesonthemoon.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Lain kali g Melaka Art Street. Cantik bergambar kat sana.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.