Haruman Identiti Anda

Haruman ataupun lebih dikenali sebagai minyak wangi, perfume sebahagian dari identiti seseorang. Bagi I ia memberi kesan yang besar terhadap penampilan dan pandangan orang terhadap diri kita sendiri. Bayangkan kalau kita ada bau yang tak sedap atau tak enak bagi orang sekeliling, dah memberi pandangan buruk kepada diri sendiri. Tak tahu bagaimana untuk jaga penampilan atau tidak tahu bagaimana untuk jaga kebersihan?



Bila berdiri atau berkawan dengan orang yang bau wangi ni serta merta perasaan kita pun jadi gembira. Sebab tu I kalau boleh akan pakai minyak wangi sebelum keluar rumah. Jangan pulak beria pakai minyak wangi tapi mandi tak -.- Biar la seiring dengan kebersihan badan sendiri.




Baru-baru ni I dah kembali semula ke perfume kegemaran I iaitu AGift With Care. I selalu sebut AGift je. Nama dia pun dah special, cerita dia lagi special. Pertama kali I kenal jenama ni masa I sem 3 atau 4 masa belajar dulu. Mungkin dalam 3,4 tahun lepas…. I jalan-jalan dekat Queensbay Mall lepastu nampak kedai AGift ni. Masa tu baru jugak rasanya outlet dia. I masuk sebab barang dia nampak menarik. Packaging cantik, warna yang digunakan cantik dan bau wangi !



Terus rambang mata nak pilih perfume sebab yang paling menarik perhatian I adalah perfume dia. Tapi masa tu mesti la tak beli perfume saje sebab boros beli la sekali handcream dan lagi satu barang I tak ingat.



Tapi lepastu I dah tak beli dah sebab perfume dia boleh tahan mahal untuk student macam I lol. Balik Perak pun I dah tak beli sebab dia tak ada outlet dekat Perak. Dah stay JB ni baru la I jumpa balik outlet dia di Aeon Tebrau City. Banyak kali juga I lalu depan outlet dia tapi tak beli sebab I bukan jenis beli barang yang masih ada lagi dekat rumah hahaha. Barang tu dah habis baru la nak beli. Masa tu jugak perfume I dah habis so ada peluang la beli.





Cadang nak beli saiz kecil je last-last ambil yang besar terus sebab dapat free kecil satu. Diaorang selalu juga ada promosi dan promosi semua best-best dan menjimatkan. Duit I je yang tak cukup, kalau cukup I borong semua. Yang kecil tu boleh tahan jugak harga dia hahaha. I pilih wangian yang sama masa I study dulu iaitu Elixir, Eau De Toilette. Memang dulu pun pilih bau ni jugak, bau dia sweet and musky. 





Macam mana eh nak terangkan bau dia hahaha. Bukan bau yang kuat tau bau dia still lembut, tak memeningkan orang sebelah tapi still sweet and musky. Kalau nak tahu macam mana bau dia kena bau sendiri la hahahha. Senang sikit tapi bagi I bau dia sedap ! Walaupun banyak pilihan lain lagi tapi masih jatuh hati dengan bau ni.


Packaging box


Packaging botol



Eau de Toilette ni concentration dia number tiga. Yang pertama adalah perfume, yang kedua, eau de parfum dan ketiga baru eau de toilette. Pertama dan kedua tu mesti la lagi mahal kan. Kebiasannya eau de toilette bertahan 2-4jam dan bagi Elixir AGift ni kalau I spray dekat tangan, petang nak balik dari office pun I boleh bau lagi. Cuma kalau orang sebelah maybe dah tak bau la hahaah.





Yang free punya perfume I pilih Courage, Eau De Toilette. Yang ni perfume untuk lelaki. AGift pun ada perfume untuk lelaki sekali tapi buat masa ni yang I tau Courage jela untuk lelaki hahaha. Bau dia masculine sikit. Memang bau macam lelaki laa. I suka sangat bau body care lelaki yang memang bau dia kuat khas untuk lelaki. Bau maskulin gitu tuu. Aiman pun kalau dia suruh I yang pilihkan memang macam ni jela bau I pilih. 


Packaging bottle.



I suka packaging perfume dia. Packaging dari segi corak yang ada pada botol. I tak kisah pun botol tu bentuk apa. Tapi bab penutup spray perfume tu senang betul tertanggal. Tak perlu tenaga banyak pun, tarik dah tanggal. So senang hilang dan I awal-awal dah sediakan bekas untuk Aiman letak penutup perfume tu. Kalau tak letak nanti entah mana-mana je pergi nya.


Packaging box


Tapi corak botol dan kotak dia semua cantik-cantik ! Masa I study dulu tak silap diaorang cakap ada special botol yang dilukis oleh golongan istimewa. Tapi botol tu mahal sikit la dari botol biasa. Sebab tu I macam berminat nak beli produk diaorang. Lukisan pada botol tu pun memang cantik sangat. 



AGift ni ada buat derma pada golongan istimewa dengan memberi pekerjaan, membantu kewangan organisasi, membuat kempen kesedaran, semua ada kena mengena dengan special people. Setiap produk yang dijual, RM10 akan diberikan kepada charity partners diaorang. Menarik kan? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca dekat website diaorang. I pun jurujual tu yang terangkan dulu masa I study. Sekarang dah tau tak payah orang tu terangkan, I pilih, beli, chaw hihi.



Entry ni bukan sponsored tau I cuma nak share perfume favourite I dan apa jenama ni buat untuk membantu golongan istimewa. Sambil membeli dapat membantu jugak. Dekat website diaorang pun ada tulis berapa target donation, accumulated donation dan total donation diaorang dari tahun 2011 lagi. Boleh singgah website AGift okay.



Ohhh walaupun sekarang I tak beli handcream dia, tapi hand cream diaorang bau wangi nak mampus. Dulu sayang gila nak guna, guna time nak pergi dating je hewhew. Tak sabar nak kumpul lagi benda-benda wangi ni eeei.




37 comments

  1. Benda wangi² ni selalunya suka nak beli, tapi sayang nak guna. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu hahaha tapi kena guna jugak sebab suka wangi2

      Delete
  2. cantiknya design sticker pada botol dia.. nampak unik dan comel.. kena dengan kaler dia yang menyerlah tu.. salah satu tarikan untuk kita yang melihat..

    ReplyDelete
  3. Kita tertarik tengok warna lipstick tu. .hahahha... Tapi bau perfume kt A Gift ni pun wangi sangat kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh hahaha airah pun suka colour lipstick macam tu.aha diaorang banyak bau wangi2

      Delete
  4. Comel sangat botol dan design minyak wangi ni..satu botol berapa ringgit..macam zaza kalau nak beli minyak wangi kena bau depan2 dulu..suka bau2 bunga bungaan mcm rose ke atau bau2 buah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh airah tak letak harga ea hahaa dalam rm100++ ada rm200++ ada ikut besar botol.diaorang selalu buat sales

      Delete
  5. suka perfume yg bau lembut mcm bau bunga, buah...kalo ada promo lg syok shopping...packaging pn menarik tu..bole juga beli utk hadiahkan utk kwn juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha buat hadiah memang best sebab kotak dia pun cantik

      Delete
  6. Packaging dia memang nampak mnarik dan minimalis..akak plak jenis pantang nampak sale minyak wangi..hahahaa..not good kan...apapun minyak wangi ni kena beli yang sesuai dengan kita..x semua orang boleh blend bau tu dengan diri sendiri..adakala kita suka dengan minyak wangi jenama itu ini, tapi bila beli tak sedap pun kat badan kita..bau jadi lain kan...thanks for sharing ye..mana nak cari kat KL ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak SA.kena cari bau yang sesuai dengan jiwa kita haha.tengok dalam website dia kak.airah pernah pergi yang penang dengan jb je

      Delete
  7. Wahhh menarik ni! Kena cuba la A gift ni! Memang suka perfume heheh sebab tu x paham pada setengah org yg tak jaga bau badan ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.padahal ada je perfume murah2 kalau nak jaga bau badan memang kena usaha sikit

      Delete
  8. i am intolerant to bau-bau wangi. mostlykan suami yang dok belikan wife dia perfume. Bukan apa, kalau kuat sangat boleh demam sebab selesama tetiba. pelik kita ni. but kalau bau dia just nice, harum lembut.. lagi best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sensitif sikit ea.airah pun tak suka sangat bau yang menusuk ni.kena beli yang just nice macam tu jeee

      Delete
  9. Dah lama tak beli minyak wangi mahal². Tp rasanya mcm tak pernah pon. Hahhaha biasa suami belikan. Kdg² beli biasa² je. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kadang2 je dapat beli perfume mahal sikit.kalau tak murah2 pun okay asalkan wangi

      Delete
  10. Wangi ker perfume ini menarik juga hehehe orang perempuan suka lah. Kita pun suka juga kalau nak bagi hadiah menarik juga ini bagus lah banyak koleksi dan juga banyak yang menarik untuk di hadiahkan pada yang tersayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi ! sesuai sangat buat hadiah sebab packaging dia memang cantik

      Delete
  11. Qiss tau pasal AGift ni masa outlet dia baru buka kat Paragon mall, Penang. Masa lalu nak pegi toilet mesti ambil tester dia.. wangi sangat.. Dan dorang pun bagus sebab buat utk charity jugak. Sekarang duk Selangor jarang jumpa outlet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha diaorang selalu bagi tester tuu.airah tak sah kalau lalu tak ambil tester sebab dah addicted hahaha

      Delete
  12. Comeinya packaging perfume ni. Tertarik juga dengan name Elixir tu dan bau musky tu memang antara favorite kalau cari perfume ni. Tapi beli online ni kena pasrah je la kan sebab tak boleh nak bau. hihi. kena g ushar website dia lah tengok ingredients dia, boleh imagine bau dia camne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau dah biasa beli perfume yang ada sesetengah ingredients tu boleh la kot nak bayangkan bau dia macam mana hihi

      Delete
  13. Sis kalau bab2 benda wangi ni memang minat sangat. Kat rumah dalam almari penuh gan botol minyak wangi..sampaikan yang dah habis pun still ada..hehehe.
    Bolehlah sis cuba yang ni pulak..mana tau sesuai dengan sis..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laaaa airah botol minyak wangi kosong tu simpan je dalam box sebab sayang nak buang.belum beli rak untuk display botol kosong lagi haha

      Delete
  14. Wah.. macam best je. Packaging dia cantik gila. Suka tengok. Nama brand pun unik. Macam beli hadiah untuk diri pun ada. Syira boleh dikatakan peminat perfume jugak. Nanti boleh la cuba Agift

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try satu jugak tau nanti.mostly semua wangi

      Delete
  15. Memang cantik botolnye. Sesuai jugak untuk hadiah or hantaran.uwhhh baru tahu step perfume ni ada 3jenis.tahu pakai je tak tahu berapa lama ketahanan baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha letak atas hantaran pun cantik.airah tau pun sebab baca ada yang jenis edp, edt so goggle jela apa beza dia huhu

      Delete
  16. Alahai packing diaaa.. Comeynyaaa..
    Mcm akk kan, sejenis tak tahan bau perfume. Ada sstgh bau je boleh tahan.
    Mudah pening. Hehe
    Tapi tu la, rasa rugi sebab perfume yang ada dalam simpanan berkurun nak habis. Hehe
    Apatah lagi nak membeli baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya banyak stok perfume. airah selalu perfume dah habis baru beli baru

      Delete
  17. oh this shop! everytime walkby in jusco, then the sales person will pass us a stick to test out their perfume! but i never really enter the shop though.. but you are right, it's important especially for those with body odor.

    EPF increases minimum basic savings! See how it affects you!

    ReplyDelete
  18. i have been seeing this product lately and got my first present from AGIFT by my buddy during my birthday... i really love it and the packaging so nice

    ReplyDelete
  19. first time dgn perfume jenama ni..antik la packaging..yg bagusnya blh beli smbil donate.. samala ciktom jenis sayang jugak nak guna kalau perfume or cream wangi plus rege mahal skit..hihi

    ReplyDelete
  20. Kalau parfum memang Bella cerewet sket. Tapi pakai juga jenis macam ni. Senang nak bawa dan yg penting bau kena wangi dan tak menusuk sangat ala2 mcm parfum kereta tu. Hehe. Syok la sebab tahan lama. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  21. Oh yes! I tried AGift with Care products before, if I can remember were their syampoo and conditioner. I love it to. Saw your new fragrance and i love their cute packaging, will go and test out the scent soon.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.