Cara mengurangkan stretch mark

Ibu mengandung pasti tak akan terlepas jadi menghadapi masalah stretch mark semasa mengandung kan? Kalau yang tak ada stretch mark semasa mengandung tu kemungkinan dari awal dia dah amalkan moisturizer, losyen atau minyak untuk sapuan pada bahagian yang kemungkinan akan ada stretch mark. Walaupun I ada baca yang tak ada produk boleh halang stretch mark dari terjadi tapi mungkin boleh usahakan untuk kurangkan kemunculan stretch mark tersebut.



I mula rasa gatal pada kulit masa kandungan nak masuk lima bulan or empat bulan kott. Masa tu perut gatal Ya Rabbi tak tau nak cakap macam mana. I ada baca kalau kulit yang menegang semasa hamil memang akan menyebabkan kegatalan pada kulit sebab kulit tegang akan buat kulit jadi kering macam tu la. Jadi memang gatal gila tapi I tak ada pergi klinik pun. Google apa yang boleh disapu dan I ada baca penggunaan calamine boleh membantu.



Jadi I dengan Aiman pun pergi la Caring tak silap nak beli calamine losyen tu. Tapi bukan terus beli ye still tanya ahli farmasi dekat situ sesuai ke tak. Dia cakap tak sesuai. Penggunaan calamine akan sebabkan kulit kering. Yela dia kan macam ala-ala bedak sejuk tekstur dia bila kering kan jadi macam tak membantu untuk melembapkan kulit pun. Nanti buat hal pulak makin teruk gatal sebab kulit kering.



Jadi orang farmasi Caring tu pun syorkan guna losyen yang biasa tulis stretch mark untuk ibu mengandung. Siap recommend produk paling mahal sekali padahal ada yang lebih murah hahahhaha. I dah sah-sah ambil produk yang sesuai dengan bajet. Dia cakap kegatalan kulit tu sebab perut meregang mengandung kan baby makin besar lepastu kulit kering jadi elok lah sapu losyen, produk yang melembapkan macam tu.



Antara produk Palmers yang I pakai.





I pilih Palmer’s Cocoa Butter Formula yang Tummy Butter for Stretch Marks tu. Harga dalam RM20++ macam tu tak silap. Bau dia memang best bagi I, bau butter bau coklat yang rasa nak makan. Wangi macam bau kek ! Tekstur dia memang bukan macam lotion ke apa. Macam butter betul la. Solid, bila sapu dekat kulit baru dia macam cair sikit. 



Bagi I, I suka je pakai yang ni sebab terasa dia punya kelembapan pada kulit walaupun agak melekit. Aiman pulak dia tak suka. Disebabkan dia yang kena tolong I sapu jadi dia tak berapa berkenan dengan tekstur Tummy Butter ni. Dia bukan macam susah nak serap pada kulit tapi kelembapan dia tu terasa sampai pagi esok hahahah. Kalau korang bukan jenis suka benda melekit ni I tak galakkan pakai.



Bagi I sebab lepas pakai Tummy Butter tu I terus tidur jadi biar jela dia nak melekit ke apa lantak sana. Asalkan kulit I rasa lembap, lembut, tak gatal dah, stretch mark tak bermaharajalela. I rasa satu bekas 125g ni boleh tahan dalam 2 bulan ++ kot. I tak dapat nak agak sebab sebulan ke dua bulan lepas tu Aiman belikan Palmer’s Cocoa Butter Stretch Marks Cream pulak.






Palmer’s Cocoa Butter Stretch Marks Massage Lotion  ni jenis macam losyen. Harga pun I rasa RM30++ lebih mahal dari Tummy Butter tu. Kalau tak silap I la. Aiman suka yang jenis ni sebab kurang melekit dan cepat serap berbanding Tummy Butter. 



Bau dia pun still bau butter coklat macam tu tapi kurang sikit dari Tummy Butter. Bagi I losyen ni pun okay je mampu melembapkan kulit I, tak buat kulit rasa gatal sebab kekeringan tu. Kalau tanya I mana satu yang I suka, I lagi suka Tummy Butter kot sebab bau sedap nak mampus haha.





Selain dari penggunaan losyen macam ni untuk melembapkan kulit dari keluarnya stretch mark yang banyak, I guna jugak Bath Gloves dari The Body Shop. I dah lama gila guna benda ni. Dah dua tahun kot. Ok dua tahun je tak ada la lama sangat hahaha. Bath Glove ni macam sponge gosok badan tu tapi dalam bentuk sarung tangan.



Pakai je sarung tangan ni sebelum sabun badan, letak cecair sabun badan tu pada sarung tangan then sabun ke badan macam biasa. Tekstur sarung tangan tu tak ada la kasar sangat tapi boleh la buat kulit I rasa lembut dan bersih setiap kali lepas mandi. Dia macam scrub kan badan jugak la. Sebelum ni I guna warna putih dan sekarang I guna Bath Gloves warna pink pulak. Banyak pilihan warna dan bila beli baru selalu rasa excited nak mandi hahaha.



Glove ni membantu menanggalkan sel kulit mati sebab tu kulit rasa lembut dan bersih je lepas mandi. Buih sabun badan pun lebih banyak dihasilkan bila menggunakannya. Harga masa I beli RM18++ macam tu. 



Penggunaan sabun badan yang sesuai membantu jugak bagi kulit tak rasa kering dan gatal. Sekarang I pakai sabun badan dari Caring yang milk bath punya. Sesuai untuk melembapkan kulit. Focus I lebih kepada tak nak bagi kulit gatal sebab I ada baca kalau kulit gatal masa mengandung, then kita garu pulak lagi lebih banyak stretch mark akan muncul. So ikat tangan diam-diam hahahha. Selain itu, I ada juga guna beberapa jenis sabun lain seperti sabun minyak zaitun. Kalau entry tu dah siap nanti I share link dekat SINI.




Next produk yang I guna pelbagai jenis losyen hahaha. I memang hantu losyen dari sebelum kahwin lagi. Dah dekat nak kahwin lagi la berbotol losyen beli sebab nak jaga kulit huhu. Sekarang losyen I tinggal satu je sebab Vaseline losyen I baru je habis. Sekarang guna Nivea pulak. Ini pun nak habis dah kena topup. Biasa lepas pakai cocoa butter tu pada bahagian yang kemungkinan akan ada stretch mark, I pakai lotion pulak pada kaki, lengan dan bahagian lain. Kira dua jenis jugak la produk I pakai untuk kelembapan kulit. Kalau time rajin kemain semua benda nak letak, bila malas memang tak la lebih baik I baring je hahaha.


Sebab semua benda dah nak habis I plan nak try Palmer's Cocoa Butter Spray Lotion for Stretch Marks pulak lepas ni. Yang jenis spray mesti senang hidup spray je hahahhaa. Nanti I up review yang itu pulak okay.





Tapi disebabkan haritu I mencari yang spray tu tak ada, I beli Palmer's Cocoa Butter Massage Lotion yang ada vita E. Walapun botol dia lebih kurang je macam yang dekat atas tu tapi yang ni bebas dari mineral oil, paraben dan phthalates. Kalau jenis kulit sensitif boleh la pakai yang ni. Tekstur dia memang agak berbeza dari lagi satu tu. Lebih pekat I rasa.






Kalau ada ibu-ibu yang ada buat review produk untuk stretch mark tinggalkan link dekat komen box okay I nak baca. Lagi satu memang stretch mark tak boleh nak elak tau. Perut dan bahagian badan yang lain memang akan mengembang hahahha jadi nak tak nak terima je stretch mark tu okay nanti lepas bersalin usaha semula turunkan berat dan hilangkan segala parut yang ada.









42 comments

  1. banyak jugak ni produk eh. tahniah airah <3 semoga dipermudahkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaha banyak sebab semua nak try. aminn thank you

      Delete
  2. I think this cocoa butter is a well known to reduce stretch mark. I would day it will paid off if you put effort to it. Great tips and good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yas I read it somewhere too so terus cari product cocoa butter haha

      Delete
  3. i think this is good for those post pregnant lady who want to reduce the stretch mark due to pregnancy. haha anyway i saw from somewhere that sandalwood essence is good for this purpose too but not sure if is real.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoa I should google that sandalwood but I think that must be a bit pricey

      Delete
  4. Best banget nih review produkx. Abby kepikiran untuk memberikan hadiah kepada kawan yang sedsng mengandung. Kali aja bisa membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak sebab I rasa pregnant women mesti ada masalah gatal pada perut

      Delete
  5. Bagus pakai lotion masa pregnant. Cx pon pakai lotion dkt perut sbb tknk ada stretch mark. Alhamdulillah konsisten guna, perut pon cantik.

    Cx sukalah glove tu . Boleh cari next time. Rasa macam best je boleh scrub time mandi . Selesa sikit rasa kot² badan gatal ke kan? Garukan sekali. Ha puas hati . Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena konsisten la kalau nak cantik kan haha. beli la nanti Cx airah memang suka google hand scrub tuu

      Delete
  6. Nasib baik masa akak preggy dan bersalin 14 tahun lepas akak tak mengalami sebarang strectmark..kalau ada sure pening nak hilangkan ye tak? best la Airah suami ada untuk membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bestnya macam tu tak payah risau stretch mark. sampai hati la kalau tak nak tolong.

      Delete
  7. dalam banayk2 produk kat sini i guna palmers..sebab memang berkesan dan ngam dengan kulit. walaupun baunya kurang sedap..tapi efektif dlm kurangkan parut di badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi airah bau dia sedapp.suka sangat bau coco tu

      Delete
  8. Masa preggy start 3bulan ena da sapu cocoa butter smpailah nak bersalin. Mmg perut bersih even selalu menggaru.hehe..bagus sgt produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kena konsisten sapu ni walaupun kadang malas sangat

      Delete
  9. Untuk ibu-ibu mengandung jer ker kalau lelaki gemuk yang ada Strecth Mark kat perut boleh pakai tak wakakaka terasa diri ini sangat gemuk wakakakakak apa pun sekarang dah mudah untuk merawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha boleh cuba jugak tuuuu.tapi lagi best kalau guna losyen panas

      Delete
  10. ciktom pun suka produk cocoa butter dari palmer ni..alhamdulillah masa pregnant takdr strecth mark siap nurse and tukang urut puji perut cantik..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak-mintak la airah pun tak ada stretch mark jugak.

      Delete
  11. dalam banyak2 u share i paling nak cuba scrub tangan tu.. haha, 1st time tahu bende ni. for me, i really dislike pakai lotion. disebabkan takde strechmark kat perut tu la tak concern but masa anak pertama sibuk my mom suruh pakai itu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la hand scrub tu. senang nak capai celah2 hahahah.bestnya your mom ada tolong recommend

      Delete
  12. Produk ni rasanya banyak feedback positif .Tengok kawan yang lain ramai yang guna dah semua cakap produk ni bagus . Harga pun mampu milik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun tengok review orang lain jugak. harga memang okay

      Delete
  13. Masa sis start mengandung anak pertama dan start pakai Palmers Cocoa Butter. Memang bagus. Masa ngandung anak ke 2 pun pakai tapi tak consisten..masa masa tu..haa now melambak le strecth mark kat perut ni..huhuhu. Sebab tu apa2 produk kena r

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa macam tu airah pun kena usaha jugak la pakai losyen ni sampai bersalin. risau kalau ada stretch mark

      Delete
  14. Cocoa butter memang buat rasa nak makan je. Bau dia sedap. Bagus ada sharing sebegini so that semua boleh dapat manfaat kelak. You'll never know if ada yang mencari cara menghilangkan stretch marks kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yas I love to share benda yang I pakai sebab I pun baca review other people it reallly helps

      Delete
  15. Terima kasih atas tips yg memanfaatkan. Mouse mommy pun byk stretch mark jugak kat bhg abdomen yg warna putih. Doktor ckp ni ialah stretch mark lama dan sukar nak hilangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lama memang agak susah hilang kan.kena rawat dari awal

      Delete
  16. ok yang ni saya setuju sebab jenama Palmers ni memang terkenal berkesan. Family i pun memang guna produk ni sejak dulu. Lagi pula, aromanya sedap.

    ReplyDelete
  17. Setakat ni kita belum ada stretch mark lagi. Nanti lepas kawin taktahu lah hahah. Tips menarik la Airah! Nad paling tertarik dengan gloves tu eeee. Harga pun murah. Kalau Nad beli tu memang semangat la tiap kali nak mandi hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pakai ni pun sebab pregnant tau risau naik stretch mark hahahha beli ! best badan rasa bersih lepas guna glove tu

      Delete
  18. Ahak, masa pregnant kan perut mengeras, menegang, nad punya perut terus ada kesan strechmark, tapi nad tak gatal. Nad pun pakai lotion gak.. Tapi tak hilang sangat. .Hahaha. .Nanti bolehla cari lotion ni erk.. Pertama kali namapk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang dah tengok lama losyen dia.pernah pakai yang bukan untuk pregnant punya pun best.

      Delete
  19. Palmers tu bagus. Ruby masa hamil guna jenama Palmers semasa perut tengah membesar hamil tu. Lepas tu masa berpantang. Bagus sangat. Keberkesanan dia ambil masa lama. Tp bau dia yang buat ibu soothing dan lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah kena teruskan pakai masa pantang jugak la ea. tapi macam banyak benda je kena pakai ni nanti hahaha

      Delete
  20. Masa ngandung tak ada strechmark, cuma gatal² tu taruk losyen GV je. Tapu, lepas bersalin baru perasan strechmark kat peha. huuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mesti sikit je kan kalau baru perasan tuu. kena rawat dari awal la kan

      Delete
  21. Banyak juga produk airah try ye.
    Akk masa pregnant anak ptma, mmng naik strecth mark. Yela, badan pun mula mengembangkan, kulit perut pun ikut mengEmbang. Anak kedua stretch mark tu biasa biasa je. Maybe sebab dulu perut pun dah cukup.berkembang kan. Hehe
    Akk takde pakai pape produk pun. Sebab yela, banyak mana pun ilmu masa tu, tapi nak beli tak berani. Haha..
    Dengan pulak waktu faktor kewangan tak berapa nak banyak. Tapi kalau la akk prgnt lg nti, blh la akk try produk2 tu. Mana tahu kulit perut akan lg licin kan.hehe

    ReplyDelete
  22. Wow.. Siap ada gloves ehh. ..
    Akak pun ada ni ha stretch mark. Xhilang2 sbb pemalas nak pakai lotion semua. Nasib xla jadi gatal2 tu. Nanti la boleh cuba lotions ni utk hilangkan stretchmark

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.